Friday 27 May 2011

PIDATO DAN FORUM REMAJA DAERAH

25 - 26 Mei 2011 – Pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah telah diadakan di SMK Tanjung Pauh manakala Pertandingan Pidato Piala Diraja turut berlangsung dalam bulan Mei di SMK Hosba. SMKJ masing-masing memperoleh tempat ketiga bagi Forum Remaja, manakala tempat kedua bagi Pertandingan Pidato. Usaha lagi.

Tuesday 17 May 2011

TERIMA KASIH CIKGU!

16 Mei 2011 – Sambutan Hari guru pada hari ini mendapat sambutan hangat daripada seluruh warga SMK Jitra. Guru Menjana Transformasi Negara sebagai tema Hari Guru pada tahun ini. Majlis yang dilangsungkan di Dewan Ibnu Sina ini, telah melibatkan semua guru dan pelajar. Sambutan hari ini memberi kelainan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pihak pentadbir diarak dengan menggunakan motosikal berkuasa tinggi ke hadapan Dewan Ibnu Sina kemudian mereka disambut oleh pasukan Seni Silat Gayung Malaysia. Tuan Haji Abu Seman bin Sareh Md Isa telah merasmikan sambutan Hari Guru pada kali ini dengan jayanya.majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku oleh para pelajar dan guru dengan penuh semangat. Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan persembahan lagu Guru Malaysia daripada semua guru.Terpancar riak kegembiraan di wajah setiap insan yang bergelar guru tatkala mempersembahkan nyanyian tersebut. Pada kemuncak perhimpunan, pihak pentadbir sekolah membaca perutusan khas sempena Hari Guru. Pelbagai acara direncanakan dalam sambutan kali ini antaranya pertandingan bola tampar antara guru lelaki SMK Jitra dan juga dengan pihak PPD. Seterusnya, acara memotong kek bersempena sambutan Hari Guru pada kali ini. Majlis diakihiri dengan jamuan ringan buat para guru yang dikasihi.

Friday 13 May 2011

BANJIR ‘NET BOOK’

12 Mei 2011 -  Pelajar-pelajar SMKJ yang layak telah menerima ‘net book’ tajaan kerajaan Malaysia. Penyerahan ini telah diadakan mengikut kawasan parlimen masing-masing. Objektif penyerahan ini adalah supaya para pelajar tidak tersisih dalam arus globalisasi yang melanda dunia pada hari ini. Semoga para pelajar dapat memanfaatkan teknologi ini ke arah yang betul dan membantu mereka dalam proses pembelajaran.

Wednesday 11 May 2011

SENT OFF PUAN JAMILAH

10 Mei 2011 — Puan Jamilah bt. Ahmad,PK Kokurikulum telah dinaikkan pangkat sebagai PK Hal Ehwal Murid di SMK Tanjung Pauh. Puan Jamilah telah diraikan di Dewan Ibnu Sina oleh semua guru dan pelajar. Menurut beliau, SMK Jitra merupakan sekolah yang amat dicintainya memandangkan di sini, bakat memimpinnya telah diasah dan beliau kagum dengan pelajar-pelajar sekolah ini yang amat mencintai ilmu. Walau bagaimanapun, demi perkhidmatannya, beliau menyahut jawatan sebagai PK HEM. Beliau begitu berharap agar dapat kembali berkhidmat di SMK Jitra. Jawatan beliau sebagai PK Kokurikulum telah diambil alih oleh Tn. Hj. Abdullah b. Md Ali. Selamat maju jaya buat Puan Jamilah bt. Ahmad dan Tn. Hj. Abdullah b. Md Ali.

Friday 6 May 2011

JAYA WARIS TINGKATAN 5

5 Mei 2011 – Para waris bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 akhirnya berjaya membincangkan masalah pembelajaran anak-anak mereka bersama para guru. Jaya waris Tingkatan 5 merupakan aktiviti tahunan sekolah untuk memberi ruang kepada pihak sekolah dan waris mencapai kata sepakat bagi mencapai kejayaan murid. Banyak permasalahan telah terungkai dan memberikan manfaat yang banyak kepada kedua-dua pihak demi kegemilangan SPM yang kian mendatang.

Tuesday 3 May 2011

SAWADDI

2 Mei 2011 – Pelajar-pelajar dari Universiti Prince of Songkla telah tiba di sekolah kita untuk lawatan sambil belajar. SMKJ merupakan  lokasi utama pihak universiti  jika kunjungan ke Malaysia diadakan.  Jalinan antara kedua-dua pihak akan mengeratkan semangat muhibah  antara kedua-dua buah negara  Rombongan disambut meriah oleh para pentadbir dan diberikan  penerangan tentang perkembangan dan kejayaan sekolah.

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....