Saturday 10 November 2012

Selamat Bercuti!



Bissmillahirahmanirahim~!
    Cuti sekolah kembali lagi! Inilah yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar .Namun begitu semua pelajar diharap menjaga keselamatan dan jangan lupa menyiapkan kerja sekolah! Para guru telah menyediakan kerja sekolah pada musim cuti agar masa pelajar tidak dibuang begitu sahaja.


Tetapi kerja sekolah tersebut cukup sekadar ulangkaji untuk pelajaran tahun depan.Hal ini menyebabkan pelajar tidak disekat untuk pergi bercuti semata-mata untuk menyiapkan kerja sekolah yang begitu banyak.


Ibu bapa harus mengawasi pergerakan anak-anak dan sering berpesan supaya anak anda menyiapkan kerja sekolah demi kepentingan murid itu sendiri dan pihak sekolah.Ada juga ibu bapa yang mengambil langkah bijak untuk menghantar anak mereka ke tuisyen insentif,kelas fardhu ain,kem dan sebagainya bagi mengisi masa lapang.


Ada juga yang telah merancang untuk melancong tidak kira dari dalam mahupun luar negara.Tetapi ingat,apapun yan anda lakukan jaga keselamatan dan jangan lupa siapkan kerja rumah!

Selamat bercuti!!!!!!

Penyerahan Borang Alumra

 Bissmillahirahmanirahim~

Majlis yang dihadiri oleh Prof. Dato' (Insenior) Azhari Bin Mohd Salleh iaitu pengerusi Majlis Alumra Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra ialah satu upacara wajib.Melalui penyerahan borang ini,pihak sekolah  memberi peluang kepada bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra hadir semula ke tempat mereka mencari ilmu dahulu.

Kedatangan bekas pelajar amat dialu-alukan oleh warga SMKJ.Bukan itu sahaja,tidak salah bukan kita menghabiskan masa untuk berjumpa rakan lama dan melihat perkembangan sekolah kita dahulu. 

 Tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat menimba ilmu ,mengasah bakat ,bermesra bermanja dan tempat berputik segala rasa dilupakan begitu sahaja.
Oleh itu,dengan majlis penyerahan borang Alumra ini diharap ramai bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra hadir bagi memeriahkann majlis secara kecil-kecilan tersebut.

Restu Guru SPM

 Bissmillahirahmanirahim~

Seperti yang anda sedia maklum peperiksaan SPM telah berlangsung pada 6 November yang lalu.
Sudah pasti calon SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra sudah bersiap sedia dari segi ilmu yang telah mereka pelajari selama dua tahun di tingkatan 4 dan 5.Namun begitu semua ilmu tersebut tidak berkat jika tidak direstui guru.Oleh itu,majlis restu guru SPM telah dijalankan khas kepada mereka seminggu lebih awal.Bagi warga guru Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra upacara ini sudah menjadi kemestian.

Saya sendiri tahu ada guru yang menjeruk rasa,memendam amarah,menyimpan lara terhadap perangai segelintir murid.Tetapi segala kehilafan diri ketelanjuran kata harap diamaafkan pada hari itu dengan perasaan rendah diri.

Saya pasti dengan berkat doa guru calon SPM,mereka mampu mencurahkan semua perkara yang telah mereka pelajari dengan baik diatas kertas peperiksaan.

Semoga semua calon SPM,Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra dapat menjawab dengan jayanya!
 

Wednesday 7 November 2012

KEMENANGAN PENUTUP TAHUN 2012

21 Okt. 2012 - Karnival Jalur Lebar yang telah dianjurkan oleh PPD Kubang Pasu menjadi saksi kemenangan berganda SMK Jitra. Pertandingan Blog Pendidikan dijuarai oleh Buletin SMK Jitra manakala kita turut muncul johan bagi Pertandingan Memasang Komponen Komputer. Syabas buat putera dan puteri SMK Jitra yang membawa kejayaan penutup untuk sekolah kita bagi tahun ini.

