Sunday 10 November 2013

SENIMAN SMKJ MENJULANG JUARA

24-26 OKT. 2013 - 10 orang pelajar Tingkatan 3 SMK Jitra telah berjaya memartabatkan nama sekolah apabila berjaya digelar johan dalam Pertandingan Puisidra sempena Kem Penyair Muda Peringkat Negeri anjuran SMK Syed Ahmad, Kuala Nerang, dengan kerjasama Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kedah.

            Kem ini disertai oleh sekolah-sekolah kluster negeri Kedah  dan sekolah-sekolah sekitar  Kuala Nerang. SMK Jitra dengan nama kumpulan A. Samad Said telah membawakan syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah . Semua peserta menerima piala, plak dan sijil penghargaan .

Bergambar selepas majlis penutupan .

           Para peserta berkampung di sana selama tiga hari dua malam. Setibanya sahaja para peserta di Sekolah Menengah Syed Ahmad, mereka perlu berada di dalam dewan sekolah untuk sesi pendaftaran dan mendengar sedikit taklimat. Semua peserta telah dibahagi kepada kumpulan mengikut sekolah. Lima fasilitator yang terdiri daripada penyair berpengalaman di negeri Kedah telah ditugaskan membimbing para peserta untuk memantapkan lagi persembahan mereka. Setiap fasilitator ditugaskan memantau dua kumpulan. Raptai pertandingan telah diadakan pada malam terakhir.

HARI PERTAMA SPM DI SMK JITRA - Petikan akhbar Utusan Malaysia

Pelajar patah tangan jawab soalan secara lisan

Muhd. Faiz Hasiri terpaksa mengambil peperiksaan SPM dengan bantuan seorang guru pengawas di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra, Kedah, semalam.

KUBANG PASU 6 Nov. - Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) aliran sains dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra di sini terpaksa mengambil peperiksaan itu dengan bantuan seorang guru pengawas setelah tangan kanannya patah dalam satu kemalangan dua minggu lalu.
Pelajar tersebut, Muhd. Faiz Hasiri, 17, berkata, kecederaan itu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk melakukan yang terbaik dalam SPM, malah cabaran tersebut membuatkannya lebih tekun ketika menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas 1 yang bermula hari ini.
"Saya terjatuh di sebuah pasar raya ketika sedang membeli alat tulis sebagai persediaan bagi menghadapi SPM, bila saya ke hospital doktor beritahu tangan kanan saya patah.
"Saya tidak risau kerana pihak sekolah memaklumkan saya akan dibantu oleh seorang guru pengawas iaitu Cikgu Sharifah Nor Baity Syed Bustomai, malah apa yang saya jawab di depan guru tersebut akan dirakam," katanya ketika ditemui di SMK Jitra di sini hari ini.
Muhd. Faiz yang bercita-cita menjadi seorang guru berkata, dia tetap mengulang kaji pelajaran dan berazam mahu mencapai sasaran 6A.
"Saya tidak mahu jadikan alasan tangan patah ketika mengambil peperiksaan sebagai penghalang untuk saya berjaya, saya akan berusaha bagi memastikan cita-cita saya tercapai," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20131107/pe_04/Pelajar-patah-tangan-jawab-soalan-secara-lisan#ixzz2kC55sB9i
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday 13 October 2013

