Thursday 20 January 2011

Kursus Pengurusan Fail

29 Januari 2011 bersamaan 24 Safar 1432 pihak sekolah telah menganjurkan Kursus Pengurusan Fail. Majlis ini dirasmikan oleh pengetua Sekolah Menengah Jitra iaitu Tn. Haji Abu Seman b. Sareh Md Isa. Dalam ucapan, beliau menekankan betapa pentingnya aktiviti kokurikulum pada masa ini. Semua pelajar yang mempunyai jawatan Pengerusi, Naib Pengerusi, dan Setiausaha diwajibkan hadir. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan taraf pengurusan fail. Kursus ini diadakan supaya kerja-kerja pengurusan fail semua kelab, persatuan, kelab sukan, dan permainan lebih mudah dan selaras.

Wednesday 5 January 2011

VISI SMK JITRA


Tahun 2010 telahpun melabuhkan tirainya. Banyak kenangan pahit manis telahpun tercipta. Kini, semua pelajar dan guru telah kembali ke sekolah dengan bersemangat walaupun Sekolah Menengah Jitra telah dilanda banjir yang paling teruk dalam  sejarah. Kerosakan harta benda dianggarkan melebihi 85%. Sesi 2011 dimulakan seperti biasa dengan visi yang baru iaitu “SMK JITRA CEMERLANG DI PERINGKAT ANTARABANGSA 2015” .Diharapkan pada tahun 2011 ini kita dapat mencipta lebih banyak kejayaan daripada tahun-tahun  sebelumnya.

Sunday 2 January 2011

Kejayaan Penutup Tirai 2010

Seorang pelajar sekolah kita telah berjaya mengharumkan nama  sekolah di peringkat kebangsaan. Wan Hafidzoh bt. Megat Adnan telah mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Menulis Puisi anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi kategori 15 - 17 tahun. Pelajar ini mendapat hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 300 beserta sijil. Semoga kejayaan penutup tirai 2010 ini menjadi batu loncatan untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada tahun ini.

Saturday 1 January 2011

SMKJ tampil cemerlang PMR

25 Disember 2010 – Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) telah diumumkan. Seramai 200 orang calon telah menduduki peperiksaan tersebut dan 117 daripadanya telah mendapat “A” dalam semua mata pelajaran. Pengetua SMKJ berkata, peratus keseluruhan ialah sebanyak 100 %, meningkat daripada tahun sebelumnya. Gred Purata Keseluruhan (GPK) ialah 3.70 berbanding 3.63 tahun lalu menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar pada tahun ini. Subjek Bahasa Arab menunjukkan peningkatan kelulusan iaitu tiada calon gagal. SMKJ juga merekodkan 5 orang pelajarnya mendapat 9A.

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....