Sunday 21 October 2012

HARI TERBUKA PENDIDIKAN DAN KARNIVAL JALUR LEBAR



ANJURAN :

Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu

DENGAN KERJASAMA :

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia



tentatif program:

pertandingan blog pendidikan
masa : 9.00~12.00 tengah hari
tempat : dewan seminar PPDKP

pertandingan memasang kompenen dalam CPU
masa : 9.00~12.00 tengah hari
tempat : dewan seminar PPDKP

pertandingan mewarna prasekolah berasaskan teknologi maklumat
masa : 9.30~11.30 pagi
tempat : ruang legar unit kemanusiaan

persembahan pentas ,kugiran dan bakat bintang kecil
pertandingan lagu bahasa inggeris(oldies)dan patriotik
masa : 9.00pagi~1.00 tengah hari
tempat : khemah utama

treasure hunt
masa : 9.00~1.00 pagi
tempat : medan tempat letak kereta PPDKP

pameran agensi-agensi kerajaan
masa : 9.00pagi~5.00petang
tempat : gerai pameran

pemeran pendidikan institusi-institusi pendidikan
masa : 9.00pagi~5.00petang
tempat : gerai pameran

servis komputer 1MALAYSIA
masa : 9.00pagi~5.00petang
tempat : gerai SKMM

cabutan bertuah
masa : 10.00pagi,12.00tengah hari dan 4.00 petang
tempat : khemah utama

perasmian
masa : 2.00~4.00petang
tempat : khemah utama

ceramah siber oleh SKMM
masa : 2.00~5.00petang
tempat : dewan seminar PPD

pameran motosikal berkuasa tinggi
masa : 3.30~5.00 petang
tempat : gerai pameran


 INFO SKMM



Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia atau SKMM dipengerusikan oleh 
Dato' Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi.

Peranan utama SKMM adalah mangawal selia peraturan industri berdasarkan kuasa yang termaktub di dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia(1998).

Dalam melaksanakan akta ini, peranan suruhanjaya adalah untuk melaksanakan dan mengelakkan objektif dasar nasional kerajaan untuk sektor komunikasi dan multimedia.

FUNGSI UTAMA SKMM :

  • Melaksanakan dan menguatkuasakan penyediaan undang-undang komunikasi dan multimedia.
  • Menggalakkan dan mempromosikan pembangunan industri,komunikasi dan multimedia.
  • menggalakkan dan mengekalkan integriti semua pemegang lesen dan diberi kuasa dibawah industri komunikasi dan multimedia.
  • memberi bantuan dalam sebarang bentuk dan menggalakkan kerjasama serta penyelarasan di kalangan orang yang terlibat dalam aktiviti komuniokasi dan multimedia.




Thursday 18 October 2012

RESTU GURU PMR


Pada 4 Oktober 2012 – telah diadakan Restu guru bertempat di Dewan Ibnu Sina,SMK Jitra.Semua calon PMR bersalam-salaman dengan para guru.Puan pengetua iaitu Puan Hjh Latipah Binti Kassim telah memberikan sedikit cenderahati kepada para pelajar untuk menaikkan semangat bagi menghadapi PMR.


MAJLIS BACAAN YASIN MEGA PMR


Pada 27 September 2012 – telah diadakan Yasin mega calon PMR bersama ibu bapa dan guru bertempat di Dewan Ibnu Sina SMK Jitra.Seramai 260 calon PMR menyertainya.Selain bacaan Yasin,solat hajat juga turut dilakukan bagi mendoakan kejayaan semua calon.


Malam Anugerah Kluster Keterampilan



Pada 18 September 2012 – telah diadakan satu majlis iaitu Malam Anugerah Kluster Keterampilan.Majlis ini diadakan di Dewan Ibnu Sina.Perasmian majlis tersebut dirasmikan oleh Dato Wira Johari Baharom, Timbalan Menteri Pertanian Dan Asas Tani.Anugerah yang diberikan terbahagi kepada dua iaitu anugerah kurikulum dan kokurikulum.

