Friday 25 February 2011

PROGRAM LAWATAN KE KOLEJ MATRIKULASI KEDAH

24 Februari 2011 - Pelajar dari kelas 4 Diamond dan dua orang guru pengiring telah menyertai satu lawatan ke Kolej Matrikulasi Kedah di Changlun, Kedah. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menarik minat para pelajar lepasan SPM  untuk melanjutkan pengajian ke kolej matrikulasi. Turut sertaa ialah pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah lain seperti SMK Mahawangsa, SMK Bandar Baru Sintok, MRSM Kubang Pasu dan banyak lagi. Para pelajar didedahkan dengan pameran-pameran berkaitan hala tuju selepas SPM. Majlis ini telah diserikan lagi dengan  kehadiran YAB Tan Sri Muhyiddin  Yassin  bagi merasmikan majlis tersebut.

Tuesday 22 February 2011

STPM: MENGGAPAI MENARA

21 Februari 2011 – Keputusan STPM telah diumumkan. Majlis diadakan di bilik serbaguna SMK Jitra dan telah dilancarkan oleh pengetua sekolah iaitu Tuan Haji Abu Seman bin Sareh Md. Isa. Seramai 55 calon yang mengambil STPM pada tahun 2010 dan 3 daripadanya telah mendapat keputusan cemelang dalam aliran sains ialah Low Ching Yu dengan CGPA 3.58 manakala dalam aliran sastera, Intan Ellyani bt Shafie dan Ku Nor Syazwani bt Ku Yahya masing-masing mendapat CGPA yang sama iaitu 3.84. peratus kelulusan STPM pada tahun 2010 adalah 100% lulus. GPK pada tahun 2010 pula sedikit menurun kepada 2.44 berbanding pada tahun 2009 iaitu 2.46.

Monday 21 February 2011

CERAMAH BULAN PENCEGAHAN DADAH 2011


20 Februari 2011 - Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Inspektor Mohd Firdaus bin Ismail, selaku Pegawai Serantau SMKJ dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu. Beliau telah memberi info tentang jenis-jenis dadah serta keburukan apabila ketagihan dadah. Beliau juga mengetengahkan beberapa isu semasa yang berlaku kepada pelajar-pelajar masa ini seperti kes kecurian motosikal, buli, peras ugut, dan lain-lain. Ceramah ini  turut memberi pendedahan lebih lanjut lagi tentang keburukan najis dadah terhadap kita. Para pelajar diharap dapat mengambil ikhtibar daripada pengalaman yang diceritakan dan menumpukan perhatian terhadap pelajaran serta mengamalkan gaya hidup sihat.

Friday 18 February 2011

SAMBUTAN SEMPENA HARI MAULIDUR RASUL

17 Februari 2011 - Sempena memperingati kelahiran junjungan nabi Muhammad saw, SMKJ mengadakan perarakan sepanduk dan berselawat. Aktiviti turut diisi  dengan  bacaan Al-Quran bertaranum, penceritaan riwayat hidup dan alunan nasyid oleh para pelajar. Acara diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Idham Khalil bin Shuib. Seterusnya, majlis dilengkapkan   dengan acara kuiz dan pertandingan sepanduk tercantik. Cenderahati turut disampaikan kepada penceramah jemputan  sebagai penghargaan. Semoga majlis Sambutan Hari Maulidur Rasul memberi pengetahuan dan penghayatan yang berguna kepada seluruh warga sekolah.

Monday 14 February 2011

INTERNATIONAL VOLLEYBALL TOURNAMENT 2011

12 -13 Februari 2011 - International Volleyball Tournament 2011 telah berlangsung di SMK Jitra yang yang melibatkan perlawanan antara SMK Jitra dengan Phimanphittayasan School dari Satun, Thailand. Selain itu, beberapa buah pasukan jemputan sekitar daerah Kubang Pasu telah dijemput untuk bertanding. Perlawanan ini juga merupakan kunjungan balas Phimanphittayasan School ke SMK Jitra selain bertujuan bertukar fikiran dan maklumat serta perkongsian budaya ilmu antara dua institusi. Ketibaan mereka disambut oleh  pengetua SMK Jitra, Tuan Haji Abu Seman bin Sareh Md. Isa serta diiringi oleh guru-guru yang lain. Pasukan SMK Jitra telah membariskan pemain-pemain sekolah yang terdiri daripada pelajar asrama. Diharapkan perlawanan itu dapat memberi peluang kepada pasukan yang bertanding menjalin kerjasama erat, selain melaksanakan perkongsian ilmu dan pengalaman bagi memantapkan lagi corak permainan.

Friday 11 February 2011

LIGA BOLA TAMPAR PRA UNIVERSITI 2011

Pada 10 Mac 2011 telah berlangsungnya Liga Bola Tampar Pra Universiti. Liga ini disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan 6 daripada rumah sukan masing-masing. Acara berlangsung pada jam 8.30 pagi sehingga jam 11.00 pagi. Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Hjh Jamilah bt Ahmad telah menyampaikan hadiah kepada pemenang. Saguhati disandang oleh pasukan dari rumah Baiduri dan Delima. Tempat ketiga pula disandang oleh rumah Mutiara yang diketuai oleh Mohd Ikram Hanif bin Hamid manakala tempat kedua disandang oleh rumah Nilam yang diketuai oleh Mohd Najib bin Che Ani. Dalam liga ini, johan telah disandang oleh pasukan dari rumah Zamrud yang diketuai oleh Saiful Helmi bin Darus.

Monday 7 February 2011

TADARUS AL- QURAN

6 Februari 2011 – SMK Jitra telah mengadakan pertandingan tadarus Al Quran peringkat sekolah di Dewan  Ibnu Sina pada pukul 2.30 – 5.00  petang. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk membuat pemilihan peserta yang akan mewakili sekolah. Pertandingan ini telah disertai seorang peserta lelaki daripada tingkatan 1 dan 2. pertandingan ini telah dihakimi oleh Ustaz Rifai’n selaku juri. Majlis ini telah diserikan dengan persembahan penutupan oleh kumpulan nasyid sekolah.

MAJLIS PERSARAAN CIKGU ROSMAWATI BINTI JUMAAH

[ 4 April 2024 ] Pada hari khamis yang lalu telah berlangsungnya Majlis Persaraan salah seorang pendidik yang terunggul SMK Jitra iaitu Cikg...