Saturday 28 September 2013

PIDATO KARISMATIK DAN JALINAN MAHABBAH SMK JITRA-UUM

26 September 2013 -  Telah berlangsung pertandingan Pidato Karismatik dan Jalinan Mahabbah anjuran SMK Jitra- UUM. Program bermula dengan pertandingan pidato pelajar sekolah diikuti dengan pidato oleh pelajar jemputan dari UUM.

               Bagi kategori Bahasa Melayu, johan disandang oleh wakil SM Sultan Abdul Halim, naib johan dari SM Sultan Badlisyah dan tempat ketiga diraih oleh Nor Atikah dari SMK Jitra. Manakala bagi kategori Bahasa Inggeris pula, putera SM Sains Kubang Pasu ternyata berbisa apabila dinobatkan sebagai Johan, Naib Johan dan tempat ketiga disandang oleh Muthu dan Nor Fathihah masing-masing dari SMK Jitra. Kesemua pemenang membawa pulang wang tunai, piala dan sijil penyertaan. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Yang Berusaha Tn. Hj. Rooslee b. Ismail, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah yang turut sudi menyampaikan ucapan penutupan.

              Acara bertambah hangat dengan beberapa persembahan hebat melibatkan pihak Angkatan Sasterawan Nasional ( ASASI ) Kedah yang menyampaikan sajak bernada patriotik, nyanyian oleh pelajar SMK Jitra dan diakhiri dengan tarian khas oleh pelajar-pelajar UUM yang berasal dari Indonesia. Para penonton yang pertama kali melihat tarian tersebut terpukau dengan pergerakan tarian tanpa muzik yang dipersembahkan. Tahniah kepada para pemenang dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam program ini.

Wednesday 25 September 2013

PERTANDINGAN PIDATO KARISMATIK DAN JALINAN MAHABBAH 2013

26.09.2013 - Akan berlangsung Pertandingan Pidato Karismatik dan Jalinan Mahabbah di SMK Jitra. Pertandingan dianjurkan oleh SMK Jitra dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia. Sehingga berita ini ditulis, terdapat 8 buah sekolah akan mengambil bahagian dalam kategori Bahasa Melayu, 6 buah sekolah kategori Bahasa Inggeris, 6 peserta penutur bukan jati untuk Bahasa Melayu dan 6 penyertaan bagi kategori Bahasa Inggeris untuk penuntut UUM.
             Pidato Bahasa Melayu akan diadakan di Dewan Ibnu Sina manakala pertandingan pidato Bahasa Inggeris akan diadakan di kelas 4 Amethyst. Turut mengambil bahagian ialah Panitia Bahasa Arab yang akan mengadakan aktiviti hiwar bersama-sama fasilitator dari  UUM yang terdiri daripada penutur jati bahasa Arab.  SMK Jitra mengalu-alukan kedatangan semua pelajar dan guru dari sekolah-sekolah yang mengambil bahagian  juga tidak lupa kepada para penuntut luar negara dari UUM. Selamat datang.

Wednesday 18 September 2013

PELANCARAN ROKET SMKJ

26 Jun - Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket 2013 Peringkat Sekolah telah diadakan . Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu Target Terbaik, Parachute Terbaik dan Peserta Terbaik. Johan Kategori Target Terbaik disandang oleh Mohd Hassan Faisol dan Mohd Syamsul Aliff Abdul Ghani. Johan Kategori Parachute Terbaik dirangkul oleh Nur Fadhilah Azmi dan Nur Hidayah Fadillong dan bagi Johan Peserta Terbaik Keseluruhan dimenangi oleh Nur Fadhilah Azmi dan Nur Hidayah Fadillong. Tahniah kepada para pemenang.

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....