PROGRAM PEMBINAAN BAKAT TUNAS REMAJA 1MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2012



Pada 21-24 September 2012 - 4 orang pelajar SMK Jitra telah dipilih untuk menyertai program tersebut yang diadakan di Golden Straits Villas Beach Resort,Port Dickson,Negeri Sembilan.Program tersebut diiringi oleh Puan Nor Rahimah Binti Zakaria.Program PBTR 1 Malaysia ini digerakkan dengan tujuan untuk mencambah dan mematangkan minda serta daya kreativiti pelajar di samping berupaya menghasilkan karya yang bermutu.Peserta dapat memperoleh pengetahuan serta meningkatkan apreasiasi sastera kebangsaan melalui dalam bidang penulisan kreatif seperti menulis cerpen atau esei ( karangan ).Selain itu mengalakkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam proses penulisan untuk para peserta. Akhir sekali,pemupukan rasa kecintaan dan megah terhadap bahasa kebangsaan dapat disemai apabila para peserta begitu tekun dan khusyuk mendengar ceramah yang diberikan oleh para penulis yang diundang.

Monday 1 October 2012

Berjaya atau Gagal?

Musim peperiksaan kembali lagi. Bagi calon-calon PMR,SPM dan STPM tentunya perlu bersedia dari sudut mental dan fizikal. Tetapi tidak kurang juga, kata-kata semangat dan ayat motivasi haruslah sentiasa berlegar di fikiran agar kita tidak mudah mengalah untuk berjuang sehingga tamat peperiksaan. 
Tips untuk kekal dalam motivasi adalah sentiasa ingat 'prinsip hidup' atau kata-kata yang kita buat sendiri. sebagai contoh "Ya, Aku Boleh" atau " Aku perlu baca buku untuk dapat 9A" dan sebagainya. sebagai pelajar, kita perlu ada kata-kata semangat atau ayat motivasi bagi membangkitkan semangat menghadapi peperiksaan.

Jangan cepat mengalah, supaya kita tidak kalah. Ingat! kegagalan hari memberi penyesalan untuk hari esok dan selamanya. Ayuh! Bangkit dan teruskan berjuang. Kejayaan atau kegagalan berpunca dari diri kita sendiri. Kejayaan dan kegagalan adalah suatu pilihan. Kita yang pilih, untuk gagal,atau berjaya. Sentiasa bertanya pada diri sendiri, "kalau saya berjaya,apa saya dapat", "kalau saya gagal,apa saya dapat" dan "kalau saya berjaya dengan cemerlang, apa yang saya dapat". 

Selamat Maju Jaya.
Kita menuju ke puncak kejayaan!

Wednesday 26 September 2012

MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT DAERAH 2012



Pada 9 Mei 2012 yang lalu, telah diadakan Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah KPM peringkat daerah Kubang Pasu di Masjid Kepala Batas. Acara ini disertai oleh pelbagai sekolah, termasuk sekolah kita, SMK Jitra. SMK Jitra telah menyertai semua pertandingan yang diadakan pada hari tersebut. Antara kejayaan SMK Jitra ialah:
Peringkat Menengah Rendah:
#Johan Kuiz Bahasa Arab
#Tempat ke-3 pertandingan hafazan.
#Tempat ke-3 pertandingan hiwar(dialog bahasa arab)
Peringkat Menegah Atas:
#Naib johan kuiz bahasa arab.
#Tempat ke-3 pertandingan hiwar
Tahniah diucapkan kepada para peserta dari SMK Jitra yang berjaya meningkatkan imej sekolah. Semoga kejayaan ini dapat dikekalkan pada masa akan datang.

JAMBORI PENGAKAP 1 BELIA 1 MALAYSIA


Pada 23-27 Mei 2012 yang lalu, 19 pengakap  (7 perempuan + 12 lelaki) daripada Sek Men Keb Jitra bergabung dengan kontinjen Kedah menyertai Jambori Pengakap 1 Belia 1 Malaysia di Putrajaya. Puan Sokit A/P Ba salah seorang guru pengiring.
Setiap peserta diberi sijil penyertaan peringkat  kebangsaan. Dicatatkan semua peserta dari Sek. Men. Keb. Jitra mengambil ujian JOTA (Jamboree On The Air).
Dalam Pertandingan Kawad Tongkat, dua peserta dari Sek. Men. Keb Jitra iaitu Fatini Bt. Ismail dan Aida Batrisyia membantu kontinjen Kedah memenangi tempat ke -4.
Pengakap Sek. Men. Keb Jitra membantu kontinjen Kedah menjadi johan dalam Pertandingan Pintu Gerbang.
Walaupun cuaca di Putrajaya panas, pengakap Sek. Men. Keb. Jitra tetap bersemangat sepanjang aktiviti  dijalankan.

