Monday 25 February 2013

Maulidur Rasul


28 Januari — Merupakan hari yang bersejarah dan peringatan kepada umat Islam iaitu Hari Keputeraan Baginda Rasulullah S.A.W. Pelbagai persembahan telah dilakukan seperti nasyid, forum, syair dan nyanyian. Persembahan ini melibatkan pelajar tingkatan 3 , 4 , 5 dan  Pra U . Tn. Hj. Ku Insanizdihar b. Ku Idris yang tampil menyampaikan sajak ciptaan beliau sendiri telah mendapat tepukan gemuruh para pelajar.

Sambutan pada hari itu berlangsung pada tengah hari dan disambut dengan meriah . Terdapat juga pertandingan kuiz secara spontan anjuran Persatuan Agama Islam. Aktiviti pada hari itu dimulakan dengan ucapan yang disampaikan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra iaitu Pn. Hajah Latipah binti Kassim. 

Sebelum ini, sambutan Maulidur Rasul diraikan dengan menjemput penceramah dari luar manakala pada kali ini berlaku perubahan dengan melibatkan persembahan daripada warga SMK Jitra supaya  penerapan teladan dan nilai-murni  lebih berkesan agar  para pelajar  menghayati fokus utama dianjurkan oleh pihak sekolah. Semua  warga SMK Jitra telah  menjayakan program ini dengan jpenyampaian hadiah dan cenderamata persembahan diberikan ketika perhimpunan rasmi sekolah.

Perhimpunan Kokurikulum Pertama


29 Januari — Perhimpunan kokurikulum yang pertama telah diadakan bertempat di Dewan Ibnu Sina Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra. Perhimpunan ini bermula pada pukul 8:00 pagi dan berakhir pada 9:30 pagi dengan dihadiri oleh para pelajar dan guru yang beruniform lengkap mengikut unit beruniform masing-masing. Tujuan perhimpunan ini diadakan adalah untuk menggalakkan murid-murid memakai pakaian unit beruniform masing-masing pada setiap hari Selasa. Dengan cara ini, pelajar-pelajar akan dilatih menjadi lebih berdisiplin dan berbangga dengan unit beruniform masing-masing serta akan berusaha untuk menggerakkan badan beruniform menjadi lebih aktif dan seterusnya mengharumkan nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Friday 22 February 2013

KEM KOLABORASI PANTUN

Bissmillahirahmanirahim~!  
Assalamualaikum, 
Salam Sejahtera,
dan 
Salam 1 Malaysia

Kem yang bertujuan untuk mencari bakat baru pemantun muda ini telah diadakan pada 8 Februari 2013 yang lalu.Kem ini bermula pada pukul 8.30 pagi dengan kehadiraan tenaga pengajar mahir dalam pantun untuk memberi pendedahan kepada pelajar yang berminat untuk memasuki pantun.Taklimat yang ringkas dan berguna itu telah dapat  menonjolkan bakat ramai pelajar dan pelapis untuk pasukan pemantun Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra.Pengetua juga dengan berbesar hati turun padang untuk memberi semangat kepada para pelajar sekali gus memberi penghargaan kepada tenaga pengajar.Bagi pelajar lelaki mereka dibenarkan pulang untuk bersolat manakala pelajar perempuan bersolat di sekolah. Majlis diteruskan pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada 5.30 petang. Sesungguhnya kem seperti ini patut diadakan setiap tahun untuk mencungkil bakat baru para pelajar.


Kehadiran Pengetua menyerikan kem tersebut.

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....