Sunday 13 October 2013

KHAS BUAT WARGA SMK JITRA


KAMI INGIN MENGGAPAI BINTANG

13.10.2013- Seramai 26 orang pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia telah cuba menggapai bintang dengan mencipta rekod tersendiri apabila berjaya tersenarai antara pelajar terbaik Peperiksaan Percubaan SPM yang telah berlangsung. 13 orang pelajar teratas mendapat kesemua A manakala 13 orang pelajar lagi mendapat satu mata pelajaran antara B+ dengan C+.
        Mereka merupakan antara 59 orang pelajar yang disasarkan kesemua A dalam  Peperiksaan SPM nanti. Seorang pelajar (Aidil Amirul) yang sebelum ini tidak disasarkan telah menunjukkan lonjakan saujana dalam pencapaiannya sehingga turut tersenarai menjadikan jumlah keseluruhan sasaran ialah  60 orang pelajar.
        Perhimpunan pada hari ini juga turut memberikan penghargaan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam aktiviti sempena Bulan PSS. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan melibatkan aktiviti bercorak permainan, aktiviti bahasa, 'eksplorace', dan karya kreatif. Pengunjung bertuah kategori guru dan pelajar turut diberikan hadiah istimewa. Bagi tahun ini, pengunjung bertuah kategori guru ialah Pn. Nor'ain bt. Sulaiman. Syabas diucapkan.

Wednesday 2 October 2013

PMR ... "CIKGU JANGAN BIMBANG, SAYA OK"

2 September 2013 - Pelajar -pelajar Tingkatan 3 telah menduduki peperiksaan yang telah dinantikan selama 3 tahun. Terdapat 2 pusat peperiksaan terlibat iaitu KB212 di Dewan Ibnu Sina dan KB213 di Blok Delima.

              Semua pelajar berkumpul di Stadium mini pada awal pagi bagi mendengar ucapan semangat yang disampaikan oleh  tuan Pengetua. Majlis disusuli dengan bacaan doa yang diketuai oleh saudara Amerul Amsyar dari kelas 3 Fathonah. Seusai perhimpunan di Stadium mini, hujan lebat rahmat  mengiringi para calon memasuki tempat peperiksaan.

              Kertas yang diduduki calon pada hari pertama ialah Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2, diikuti Pendidikan Agama Islam pada sesi petang. Terdapat dua calon sakit yang terlibat iaitu Norzaharatul Naim (3Kr) dan Mohd Afiq Daniel (3 Bj). Walaupun begitu, semangat kental mereka patut dipuji dan diangkat tinggi untuk dicontohi pelajar-pelajar yang lain. "Cikgu jangan bimbang, saya ok..", kata Mohd Afiq Daniel dan Zaharatul sebelum menjawab soalan Kertas 1 ketika dilawati guru bertugas Bahasa Melayu, Pn. Nor Aznim bt. Mohd Radzi.

              Maklumat terkini yang diterima pihak Buletin SMKJ, Mohd Afiq yang terpaksa dikejarkan ke hospital KMC telah selamat menjalani pembedahan dan sedang menduduki peperiksaan bermula jam 8.00 malam tadi.

                SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN, & SELAMAT MENCIPTA SEJARAH TERBILANG PMR 2013.

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....