Sunday 7 July 2013

PENUTUPAN BULAN BAHASA PERINGKAT SEKOLAH

Pada 25 Jun 2013 yang lalu, telah diadakan Hari Penutupan Bulan Bahasa Peringkat Sekolah. Terdapat pelbagai pertandingan telah berlangsung sepanjang bulan bermula Januari 2013 mengikut panitia-panitia bahasa iaitu panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan bahasa Arab. Hari Penutupan Bulan Bahasa diserikan dengan ucapan Tuan Pengetua dengan pantunnya;
Pagi-pagi makan capati,
Kuah kambing enak dicicah,
Pagi-pagi maklumat diberi,
Kegiatan Bulan Bahasa sampai penyudah.

Pelbagai persembahan telah disajikan pada hari tersebut daripada setiap panitia bahasa seperti pantun, nyanyian, dan choral speaking. Antara yang menarik ialah persembahan sajak secara berduet dalam bahasa Cina yang juga turut akan mewakili negeri Kedah ke peringkat kebangsaan di Sabah.

Pertandingan Perkhemahan Kembori Ke-21 dan Kembori ke-12 Peringkat Daerah Kubang Pasu

1.       Pada 27 -30  Jun 2013, PASUKAN Pengakap SMK Jitra telah terlibat dalam Pertandingan Perkhemahan Kembori Ke-21 dan Kembori ke-12 Peringkat Daerah Kubang Pasu di Sek. Keb. Bandar Baru Sintok. Sekolah telah merangkul Johan dalam Pertandingan Membina Pioneering dan Pertandingan Masakan Rimba.  Pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah tersebut ialah  Abdul Rahman b. Mohd Amin dari kelas 5 Diamond bagi Pertandingan Membina Pioneering manakala Mohd Arif Hafis b. Azhar dari kelas 4 Peridot telah merangkul johan dalam Pertandingan Masakan Rimba.   Syabas diucapkan.    





PIDATO PIALA DIRAJA PERINGKAT NEGERI

1.       Pada 29 Jun 2013, SMK Jitra telah terlibat dalam pertandingan Pidato Piala Diraja Peringkat Negeri Kedah di SMK Siong, Baling.  Sekolah kita telah diwakili oleh Nur Atiqah bt. Abd. Hamid dari kelas 5 Amethyst. Pelajar yang turut merupakan pembahas sekolah ini telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Tahniah.


BARIS SEDIA!

1.       Pada 22 -23 Jun 2013 yang lalu, SMK Jitra telah terlibat dalam Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Peringkat  Negeri Kedah di pekarangan PPD Padang Terap. Sekolah kita telah mendapat saguhati peringkat negeri.  Antara unit uniform yang terlibat ialah Kadet Polis Wanita, KRS Putera dan KRS Puteri. Menurut Ketua Platun bagi setiap unit, penglibatan dalam aktiviti seumpama itu telah memberikan pengalaman yang begitu banyak bagi mereka agar lebih bersedia dalam pertandingan- pertandingan pada masa akan datang. 

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....