Thursday 20 October 2011

Hari Anugerah dan Karnival Kokurikulum SMKJ 2011

20/10/2011 - Hari Anugerah dan Karnival Kokurikulum telah berlangsung pada hari Khamis dengan meriahnya. Hari anugerah ini telah dirasmikan oleh Tn. Haji Mohammad Abd. Hamid, Ketua Sektor Pembangunan dan Kemanusiaan dari Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman. Pelbagai jenis makanan dan minuman dijual di gerai jualan yang dikendalikan oleh persatuan-persatuan dan unit pakaian seragam SMK Jitra. Persembahan daripada pasukan Wushu dan Silat Gayong sekolah turut memukau semua penonton. Pada masa yang sama penyampaian anugerah kokurikulum kepada penerima anugerah yang aktif pada tahun ini diadakan di Dewan Ibnu Sina. Terdapat pelbagai gerai jualan yang diwakili oleh kelab-kelab dan persatuan SMK Jitra, pameran daripada agensi-agensi luar juga turut diadakan seperti Pameran Komputer, Helo, Maybank dan kraftangan. Syabas kepada semua yang menjayakan Hari Anugerah dan Karnival Kokurikulum dan semoga pada tahun hadapan, majlis ini akan berjalan dengan lebih meriah.

Saturday 15 October 2011

Merdeka Raya SMK Jitra...

15 September 2011 - SMK Jitra telah mengadakan jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri dan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Para pelajar dan guru kelihatan bergaya dengan mengenakan baju raya bewarna-warni...pertama kalinya SMK Jitra kelihatan penuh dengan warna-warna...Pengetua turut tidak melepaskan peluang bergaya sempena hari ni.Beliau mengenakan baju melayu berwarna peach dan bersamping....


satu Malaysia...




berbaju melayu,bersongkok dan bersampin.. ;)




MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....