Monday 27 June 2011

HARI KOPERASI SEKOLAH 2011

26 Jun 2011 – Hari Koperasi Peringkat Sekolah telah dilancarkan dengan jayanya di Dewan Ibnu Sina. Pelancaran yang bertemakan “Satu untuk Semua, Semua untuk Satu” ini diserikan dengan gimik pelancaran apabila belon-belon dilepaskan dari atas pentas. Tuan Pengetua merasmikan hari pelancaran ini dengan menanam sebatang pokok. Pelbagai acara diadakan sempena pelancaran tersebut, antaranya Kuiz Koperasi, dan Mencipta T-Shirt Sekolah. Anugerah Koperator Sekolah turut diberikan kepada Pn. Cheong Kim Chu bagi kategori guru dan Nor Aaidaa bt. Abd. Mutalib bagi kategori pelajar.


Thursday 23 June 2011

22 JUN TARIKH KERAMAT, DRAMA BAHASA INGGERIS

22 Jun 2011 – SMK Jitra telah menjadi tuan rumah Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Daerah.  Pertandingan ini berjaya mencungkil bakat pelajar dalam lakonan di samping memberikan pendedahan kepada pelajar dalam bidang teater. Aisya Shahira bt. Rosli telah muncul sebagai Pelakon Terbaik. Pertandingan peringkat negeri telah  diadakan pada 28 Jun 2011 di SM Keat Hwa 2. Walaupun kemunculan SMK Jitra pada peringkat negeri merupakan  kemunculan pertama, namun kita tetap berbangga apabila kita muncul tempat kelima.

22 JUN TARIKH KERAMAT, PARLIMEN MENJADI PANAS

22 Jun 2011 – Ternyata kehadiran lima orang ahli parlimen dari SMK Jitra telah memanaskan kerusi English Parliamentary Style Debate Competition 2011 yang telah diadakan di SMK Tanjung Puteri, Kuala Ketil. Pertandingan ini merupakan pertandingan peringkat negeri  setelah SMK Jitra berjaya muncul johan pada peringkat daerah. Sekolah kita telah berjaya merangkul tempat ketiga dalam pertandngan peringkat negeri tersebut. Gaya pemimpin-pemimpin kecil ini telah  membayangkan pemimpin tersohor pada masa akan datang.

22 JUN TARIKH KERAMAT, TIGA PUTERI MELAKAR SEJARAH

22 Jun 2011 – Tiga puteri SMK Jitra telah berjaya melakar sejarah  Kuiz Geografi Peringkat Daerah dengan muncul Johan pada 13 April 2011 yang lalu. Pada 22 Jun pula, pasukan sekolah ini telah berjaya merangkul Naib Johan Peringkat Negeri  apabila Kuiz  Geografi ini diadakan di SMK Dato’ Syed Omar, Alor Setar. Tahniah buat Wan Shafiqah bt. Wan Rithauddin, Hanan Khaleeda bt. Fisol dan Nur Aireen Syahirah bt. Azhar. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk terus berjaya dalam pelajaran.

Friday 17 June 2011

SMJ MENGGEGAR PENTAS PUBLIC SPEAKING

16 Jun 2011 – Ragupathi a/l Anggapan telah melakar sejarah sebagai Johan Pertandingan Public Speaking Peringkat Daerah. Pertandingan tersebut telah diadakan di SMK Megat Dewa dengan penyertaan  sekolah-sekolah menengah dalam daerah  Kubang Pasu. Syabas.

Thursday 16 June 2011

FOTOGRAFI MEGA

14 – 15 Jun 2011 - Satu sesi fotografi mega bertempat di Medan Ilmu di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra. Semua persatuan,kelab permainan,badan beruniform, rumah sukan,serta para pelajar Tingkatan 3,5,dan Pra Universiti diminta untuk berkumpul bagi sesi fotografi untuk dimuatkan di dalam majalah sekolah. Semua sesi 
tersebut telah berjalan dengan lancar di bawah kerjasama ahli sidang redaksi sekolah.

Monday 6 June 2011

HARI INI DALAM SEJARAH

5 JUN 2011 — Hari ini genap setahun ALUMRA (ALUMNI SMK JITRA) ditubuhkan. Dato’ Profesor Ir. Dr. Azhari b. Md Salleh merupakan Presiden  Alumra yang pertama. Perasmian telah diadakan di Dewan Ibnu Sina dan dirasmikan oleh Tn. Hj. Shahidan b. Abd. Rahman, Pengarah Pelajaran Negeri Kedah ketika itu.

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....