KHAS BUAT WARGA SMK JITRA


KAMI INGIN MENGGAPAI BINTANG

13.10.2013- Seramai 26 orang pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia telah cuba menggapai bintang dengan mencipta rekod tersendiri apabila berjaya tersenarai antara pelajar terbaik Peperiksaan Percubaan SPM yang telah berlangsung. 13 orang pelajar teratas mendapat kesemua A manakala 13 orang pelajar lagi mendapat satu mata pelajaran antara B+ dengan C+.
        Mereka merupakan antara 59 orang pelajar yang disasarkan kesemua A dalam  Peperiksaan SPM nanti. Seorang pelajar (Aidil Amirul) yang sebelum ini tidak disasarkan telah menunjukkan lonjakan saujana dalam pencapaiannya sehingga turut tersenarai menjadikan jumlah keseluruhan sasaran ialah  60 orang pelajar.
        Perhimpunan pada hari ini juga turut memberikan penghargaan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam aktiviti sempena Bulan PSS. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan melibatkan aktiviti bercorak permainan, aktiviti bahasa, 'eksplorace', dan karya kreatif. Pengunjung bertuah kategori guru dan pelajar turut diberikan hadiah istimewa. Bagi tahun ini, pengunjung bertuah kategori guru ialah Pn. Nor'ain bt. Sulaiman. Syabas diucapkan.

Wednesday 2 October 2013

PMR ... "CIKGU JANGAN BIMBANG, SAYA OK"

2 September 2013 - Pelajar -pelajar Tingkatan 3 telah menduduki peperiksaan yang telah dinantikan selama 3 tahun. Terdapat 2 pusat peperiksaan terlibat iaitu KB212 di Dewan Ibnu Sina dan KB213 di Blok Delima.

              Semua pelajar berkumpul di Stadium mini pada awal pagi bagi mendengar ucapan semangat yang disampaikan oleh  tuan Pengetua. Majlis disusuli dengan bacaan doa yang diketuai oleh saudara Amerul Amsyar dari kelas 3 Fathonah. Seusai perhimpunan di Stadium mini, hujan lebat rahmat  mengiringi para calon memasuki tempat peperiksaan.

              Kertas yang diduduki calon pada hari pertama ialah Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2, diikuti Pendidikan Agama Islam pada sesi petang. Terdapat dua calon sakit yang terlibat iaitu Norzaharatul Naim (3Kr) dan Mohd Afiq Daniel (3 Bj). Walaupun begitu, semangat kental mereka patut dipuji dan diangkat tinggi untuk dicontohi pelajar-pelajar yang lain. "Cikgu jangan bimbang, saya ok..", kata Mohd Afiq Daniel dan Zaharatul sebelum menjawab soalan Kertas 1 ketika dilawati guru bertugas Bahasa Melayu, Pn. Nor Aznim bt. Mohd Radzi.

              Maklumat terkini yang diterima pihak Buletin SMKJ, Mohd Afiq yang terpaksa dikejarkan ke hospital KMC telah selamat menjalani pembedahan dan sedang menduduki peperiksaan bermula jam 8.00 malam tadi.

                SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN, & SELAMAT MENCIPTA SEJARAH TERBILANG PMR 2013.

Saturday 28 September 2013

PIDATO KARISMATIK DAN JALINAN MAHABBAH SMK JITRA-UUM

26 September 2013 -  Telah berlangsung pertandingan Pidato Karismatik dan Jalinan Mahabbah anjuran SMK Jitra- UUM. Program bermula dengan pertandingan pidato pelajar sekolah diikuti dengan pidato oleh pelajar jemputan dari UUM.

               Bagi kategori Bahasa Melayu, johan disandang oleh wakil SM Sultan Abdul Halim, naib johan dari SM Sultan Badlisyah dan tempat ketiga diraih oleh Nor Atikah dari SMK Jitra. Manakala bagi kategori Bahasa Inggeris pula, putera SM Sains Kubang Pasu ternyata berbisa apabila dinobatkan sebagai Johan, Naib Johan dan tempat ketiga disandang oleh Muthu dan Nor Fathihah masing-masing dari SMK Jitra. Kesemua pemenang membawa pulang wang tunai, piala dan sijil penyertaan. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Yang Berusaha Tn. Hj. Rooslee b. Ismail, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah yang turut sudi menyampaikan ucapan penutupan.

