Monday 18 July 2011

Karnival Sekolah Kluster Kecemerlangan Berjaya Mencapai Matlamat

15 -17 Julai 2011-Karnival Sekolah Kluster Kecemerlangan Zon Utara 2011 telah diadakan di Dewan Sekolah Menengah Dato’ Syed Ahmad, Kuala Nerang. Majlis dirasmikan oleh Tn. Hj. Rosland bin Hussien.17 sekolah dari bahagian utara telah menyertai program ini. Antara objektif progam adalah memberi peluang kepada murid-murid untuk membina sikap berani, bertanggungjawab dan berketrampilan selain memotivasi SKK untuk meningkatkan keupayaan dengan mengambil bahagian dalam pertandingan. Di samping itu, memberi peluang kepada sekolah untuk memperkenalkan kebitaraan akademik dan kokurikulum sekolah masing-masing serta menggalakkan kecemerlangan sekolah tertentu dicontohi oleh sekolah kluster yang sama serta sekolah-sekolah yang lain. Objektif program ini juga adalah menjadi tapak untuk menghebahkan sekolah kluster kepada masyarakat umum di peringkat kebangsaan. Aktiviti-aktiviti yang disediakan dalam program ini adalah Pembentangan Kebitaraan Sekolah, Persembahan Kebitaraan Kebudayaan, Pameran Kebitaraan Sekolah Kluster Kecemerlangan, Persembahan Kebitaraan Kokurikulum, Pemeran Kebitaraan Memanah dan Lompat Tali.

Saturday 16 July 2011

Kem Pengawas Melahirkan Pemimpin Berketrampilan

Pada 14 dan 15 Julai yang lalu, seramai 85 orang pelajar terdiri daripada pengawas sekolah dan pengawas asrama telah menyertai Kem Kepimpinan Pengawas yang diadakan di Universiti Utara Malaysia. Kem tersebut telah dianjurkan oleh Kelab Kaunseling dan Badan Pengawas SMK Jitra. Kem tersebut turut disertai oleh 5 orang guru pengiring. Tujuan kem tersebut diadakan adalah untuk membina jati diri dan menonjolkan sifat kepimpinan dalam diri pelajar. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti sukan lasak iaitu flying fox, night trekking dan jungle trekking. Kem tersebut diharap dapat menyuntik semangat pelajar agar mempunyai sifat kepimpinan dan disiplin yang tinggi dalam diri seorang pengawas yang berwibawa.

Friday 15 July 2011

‘1Untuk Semua, Semua Untuk 1’ Menjana Koperasi Berkualiti

14 Julai 2011 - Baru-baru ini, sebuah pertandingan pidato telah dianjurkan oleh pihak koperasi yang diadakan di MRSM Kubang Pasu. SMK Jitra telah menghantar dua peserta dalam pertandingan tersebut iaitu Syahir Ridzuan b. Ahmad Shafiai, dari kelas 4 Opal dan Nurlaily Nasuha bt. Ridhuan, dari kelas 4 Jade. Sekolah-sekolah daerah Kubang Pasu yang lain juga turut menghantar wakil bagi menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan. Pihak koperasi juga turut menganjurkan pertandingan nasyid dan kuiz. Acara yang dilangsungkan berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan daripada pihak yang terlibat.

Thursday 14 July 2011

Juara Rakyat Melahirkan Pemimpin Berintegriti

12 dan 13 Julai– Pidato ilmu Juara Rakyat 1 Malaysia telah berlangsung di Dewan Jitra. Pertandingan ini diadakan mengikut dua kategori utama iaitu pertandingan pidato bagi Sekolah Rendah dan juga peringkat Sekolah Menengah. Bagi pertandingn pidato peringkat Sekolah Menengah , sebanyak 12 buah sekolah yang menyertai pertandingan ini termasuk Smk Jitra. Apabila kemenangan diumumkan, SMK Jitra yang diwakili oleh Syahir Ridzuan Bin Ahmad Shafiai dari kelas 4 Opal berjaya menggondol tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut. Tahniah atas kejayaan yang berjaya diraih.

