Saturday 27 April 2013

Pantun Peringkat Negeri


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Setelah berjaya mengharungi pahit getir pasukan Pantun SMK Jitra berjaya mengharumkan nama sekolah setelah berjaya menduduki tempat pertama dalam Pertandingan Pantun Peringkat Daerah Sekolah-Sekolah Kubang Pasu.
Mara dengan azam yang baru Pasukan Pantun SMKJ menambahkan usaha lebih giat demi mencapai kemenangan seterusnya. Pertandingan Pantun Peringkat Negeri yang telah diadakan di Sekolah Menengah Kedawang,Langkawi amat meriah dan sengit dengan kehadiran ramai pasukan pantun dari pelosok negeri Kedah. Namun begitu,rezeki tidak berpihak kepada kami.Tetapi apa yang penting ialah pengalaman yang diperolehi oleh para pemantun kami.Kami warga SMK Jitra berdoa agar Pasukan Pantun Sekolah mampu mencapai kemenangan lagi dan berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi! Amin!

Kem Kepimpinan Perdana


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Kem Kepimpinan Perdana Pengawas bagi sesi 2013 telah diadakan. Tema program ini ialah Pemimpin Muda Perintis Harapan Negara. Para peserta terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas asrama dan majlis perwakilan pelajar .Program ini diadakan untuk meningkatkan kepimpinan para pelajar yang menyandang jawatan-jawatan penting di sekolah.
             Program ini diteruskan dengan slot pertama iaitu Mengenali Nilai Kepimpinan.  Slot ini dikendalikan oleh Encik Anuar bin Othman, Pegawai Fasi LINUS . Slot kedua iaitu Jati Diri Kepimpinan yang disampaikan oleh Tuan Haji Shuib bin Haji Hamid . Program diteruskan dengan slot ketiga yang disampaikan oleh Encik Rosmira bin Saad, Kaunselor Profesional Berdaftar, SM Sains Kubang Pasu dengan aktiviti Team Building. Slot  keempat iaitu Aku Hebat telah disampaikan oleh Tuan Haji Hamdan bin Haji Ayob, Kaunselor Profesional Berdaftar, SMK Bukit Payung dan slot terakhir iaitu SoftSkills pula disampaikan oleh Kaunselor Profesional Berdaftar, IPGM Kampus Perlis.
Majlis Perasmian Penutupan Kem Kepimpinan Perdana 2013 yang dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Puan Hajah Latipah binti Kassim.

Pelancaran 3S dan Program Etika Kafeteria

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Pelancaran 3S (Senyum, Salam, Sapa) dan Program Etika Kafeteria telah dilancarkan dengan jayanya di SMK Jitra. Pelancaran ini telah diadakan di Dewan Ibnu Sin pada hari Ahad, jam 8.00 pagi. Mereka yang terlibat adalah pelajar-pelajar sesi pagi serta guru-guru. Kedua-kedua program ini akan melahirkan pemimpin generasi akan datang yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji, nilai-nilai murni yang tinggi serta sifat-sifat yang boleh diteladani dan dicontohi. Selain itu, SMK Jitra boleh menjadi ‘bench-mark’ kepada sekolah-sekolah lain. Program ini merupakan anjuran unit Hal Ehwal Murid (HEM) dan akan berlangsung sepanjang tahun. Sempena Program Etika Kafeteria, anugerah SMART akan diberikan kepada pelajar– pelajar pada setiap bulan.

Dari Meja Editor!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Baru-baru ini ramai sungguh yang suka lari ya...bukan lari daripada apa-apa tetapi...

 Ada yang lari Merentas Alam, ada yang lari Sukantara. Ada yang lari untuk Mini Karnival Sukan. Ada juga pelajar yang lari dari sekolah. Bukan ponteng sekolah tetapi bertukar ke sekolah lain. Yang lari di padang tu, jangan lari dari kelas sudahlah.
Musim peperiksaan juga menjelma bulan ini. Diharap pelajar bersedia untuk menduduki peperiksaan yang akan diadakan di samping sibuk berlari-lari!



MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....