              Acara bertambah hangat dengan beberapa persembahan hebat melibatkan pihak Angkatan Sasterawan Nasional ( ASASI ) Kedah yang menyampaikan sajak bernada patriotik, nyanyian oleh pelajar SMK Jitra dan diakhiri dengan tarian khas oleh pelajar-pelajar UUM yang berasal dari Indonesia. Para penonton yang pertama kali melihat tarian tersebut terpukau dengan pergerakan tarian tanpa muzik yang dipersembahkan. Tahniah kepada para pemenang dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam program ini.

Wednesday 25 September 2013

PERTANDINGAN PIDATO KARISMATIK DAN JALINAN MAHABBAH 2013

26.09.2013 - Akan berlangsung Pertandingan Pidato Karismatik dan Jalinan Mahabbah di SMK Jitra. Pertandingan dianjurkan oleh SMK Jitra dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia. Sehingga berita ini ditulis, terdapat 8 buah sekolah akan mengambil bahagian dalam kategori Bahasa Melayu, 6 buah sekolah kategori Bahasa Inggeris, 6 peserta penutur bukan jati untuk Bahasa Melayu dan 6 penyertaan bagi kategori Bahasa Inggeris untuk penuntut UUM.
             Pidato Bahasa Melayu akan diadakan di Dewan Ibnu Sina manakala pertandingan pidato Bahasa Inggeris akan diadakan di kelas 4 Amethyst. Turut mengambil bahagian ialah Panitia Bahasa Arab yang akan mengadakan aktiviti hiwar bersama-sama fasilitator dari  UUM yang terdiri daripada penutur jati bahasa Arab.  SMK Jitra mengalu-alukan kedatangan semua pelajar dan guru dari sekolah-sekolah yang mengambil bahagian  juga tidak lupa kepada para penuntut luar negara dari UUM. Selamat datang.

Wednesday 18 September 2013

PELANCARAN ROKET SMKJ

26 Jun - Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket 2013 Peringkat Sekolah telah diadakan . Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu Target Terbaik, Parachute Terbaik dan Peserta Terbaik. Johan Kategori Target Terbaik disandang oleh Mohd Hassan Faisol dan Mohd Syamsul Aliff Abdul Ghani. Johan Kategori Parachute Terbaik dirangkul oleh Nur Fadhilah Azmi dan Nur Hidayah Fadillong dan bagi Johan Peserta Terbaik Keseluruhan dimenangi oleh Nur Fadhilah Azmi dan Nur Hidayah Fadillong. Tahniah kepada para pemenang.

Sunday 7 July 2013

PENUTUPAN BULAN BAHASA PERINGKAT SEKOLAH

Pada 25 Jun 2013 yang lalu, telah diadakan Hari Penutupan Bulan Bahasa Peringkat Sekolah. Terdapat pelbagai pertandingan telah berlangsung sepanjang bulan bermula Januari 2013 mengikut panitia-panitia bahasa iaitu panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan bahasa Arab. Hari Penutupan Bulan Bahasa diserikan dengan ucapan Tuan Pengetua dengan pantunnya;
Pagi-pagi makan capati,
Kuah kambing enak dicicah,
Pagi-pagi maklumat diberi,
Kegiatan Bulan Bahasa sampai penyudah.

Pelbagai persembahan telah disajikan pada hari tersebut daripada setiap panitia bahasa seperti pantun, nyanyian, dan choral speaking. Antara yang menarik ialah persembahan sajak secara berduet dalam bahasa Cina yang juga turut akan mewakili negeri Kedah ke peringkat kebangsaan di Sabah.

Pertandingan Perkhemahan Kembori Ke-21 dan Kembori ke-12 Peringkat Daerah Kubang Pasu

1.       Pada 27 -30  Jun 2013, PASUKAN Pengakap SMK Jitra telah terlibat dalam Pertandingan Perkhemahan Kembori Ke-21 dan Kembori ke-12 Peringkat Daerah Kubang Pasu di Sek. Keb. Bandar Baru Sintok. Sekolah telah merangkul Johan dalam Pertandingan Membina Pioneering dan Pertandingan Masakan Rimba.  Pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah tersebut ialah  Abdul Rahman b. Mohd Amin dari kelas 5 Diamond bagi Pertandingan Membina Pioneering manakala Mohd Arif Hafis b. Azhar dari kelas 4 Peridot telah merangkul johan dalam Pertandingan Masakan Rimba.   Syabas diucapkan.    