Friday 8 July 2011

SMK Jitra Tampil Cemerlang Dalam Kokurikulum

7 Julai 2011- Kejohanan Balapan dan Padang SMK Jitra kali ke-43 telah dilangsungkan di Padang Sekolah SMK Jitra. Majlis telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Fauzi B. Abd Hamid, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kubang Pasu. Majlis dimulakan dengan perbarisan dan kontinjen rumah-rumah sukan dan barisan unit beruniform sekolah. Antara acara yang dipertandingkan pada hari tersebut adalah larian 4x100M dan tarik tali di samping acara-acara lain yang diadakan pada saringan-saringan sebelumnya iaitu merejam lembing, lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, larian 1500M terbuka, lompat kijang, lempar cakera, larian 800M, larian 4x400M,larian 200M, 400M dan 100M. Majlis juga diserikan lagi dengan persembahan silat    gayung dan wusyu.Johan keseluruhan dimenangi oleh Rumah Delima dengan berjaya mendapat 17 pingat emas di samping mengumpul mata berjumlah 170 manakala bagi pertandingan hiasan rumah sukan tercantik berjaya disandang oleh Rumah Zamrud. Selain itu, Rumah Mutiara berjaya memenangi pertandingan kawad kaki bagi kategori rumah sukan dan bagi kategori unit beruniform pula dimenangi oleh KRS Puteri.            Pemenang Olahragawan dan Olahragawti Sekolah telah berjaya direbut oleh Mohd Syafiq Aizat (Rumah   Mutiara) dan Nur Farah Bt. Saifuddin (Rumah Baiduri). Tahniah kepada para pemenang!

Thursday 7 July 2011

Guru Pembimbing Anak Watan Tercinta

6 Julai 2011– Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kubang Pasu telah diadakan di Dewan Utama, Kompleks Pejabat Pentadbiran, Daerah Kubang Pasu. Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara sebagai tema Hari Guru pada tahun 2011. Majlis turut dirasmikan oleh Yang Berusaha, En. Mansor Bin Lat, Pengarah Pelajaran Negeri Kedah. Beberapa guru dari SMK Jitra telah mendapat anugerah dalam majlis gilang-gemilang ini. Antaranya adalah Pn. Ng. Hun Chong (Anugerah Kepimpinan Pendidikan), En. Azizan B. Othman (Anugerah Guru Inovatif Individu 2010), Pn. Raja Sharifah Bt. Raja Ismail dan Pn. Zahariah Bt. Darus (Anugerah Guru Inovatif Berkumpulan 2010), dan Pn. Nor Rahimah Bt. Zakaria (Anugerah Khas Kecemerlangan-Johan Pertandingan Menulis Cerita Kanak-kanak Peringkat Negeri). SMK Jitra juga mendapat      Anugerah Pencapaian Cemerlang Akademik 2010-Sekolah Harian Biasa bagi peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Sekalung penghargaan kepada guru-guru yang telah banyak menabur bakti.

Sunday 3 July 2011

1 Murid 1 Sukan Membentuk

Pada 2 Julai 2011 yang lepas, Program Larian Serentak, 1 Murid 1 Sukan telah diadakan di SMK Jitra. Program anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia itu turut disertai oleh semua sekolah di seluruh Malaysia secara serentak. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk melaksanakan setiap pelajar aktif dalam sukan dan permainan. Setiap pelajar perlu menyertai sekurang-kurangnya satu sukan. Selepas larian 1 Murid 1 Sukan selesai, semua pelajar telah berkumpul di Stadium Mini sekolah dan gelanggang– gelanggang untuk bermain permainan  seperti sepak raga, bola keranjang, bola tampar dan bola jarring. Setelah selesai permainan, semua pelajar berkumpul di Dewan Ibnu Sina untuk mendengar taklimat berkaitan 1 Murid 1 Sukan dan menyanyikan lagu  1 Murid 1 Sukan sebagai penamat program. Majlis berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan dari pelbagai pihak.

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....