Wednesday 26 September 2012

MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT DAERAH 2012



Pada 9 Mei 2012 yang lalu, telah diadakan Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah KPM peringkat daerah Kubang Pasu di Masjid Kepala Batas. Acara ini disertai oleh pelbagai sekolah, termasuk sekolah kita, SMK Jitra. SMK Jitra telah menyertai semua pertandingan yang diadakan pada hari tersebut. Antara kejayaan SMK Jitra ialah:
Peringkat Menengah Rendah:
#Johan Kuiz Bahasa Arab
#Tempat ke-3 pertandingan hafazan.
#Tempat ke-3 pertandingan hiwar(dialog bahasa arab)
Peringkat Menegah Atas:
#Naib johan kuiz bahasa arab.
#Tempat ke-3 pertandingan hiwar
Tahniah diucapkan kepada para peserta dari SMK Jitra yang berjaya meningkatkan imej sekolah. Semoga kejayaan ini dapat dikekalkan pada masa akan datang.

JAMBORI PENGAKAP 1 BELIA 1 MALAYSIA


Pada 23-27 Mei 2012 yang lalu, 19 pengakap  (7 perempuan + 12 lelaki) daripada Sek Men Keb Jitra bergabung dengan kontinjen Kedah menyertai Jambori Pengakap 1 Belia 1 Malaysia di Putrajaya. Puan Sokit A/P Ba salah seorang guru pengiring.
Setiap peserta diberi sijil penyertaan peringkat  kebangsaan. Dicatatkan semua peserta dari Sek. Men. Keb. Jitra mengambil ujian JOTA (Jamboree On The Air).
Dalam Pertandingan Kawad Tongkat, dua peserta dari Sek. Men. Keb Jitra iaitu Fatini Bt. Ismail dan Aida Batrisyia membantu kontinjen Kedah memenangi tempat ke -4.
Pengakap Sek. Men. Keb Jitra membantu kontinjen Kedah menjadi johan dalam Pertandingan Pintu Gerbang.
Walaupun cuaca di Putrajaya panas, pengakap Sek. Men. Keb. Jitra tetap bersemangat sepanjang aktiviti  dijalankan.

KARNIVAL GEOGRAFI PERINGKAT DAERAH KUBANG PASU 2012

     Pada 28/6/2012 yang lepas, Panitia Geografi Negeri Kedah telah menganjurkan Karnival Geografi Peringkat Daerah Kubang Pasu bagi tahun 2012. Karnival ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Geografi. Terdapat dua pertandingan yang diadakan sempena karnival ini, iaitu kuiz Geografi dan pertandingan melukis poster Geografi. SMK Jitra telah menyertai kedua-dua pertandingan tersebut serta berjaya mendapat johan bagi kedua-duanya. Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta SMK Jitra yang akan mewakilli daerah Kubang Pasu pada 18/7/2012 ini.

PERKHEMAHAN PENGAKAP SMK JITRA 2012



Pada 9.3.2012 hingga 12.3.2012 yang lalu. Telah berlansung Perkhemahan Tahunan Suaikenal Pengakap SMK Jitra. Kem yang berlangsung selama 4 hari itu telah dihadiri oleh ahli-ahli lama dan ahli-ahli yang baru menyertai Pengakap Sesi 2012. Matlamat kem adalah untuk ahli berkenalan antara satu sama lain, dan mengeratkan hubungan silaturahim.
Kem ini dikendalikan oleh pelajar-pelajar tingkatan 5, yang diberi jawatan fasilitator. Mohammad Faris Aiman B. Mohd Zaher iaitu Pengerusi Pengakap sendiri, sebagai ketua fasilitator. Pn. Sokit dan En. Redza sebagai guru penasihat turut sama turun padang.
            Dalam kem ini, pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan. Kumpulan terbaik jatuh kepada kumpulan 5 yang dianggotai Fatini Bt Ismail, Syarif Murtaza, Natasya Emylia,Fatin Aiman, Zati Syafiqah dan Farhaziq Ezran.
Semoga Pengakap SMK Jitra terus maju dengan moto mereka “ taat pada Tuhan,raja dan negara dan menolong orang pada setiap masa”.

EKSPEDISI MERDEKA 1 MALAYSIA GUNUNG KINABALU 2012 (Video)





MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....