PIDATO PIALA DIRAJA PERINGKAT NEGERI

1.       Pada 29 Jun 2013, SMK Jitra telah terlibat dalam pertandingan Pidato Piala Diraja Peringkat Negeri Kedah di SMK Siong, Baling.  Sekolah kita telah diwakili oleh Nur Atiqah bt. Abd. Hamid dari kelas 5 Amethyst. Pelajar yang turut merupakan pembahas sekolah ini telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Tahniah.


BARIS SEDIA!

1.       Pada 22 -23 Jun 2013 yang lalu, SMK Jitra telah terlibat dalam Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Peringkat  Negeri Kedah di pekarangan PPD Padang Terap. Sekolah kita telah mendapat saguhati peringkat negeri.  Antara unit uniform yang terlibat ialah Kadet Polis Wanita, KRS Putera dan KRS Puteri. Menurut Ketua Platun bagi setiap unit, penglibatan dalam aktiviti seumpama itu telah memberikan pengalaman yang begitu banyak bagi mereka agar lebih bersedia dalam pertandingan- pertandingan pada masa akan datang. 

Monday 17 June 2013

Catur Terbuka USM 2013

Pertandingan Catur Terbuka USM 2013 telah berlangsung pada 27 April 2013 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Peserta sekolah kita berjaya muncul Johan kategori 18L.
Mohd Imran Hanif b. Mohd Pauzi merupakan bintang catur yang boleh diketengahkan ke peringkat seterusnya setelah benar-benar menyerlahkan potensi dirinya dalam pertandingan tersebut. Tahniah.

Pertandingan Silat Seni peringkat Daerah dan Negeri

Pada 2-4 Mei dan 9-11 Mei telah diadakan Pertandingan Silat Seni peringkat Daerah dan Negeri. Pada Peringkat Daerah, sekolah kita telah berjaya menjadi Johan dalam acara Seni Turus Silat dan Seni Tempur Silat manakala dalam acara Seni Tari Silat, kita berjaya mendapat tempat ketiga. Pada peringkat negeri, kita telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara Seni Turus Silat dan Seni Tempur Silat. Para pesilat sekolah terdiri daripada  Aisya Syahira br. Subri, Syamilah bt. Che Hassan, Nur Syazawani Nadia bt. Ahmad,  Nurul A’Alia bt. Md. Muhayadin. Tahniah.

Debat ala-Parlimen Bahasa Inggeris Peringkat Negeri

Pertandingan Debat ala-Parlimen Bahasa Inggeris Peringkat Negeri telah diadakan pada 18 Mei 2013 di SMK Ibrahim, Sungai Petani. Pasukan sekolah kita telah muncul Johan Peringkat Negeri. Para pendebat terdiri daripada 5 orang puteri iaitu Nor Fatihah bt. Anuar,    Nurin Alia bt. Mohd Zulkifli,   Fathin Delila bt. Hamdan,   Khairunnisa Asyiqin bt.Khai Ron Salleh dan Hanan Khaleeda bt. Fadzil yang  turut merupakan pembahas terbaik peringkat negeri. Para pendebat telah bersiap siaga untuk ke peringkat kebangsaan pada 23-26 Jun 2013 di Lumut, Perak. Semoga usaha dan penat lelah mereka akan membuahkan hasil. TAhniah buat Pn. Siti Hajar, Selamat berjuang. 