KARNIVAL GEOGRAFI PERINGKAT DAERAH KUBANG PASU 2012

     Pada 28/6/2012 yang lepas, Panitia Geografi Negeri Kedah telah menganjurkan Karnival Geografi Peringkat Daerah Kubang Pasu bagi tahun 2012. Karnival ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Geografi. Terdapat dua pertandingan yang diadakan sempena karnival ini, iaitu kuiz Geografi dan pertandingan melukis poster Geografi. SMK Jitra telah menyertai kedua-dua pertandingan tersebut serta berjaya mendapat johan bagi kedua-duanya. Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta SMK Jitra yang akan mewakilli daerah Kubang Pasu pada 18/7/2012 ini.

PERKHEMAHAN PENGAKAP SMK JITRA 2012



Pada 9.3.2012 hingga 12.3.2012 yang lalu. Telah berlansung Perkhemahan Tahunan Suaikenal Pengakap SMK Jitra. Kem yang berlangsung selama 4 hari itu telah dihadiri oleh ahli-ahli lama dan ahli-ahli yang baru menyertai Pengakap Sesi 2012. Matlamat kem adalah untuk ahli berkenalan antara satu sama lain, dan mengeratkan hubungan silaturahim.
Kem ini dikendalikan oleh pelajar-pelajar tingkatan 5, yang diberi jawatan fasilitator. Mohammad Faris Aiman B. Mohd Zaher iaitu Pengerusi Pengakap sendiri, sebagai ketua fasilitator. Pn. Sokit dan En. Redza sebagai guru penasihat turut sama turun padang.
            Dalam kem ini, pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan. Kumpulan terbaik jatuh kepada kumpulan 5 yang dianggotai Fatini Bt Ismail, Syarif Murtaza, Natasya Emylia,Fatin Aiman, Zati Syafiqah dan Farhaziq Ezran.
Semoga Pengakap SMK Jitra terus maju dengan moto mereka “ taat pada Tuhan,raja dan negara dan menolong orang pada setiap masa”.

EKSPEDISI MERDEKA 1 MALAYSIA GUNUNG KINABALU 2012 (Video)





Wednesday 27 June 2012

Pertandingan Pencak Silat Peringkat Daerah Kubang Pasu


Pada 5 hingga 7 Mei yang lalu telah berlangsung Pertandingan Pencak Silat Peringkat Daerah Kubang Pasu di Sekolah Menengah Kebngsaan Ayer Hitam.Kejohanan yang mengambil masa sebanyak 3 hari mendapat sambutan yang meriah daripada pelajar yang menyertai Persatuan Silat di sekolah masing-masing.Bermula daripada Sabtu hingga Isnin para pelajar bertungkus-lumus dalam usaha untuk mendapatkan kemenangan serta menujukkan potensi masing.Acara Seni Jurus Silat Perempuan(MASAL) dimenangi oleh sekumpulan gadis yang terdiri daripada Aisya Syahira Bt. Sulan,Syamilah Bt. Che Hassan,Nurin Nazirah Bt. Mokhtar dan Nurul A’lia Bt. Md Mahayidin.Manakala bagi Acara Seni Tempur Perempuan johanya ialah Siti Zuhairah Bt. Zaini Azlan dan Nur Syazwani Nadia.Semua pihak berharap pertandingan secara sihat ini akan lebih banyak diadakan pada setiap tahun dem memberi peluang dan mencungkil bakat baru dalam kalangan pelajar.

Monday 21 May 2012

Sambutan Hari Guru(2)

21 Mei 2012-Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan di Sekolah Menegah Kebangsaan Jitra dengan meriah sekali pada tanggal 16 Mei 2012.Sambutan dimulakan  dengan perhimpunan perasmian pada pukul 8.00 pagi dengan tema "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara".Acara dimulakan dengan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan kata alu-aluan daripada Pn. Norisan Karim.Dukacita dimaklumkan bahawa Pengetua iaitu Pn. Hjh. Latipah tidak dapat menyertai para pelajar dan guru kerana terpaksa menghadiri Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Antarabangsa di Kuala Kangsar.

