Wednesday 30 March 2011

WUSHU

Pada 25 Mac lalu, SMK Jitra telah menghantar 2 orang wakil menyertai Pelangi Junior Wushu Championship di Leisure Mall, Johor Bahru bersama sifu mereka iaitu Sifu Yang Chin Cheong. Pertandingan tersebut telah berlangsung selama lima hari. Dalam kejohanan tersebut, wakil SMK Jitra iaitu Lee Shi yeng dari kelas 4 Diamond telah menyandang tempat kedua kategori senjata bawah 17 tahun manakala Lim Jia Shin dari kelas 1 Pintar turut menyandang tempat kedua kategori senjata bawah 15 tahun. Kejayaan ini telah menjadi pendorong kepada mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Thursday 24 March 2011

KEPUTUSAN SPM'10

23 Mac 2011 – Seramai 12 daripada 286 orang pelajar SMK Jitra yang menduduki telah mendapat keputusan semua ‘A’ dalam SPM 2010. Peratus lulus yang dicapai ialah 100% dengan gred purata keseluruhan adalah 3.16. Peratusan lulus dalam semua mata pelajaran yang diambil adalah 87.5%. Gred purata bagi Bahasa Melayu adalah 0.96 diikuti Bahasa Inggeris, 2.82,  Sejarah, 2.04, Matematik, 1.53 dan Pendidikan Islam, 2.13. bagi subjek tambahan pula seperti Prinsip Perakaunan, Geografi, ICT dan Pendidikan Seni masing-masing mencatatkan gred purata sebanyak 1.68, 1.46, 2.71 dan 1.36.

Thursday 17 March 2011

KEM ARIF BICARA MENGASAH BAKAT PELAJAR

12-14 Mac 2011 – Kem ini telah dirasmikan oleh pengetua SMK Jitra iaitu Tuan Haji Abu Seman Bin Sareh Md Isa di makmal computer blok Kristal. Seramai 45 orang pelajar yang menyertai kem tersebut diiringi 6 orang guru. Objektif kem adalah untuk mencari bakat-bakat yang ada dalam kalangan pelajar serta mencari pelajar yang berbakat dalam bahas untuk mewakili sekolah hingga mencapai kejayaan dalam beberapa Pertandingan Bahasa Melayu yang      diaturkan beberapa hari saja lagi. Kem tersebut oleh Encik Sabri. Ramai antara bilangan pelajar yang berbakat dalam bidang pantun, pidato, debat dan bahas.

Sunday 6 March 2011

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG (MSSK) PERINGKAT DAERAH

20 Februari - 5 Mac - Kejohanan Balapan dan Padang telah diadakan di Universiti Utara  Malaysia (UUM). Suasana di stadium sungguh meriah. Sekolah kita telah merangkul 4 emas, 5 perak dan 2 gangsa. Ini merupakan kejayaan yang membanggakan. Salah seorang daripada atlet kita, Kamarulzaman telah mendapat pingat emas peringkat negeri dan mewakili negeri Kedah ke Sarawak.

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....