Gerkorama Daerah

1.       Pada 18 Mei 2013, Pertandingan Gerkorama Daerah telah diadakan dan pasukan bola tampar asrama telah muncul sebagai Johan. Peserta-peserta yang terlibat ialah Kamarulzaman b. Abd. Razak,    Mohd Syahazad b. Zulkifli,Wan Muhd Syazwan b. Wan Hanafi,  Muhd Daniel Ashraf b. Jeffre,  Muhd Faisol b. Anuar,Muhd Hisham b. Abd. Halem, Mohd Fikri b. Nasir dan Umair b. Mohd Nur Izham.

Bgi Pertandingan Nyanyian Solo (Lelaki), saudara Ahmad Rafi’uddin b. Mohd Rizal telah muncul sebagai Johan. Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris pula menggondol Johan apabila Nur Thaqifah Adibah bt. Azman memenangi acara manakala Muhd Ikhwan Firdaus b. Mohd Zainuddin mendapat Tempat Ketiga. Bagi Pertandingan Futsal, pasukan asrama sekolah telah berjaya meraih pingat gangsa dengan 7 orang pemain.
a)      
Bagi Pertandingan Bola jaring, pasukan asrama sekolah telah berjaya meraih pingat gangsa. Semoga kejayaan yang lebih besar akan diraih oleh pasukan asrama sekolah pada tahun-tahun akan datang. 
a)     

Kejohanan Taekwando Terbuka KMTA

1.       Pada 9 hingga 11 Mei, Kejohanan Taekwando Terbuka KMTA Peringkat Negeri Kedah telah berlangsung di Dewan Ibnu Sina. Pemenang pertandingan adalah seperti berikut: 
a)      Airul Saufi – Pingat Perak
b)      Mohd Firdaus b. Aman – Pingat Gangsa

c)       Nurul Arisha bt. Rosman – Pingat Gangsa

Pertandingan Koakademik Bahasa Tamil peringkat Daerah

1.       Pada 13 April 2013 yang lalu, Pertandingan Koakademik Bahasa Tamil peringkat Daerah telah diadakan di SMK Jitra. Sekolah kita telah menggondol johan  keseluruhan dalam pertandingan tersebut. Berikut merupakan keputusan penuh pertandingan yang dimenangi oleh wakil SMKJ:
a)      Harisini a/p Devadase – Johan Kuiz Bahasa Tamil
b)      Saravanan a/l Padmanathan – ketiga Pertandingan Menulis cerpen
c)       R.Rakshana a/p Rammogan – Johan Pertandingan Menulis cerpen

d)   Johan Pertandingan Debat diwakili oleh  Kogilavanie a/p Chellaturai , Turgaashini a/p Devaraj dan Gautham a/l Ambu Pulay

Kejohanan Beregu Badminton

1.       Pada 31 Mac hingga 10 April 2013, Kelab Badminton SMK Jitra telah menganjurkan Kejohanan Beregu Badminton di Dewan Ibnu Sina SMK Jitra.

Kategori Bawah 16 Tahun Lelaki;
a)      Pingat gangsa -  Mohd  Arif Hafis b. Azhar dan Wan Mohd Nur Iman b. Wan Norrizan
b)      Pingat Perak -  Ooi Chun Hong dan Ooi Xi Zhi
c)       Pingat emas -  Ahmad Helmi b. Ishar dan Mohd Razman Syafiee b. Abdul Razak
Kategori Bawah 16 Tahun Perempuan;
a)                           a)    Pingat Gangsa -  Janae a/p Selvakumaran dan Dhurgaashini a/p Arsaythamby
b)                            b)   Pingat Perak -  R.Rakshana a/p Rammogan dan Muniswary a/p Ananthan
c)                            c)      Pingat emas – Nur Nasuha bt. Helmi dan Noorsharifah bt. Amran
Kategori Bawah  17 tahun Lelaki;
a)                             a)       Pingat gangsa – Nazmi Azfar b. Mohd Nabin dan Faiz Irshad Aiman b. Mahmud
b)                            b)     Pingat Perak – Mohamad Farhan b. Mohd Fauzi dan Ahmad Amiruddin b. Ahmad Kamarudin
c)                            c)      Pingat emas – Arvinesh Naidu a/l Kalidas dan Sunil Srinivasan a/l Silver Raju
Kategori Bawah 17 tahun Perempuan;
a)                             a)        Pingat gangsa – Fatin Hazwani bt. Mohd Sobri dan Siti Wahyu bt. Long
b)                            b)      Pingat Perak – Nurhasyimah bt. Shahbudin dan Nur Husna bt. Noor Aris