 Para guru juga berkesempatan menyayikan lagu Tema Hari Guru.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah iaitu Anugerah Khas Hari Guru.
Antara kategori yang dipertandingkan ialah Guru Produktif,Guru Penyayang,Guru Paling 'Sporting' dan Guru Popular.Undian telah dilakukan oleh para pelajar terlebih dahulu.Ikrar telah dilafazkan pada akhir majlis.
Para guru dan pelajar dibenarkan berehat dan diminta berkumpul semula pada pukul 10.00 pagi di Stadium Mini sekolah.
'Telematch' telah diaturkan oleh Jawantankuasa Pra Universiti.Antara acara yang telah disediakan ialah Mumia,Zig Zag dan Tiup Bola Ping Pong. Antara gelagat peserta dan guru yang menarik padangan lensa kami.'Mumia' masing-masing diikat dengan kemas.Para penyelia tekun berusaha demi melancarkan perjalanan permainan. Para peserta mendengar arahan dengan teliti mengenai peraturan Pertandingan 'Tiup Bola Ping Pong'.Perjalanan permainan berjalan dengan lancar.Para guru dan pelajar dipanggil untuk berkumpul di dalam dewan untuk acara penutupan majlis.
 
Acara dimulakan dengan majlis potong kek oleh Para Pentadbir.Warna biru menjadi tema pada tahun ini.Begitu juga dengan warna kek.

Aturcara majlis diteruskan dengan persembahan oleh para pelajar.
 Antara persembahan yang dipersembahkan: 
1.Nyanyian lagu berkumpulan oleh pelajar 1 Ikram.
2.Lagu 'Sway' dari pelajar Tingkatan 2.
3.Sketsa spontan.

Tarian Tradisional oleh pelajar Tingakatan 4.

Nasyid telah disampaikan oleh para pelajar dari Badan Pengawas.

Bacaan sajak oleh pelajar Pra-U.

Majlis berakhir pada pukul 1.25 petang.


Tuesday 15 May 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

15 Mei 2012-Esok bakal berlangsung Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah di dewan utama Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra iaitu Dewan Ibnu Sina.
Persiapan dilakukkan seawal 10 Mei.Walaupun Peperiksaan Pertengahan Tahun sedang berlangsung namun,para pelajar masih bersemangat untuk menyambut sambutan wajib tersebut.
Pelbagai acara menarik akan berlangsung untuk menghiburkan para guru dan pelajar.Dengan tema"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara".

Wednesday 21 March 2012

Kejohanan Merentas Alam Peringkat Daerah

11 Februari 2012- Kejohanan Merentas Alam Peringkat Daerah telah diadakan untuk memilih calon selayaknya untuk mewakili daerah masing-masing ke peringkat negeri. Kejohanan tersebut berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Kemunting. Terdapat empat kategori yang dipertandingkan iaitu ; bawah 18L=8km, bawah 18P=6km dan bawah 15L&P = 6km. Tahniah kepada saudara Kamarulzaman bin Abdul Razak, 4 Peridot yang telah mendapat tempat kedua kategori 18L. Menurut pengurus pasukan sekolah,Encik Mohd. Redza Asyraf bin Ramlee “Para atlet sekolah akan berlatih bersungguh-sungguh untuk kejohanan pada masa hadapan dan pencungkilan bakat-bakat baharu dalam olahraga akan diadakan”.

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSK (D)

9 hingga 12 Februari 2012- Kejohanan bola tampar peringkat daerah telah diadakan selama empat hari di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra. Kategori yang terlibat adalah bawah 18(L), 18(P), 12(L) dan 12(P). 14 pasukan telah mewakili sekolah masing-masing bagi kategori bawah 18(L) dan 10 pasukan bagi kategori 18(P) manakala bagi kategori 12(L) pula, 12 pasukan telah dihantar dan 9 pasukan bagi 12(P). SMK Changloon telah merangkul jihan bagi kategori bawah 18(L) dan SBPI bagi kategori 18(P). SMK Jitra pula merangkul tempat ketiga bagi kategori 18(P). Walupun mereka tidak merangkul tempat pertama, mereka tetap mangharumkan nama sekolah atas usaha gigih mereka. SK Bandar Baru Sintok pula telah manjadi johan bagi kategori bawah 12(L) dan SK Wan Kembara bagi kategori bawah 12(P). Acara penyampaian hadiah kepada para pemenang telah berlangsung. Tetamu kehormat Encik Rosly Bin Ismail, pegawai Pejabat Pelajaran Daerah hal ehwal murid telah diiringi oleh Tuan Haji Ismail Bin Jaafar dan pengetua SMK Jitra bagi acara penyampaian hadiah tersebut.

PERTANDINGAN SKUASY DUNLOP PONTEFRACT JUNIOR OPENPERTANDINGAN SKUASY DUNLOP PONTEFRACT JUNIOR OPEN

28-31 Disember 2011- Pertandingan Skuasy Dunlop Pontefract Junior Open telah diadakan di London, Britain pada peringkat antarabangsa. Pertandingan ini disertai oleh salah seorang pelajar dari SMK Jitra, Ong Sai Hung, 1 Pintar. Tahniah kepada Ong Sai Hung kerana telah berjaya meraih tempat pertama dalam pertandingan ini. Menurut pengurus pasukan sekolah, Encik Ng Hun Chong, pertandingan skuasy MSSM akan diadakan di Pulau Pinang pada bulan Mac nanti. Memandangkan peserta-peserta seperti Ong Sai Hun, Ooi Da Zhou dan Rabecca Ooi Qian En telah meraih johan dalam pertandingan skuasy MSSK dalam kategori 15L,18L dan 18P, kita berharap agar mereka akan lebih cemerlang dalam mewakili Kedah dalam pertandingan skuasy MSSM nanti.

Thursday 19 January 2012

Mesyuarat Agung Kelab Wartawan Muda

RABU, 18 Januari 2012, mesyuarat agung kelab Wartawan Muda telah diadakan buat kali pertama setelah ditubuhkan pada awal 2012.Kelab ini melibatkan seramai 30 orang pelajar yang terpilih.Sebelum pemilihan pelajar, mereka yang ingin menyertai kelab ini perlu menduduki ujian kelayakan untuk menjadi seorang wartawan.Selepas menduduki ujian tersebut,para pelajar ditemu duga oleh guru penasihat kelab dan pelajar senior tingkatan lima.Mereka ditanya pelbagai soalan bagi melayakan mereka menjadi seorang wartawan yang yakin dan berdedikasi dalam menjalankan tugas.Keputusan pemilihan telah diadili oleh guru penasihat kelab.Pelajar yang telah lulus akan ditemu duga untuk kali kedua dan akan menduduki ujian kemahiran bertulis.

Tuesday 17 January 2012

Jasamu Dikenang...Abu Seman bin Sareh Md Isa. 2005~2011

10 Januari 2012-Suasana kesedihan jelas terbayang pada setiap wajah warga SMK Jitra apabila Pengetua yang disayangi akan  bertukar ke sekolah berprestasi tinggi iaitu SMKSAH.Kami merelakan pemergian Tuan Pengetua dan diiringi dengan doa agar kerjaya Tuan Pengetua di sekolah baru lebih berjaya.Kami meraikan Tuan Pengetua dalam satu majlis perpisahan di mana dalam majlis tersebut Tuan Pengetua sudi untuk menyampaikan hadiah kepada para pelajar buat kali terakhir kepada pelajar-pelajar yang berjaya dalam aktiviti kokurikulum. Tuan Hj. Abu Seman juga bersetuju menghadiahkan piala pusingan sempena pertandingan menulis esei ASSMI yang dianjurkan oleh beliau sendiri.Piala ini akan jadi kenangan kepada para pelajar sebagai motivasi untuk berkarya sehingga peringkat kebangsaan.Majlis perpisahan diakhiri dengan persembahan wushu oleh ahli-ahli kelab wushu yang telah memenangi pertandingan wushu peringkat antarabangsa. Seterusnya para guru dan pelajar mengambil kesempatan terakhir untuk bersalam-salaman dengan bekas Tuan Pengetua SMKJ.

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....