c)                             c)         Pingat emas – Nor Zuliyana bt. Zamzuri dan Auni Farhanah bt. Abdul Gafar

Saturday 27 April 2013

Pantun Peringkat Negeri


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Setelah berjaya mengharungi pahit getir pasukan Pantun SMK Jitra berjaya mengharumkan nama sekolah setelah berjaya menduduki tempat pertama dalam Pertandingan Pantun Peringkat Daerah Sekolah-Sekolah Kubang Pasu.
Mara dengan azam yang baru Pasukan Pantun SMKJ menambahkan usaha lebih giat demi mencapai kemenangan seterusnya. Pertandingan Pantun Peringkat Negeri yang telah diadakan di Sekolah Menengah Kedawang,Langkawi amat meriah dan sengit dengan kehadiran ramai pasukan pantun dari pelosok negeri Kedah. Namun begitu,rezeki tidak berpihak kepada kami.Tetapi apa yang penting ialah pengalaman yang diperolehi oleh para pemantun kami.Kami warga SMK Jitra berdoa agar Pasukan Pantun Sekolah mampu mencapai kemenangan lagi dan berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi! Amin!

Kem Kepimpinan Perdana


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Kem Kepimpinan Perdana Pengawas bagi sesi 2013 telah diadakan. Tema program ini ialah Pemimpin Muda Perintis Harapan Negara. Para peserta terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas asrama dan majlis perwakilan pelajar .Program ini diadakan untuk meningkatkan kepimpinan para pelajar yang menyandang jawatan-jawatan penting di sekolah.
             Program ini diteruskan dengan slot pertama iaitu Mengenali Nilai Kepimpinan.  Slot ini dikendalikan oleh Encik Anuar bin Othman, Pegawai Fasi LINUS . Slot kedua iaitu Jati Diri Kepimpinan yang disampaikan oleh Tuan Haji Shuib bin Haji Hamid . Program diteruskan dengan slot ketiga yang disampaikan oleh Encik Rosmira bin Saad, Kaunselor Profesional Berdaftar, SM Sains Kubang Pasu dengan aktiviti Team Building. Slot  keempat iaitu Aku Hebat telah disampaikan oleh Tuan Haji Hamdan bin Haji Ayob, Kaunselor Profesional Berdaftar, SMK Bukit Payung dan slot terakhir iaitu SoftSkills pula disampaikan oleh Kaunselor Profesional Berdaftar, IPGM Kampus Perlis.
Majlis Perasmian Penutupan Kem Kepimpinan Perdana 2013 yang dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Puan Hajah Latipah binti Kassim.

Pelancaran 3S dan Program Etika Kafeteria

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Pelancaran 3S (Senyum, Salam, Sapa) dan Program Etika Kafeteria telah dilancarkan dengan jayanya di SMK Jitra. Pelancaran ini telah diadakan di Dewan Ibnu Sin pada hari Ahad, jam 8.00 pagi. Mereka yang terlibat adalah pelajar-pelajar sesi pagi serta guru-guru. Kedua-kedua program ini akan melahirkan pemimpin generasi akan datang yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji, nilai-nilai murni yang tinggi serta sifat-sifat yang boleh diteladani dan dicontohi. Selain itu, SMK Jitra boleh menjadi ‘bench-mark’ kepada sekolah-sekolah lain. Program ini merupakan anjuran unit Hal Ehwal Murid (HEM) dan akan berlangsung sepanjang tahun. Sempena Program Etika Kafeteria, anugerah SMART akan diberikan kepada pelajar– pelajar pada setiap bulan.

Dari Meja Editor!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Baru-baru ini ramai sungguh yang suka lari ya...bukan lari daripada apa-apa tetapi...

 Ada yang lari Merentas Alam, ada yang lari Sukantara. Ada yang lari untuk Mini Karnival Sukan. Ada juga pelajar yang lari dari sekolah. Bukan ponteng sekolah tetapi bertukar ke sekolah lain. Yang lari di padang tu, jangan lari dari kelas sudahlah.
Musim peperiksaan juga menjelma bulan ini. Diharap pelajar bersedia untuk menduduki peperiksaan yang akan diadakan di samping sibuk berlari-lari!



Thursday 21 March 2013

Kecewa ke universiti bakar semangat Nur Hayani Adlina- UTUSAN.COM


NUR Hayani Adlina Abdur Rahim menunjukkan keputusan 5A yang diperolehinya dalam peperiksaan STPM di Jitra, Kedah, semalam.
JITRA 18 Mac - Perasaan kecewa dua tahun lalu akibat permohonan ke universiti ditolak akhirnya berjaya ditebus pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 bagi Kedah, Nur Hayani Adlina Abdur Rahim, 20, apabila berjaya memperoleh keputusan 5A.
Pelajar aliran Sastera di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jitra itu berkata, setelah permohonan ke universiti menggunakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang tidak berjaya dua tahun lalu, dia mengambil keputusan untuk menduduki STPM.
"Saya sendiri tidak tahu apa punca saya gagal masuk ke universiti walaupun telah membuat rayuan jadi saya menganggap itu bukan rezeki saya.
"Tetapi ia tidak menghalang saya untuk terus belajar, sebab itulah saya membuat keputusan untuk mengambil peperiksaan STPM," katanya kepada pemberita ketika ditemui di SMK Jitra, di sini hari ini.
Nur Hayani Adlina yang merupakan salah seorang daripada 76 calon STPM 2012 di SMK Jitra, berasa terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pelajar terbaik negeri Kedah oleh Pengetuanya, Latipah Kassim.
Anak ketiga daripada empat adik beradik itu bagaimanapun masih belum membuat keputusan untuk memilih mana-mana universiti atau jurusan untuk melanjutkan pelajaran.
Katanya, dia mungkin akan mengambil pengajian dalam bidang perniagaan kerana bercita-cita untuk menjadi seorang ahli perniagaan pada masa depan.
Ditanya apakah rahsia kejayaannya, beliau berkata, cara pembelajaran yang dilakukan adalah sama seperti pelajar lain iaitu dengan menumpukan sepenuh perhatian sewaktu di dalam kelas.
"Cara saya belajar biasa sahaja, buat ulang kaji dan persediaan pun pada minit akhir apabila hampir waktu peperiksaan.
"Cuma apa yang saya utamakan adalah membuat nota kecil berwarna-warni sebagai rujukan selain membuat nota berbentuk peta untuk memudahkan saya faham," katanya.
Nur Hayani Adlina memperoleh A dalam lima subjek yang diambilnya iaitu Pengajian Am, Bahasa Malaysia, Sejarah, Geografi dan Pengajian Perniagaan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130319/wu_04/Kecewa-ke-universiti-bakar-semangat-Nur-Hayani-Adlina#ixzz2O9GaJ8AC
© Utusan Melayu (M) Bhd

Monday 25 February 2013

Maulidur Rasul


28 Januari — Merupakan hari yang bersejarah dan peringatan kepada umat Islam iaitu Hari Keputeraan Baginda Rasulullah S.A.W. Pelbagai persembahan telah dilakukan seperti nasyid, forum, syair dan nyanyian. Persembahan ini melibatkan pelajar tingkatan 3 , 4 , 5 dan  Pra U . Tn. Hj. Ku Insanizdihar b. Ku Idris yang tampil menyampaikan sajak ciptaan beliau sendiri telah mendapat tepukan gemuruh para pelajar.

Sambutan pada hari itu berlangsung pada tengah hari dan disambut dengan meriah . Terdapat juga pertandingan kuiz secara spontan anjuran Persatuan Agama Islam. Aktiviti pada hari itu dimulakan dengan ucapan yang disampaikan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra iaitu Pn. Hajah Latipah binti Kassim. 

Sebelum ini, sambutan Maulidur Rasul diraikan dengan menjemput penceramah dari luar manakala pada kali ini berlaku perubahan dengan melibatkan persembahan daripada warga SMK Jitra supaya  penerapan teladan dan nilai-murni  lebih berkesan agar  para pelajar  menghayati fokus utama dianjurkan oleh pihak sekolah. Semua  warga SMK Jitra telah  menjayakan program ini dengan jpenyampaian hadiah dan cenderamata persembahan diberikan ketika perhimpunan rasmi sekolah.

Perhimpunan Kokurikulum Pertama


29 Januari — Perhimpunan kokurikulum yang pertama telah diadakan bertempat di Dewan Ibnu Sina Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra. Perhimpunan ini bermula pada pukul 8:00 pagi dan berakhir pada 9:30 pagi dengan dihadiri oleh para pelajar dan guru yang beruniform lengkap mengikut unit beruniform masing-masing. Tujuan perhimpunan ini diadakan adalah untuk menggalakkan murid-murid memakai pakaian unit beruniform masing-masing pada setiap hari Selasa. Dengan cara ini, pelajar-pelajar akan dilatih menjadi lebih berdisiplin dan berbangga dengan unit beruniform masing-masing serta akan berusaha untuk menggerakkan badan beruniform menjadi lebih aktif dan seterusnya mengharumkan nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Friday 22 February 2013

KEM KOLABORASI PANTUN

Bissmillahirahmanirahim~!  
Assalamualaikum, 
Salam Sejahtera,
dan 
Salam 1 Malaysia

Kem yang bertujuan untuk mencari bakat baru pemantun muda ini telah diadakan pada 8 Februari 2013 yang lalu.Kem ini bermula pada pukul 8.30 pagi dengan kehadiraan tenaga pengajar mahir dalam pantun untuk memberi pendedahan kepada pelajar yang berminat untuk memasuki pantun.Taklimat yang ringkas dan berguna itu telah dapat  menonjolkan bakat ramai pelajar dan pelapis untuk pasukan pemantun Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra.Pengetua juga dengan berbesar hati turun padang untuk memberi semangat kepada para pelajar sekali gus memberi penghargaan kepada tenaga pengajar.Bagi pelajar lelaki mereka dibenarkan pulang untuk bersolat manakala pelajar perempuan bersolat di sekolah. Majlis diteruskan pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada 5.30 petang. Sesungguhnya kem seperti ini patut diadakan setiap tahun untuk mencungkil bakat baru para pelajar.


Kehadiran Pengetua menyerikan kem tersebut.

Thursday 3 January 2013

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Bismilahirrahmanirahim~



Persekolahan sesi 2013 telah bermula pada 1 Januari 2013 yang lalu.Semua pelajar juga telah diarahkan seminggu lebih awal untuk bersedia untuk kembali ke sekolah dan membeli keperluan persekolahan. Pasti ramai pelajar yang bersemangat dan seronok untuk hadir ke sekolah sebulan lebih bercuti di rumah.
Bagi para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan penting seperti PMR,SPM,dan STPM mereka sudah pasti menanam azam baru,bukan? 
Oleh itu,marilah kita menanam semangat baru pada tahun baru ini.Bukan itu sahaja,kita semua sepatutnya berusaha untuk mendapatkan yang terbaik.

Selamat Bersekolah.

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....