Pada 8.3.2014 dan 9.3.2014, seorang pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra sekali lagi telah mengharumkan nama sekolah
di peringkat antrabangsa. Hal ini bertepatan dengan Lim Jia Shin, 16 tahun
dari kelas 4 Diamond telah menyertai Pertandingan Wushu, yang telah diadakan
di Stadium Sukan, Yio Chu Kang, Singapura. Dalam pertandingan ini, beliau telah
memenangi dua pingat emas dan satu pingat perak. Dua pingat emas yang dimenangi
beliau ialah Standard Chang Quan dan Elementary Jian Shu manakala perak pula
San Lu Chang Quan. Tahniah kerana menjulang nama sekolah ke peringkat antarabangsa.
Wednesday 30 April 2014
Sunday 27 April 2014
KEM ASAS KAWAD TINGKATAN 1 & 2 - Haziq
Pada
3.4.2014 hingaa 5.4.2014 bersamaan dengan hari Khamis, Jumaat dan Sabtu yang
lalu, SMK Jitra telah mengadakan Kem Asas Kawad bagi semua pelajar SMK Jitra
Tingkatan 1 & 2 bertempat di Stadium Mini sekolah. Kem ini dijayakan dan
dikendalikan oleh beberapa orang guru dan murid tingkatan 3,4 & 5. Kem ini
diadakan selama tiga hari berturut-turut dan bermula pada jam 8.00 pagi hingga
12.00 tengah hari pada hari Khamis & Jumaat manakala hari Sabtu bermula
pada jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang.
Kem ini diadakan bertujuan untuk melatih
para pelajar tentang asas-asas kawad serta membina dan memupuk nilai-nilai
murni seperti berdisiplin, tegas , amanah dan mempunyai semangat jati diri yang
kuat dalam diri para pelajar.Selain itu, para pelajar turut diajar dan
didedahkan dengan cara-cara dan teknik-teknik ikatan yang betul . Hal ini
supaya para pelajar sudah ada asas-asas kawad yang boleh membantu mereka sekiranya
mereka menghadiri kem latihan seperti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
nanti.
Barisan para guru & pelajar tingkatan 3,4 & 5 yang telibat dalam menjayakan kem ini
Barisan para guru & pelajar tingkatan 3,4 & 5 yang telibat dalam menjayakan kem ini
Murid-Murid diajar tentang asas kawad |
Walaupun hari cuti , para guru dan para
pelajar sanggup mengorbankan hari cuti mereka untuk menghadiri Kem Asas Kawad
ini. Tahniah diucapkan kepada para guru dan para pelajar yang terlibat dalam
kem ini secara langsung atau tidak langsung. Tanpa pengorbanan mereka, sudah
tentu kem ini tidak akan berjaya dilaksanakan. Tahniah !
MAJLIS PERSARAAN EN. SHABUDIN B. SHAFIE - Afiqah
SMK Jitra telah mengadakan satu majlis persaraan kepada En. Shabudin bin Shafie, Guru Bahasa Melayu bagi Sesi petang. Majlis ini telah dihadiri oleh para pelajar dari Tingkatan 1, 2 dan 3.
En. Shabudin telah dilantik sebagai guru pada 1 Mei 1980 dan beliau mula berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra pada 1 September 1999. Beliau merupakan seorang guru yang amat disenangi oleh para pelajar.
Majlis yang diadakan kepada beliau bermula pada pukul 12.45 tengah hari bertempat di Dewan Ibnu Sina. Majlis tersebut menjadi lebih sayu apabila dalam ucapan Pengetua, beliau menyatakan kekesalan kerana tidak dapat mengadakan majlis untuk arwah En. Abdul Hamid yang meninggal dunia akibat barah perut. Kemudian, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah daripada wakil pelajar, guru dan juga Pengetua.
Semoga dengan majlis yang diadakan ini, En.Shabudin dapat meninggalkan SMK Jitra dengan kenangan yang manis. Kami berharap agar En.Shabudin tidak akan melupakan kami di sini.
KARNIVAL AMAL PANDU PUTERI - Afiqah
Pada 7 Mac (Jumaat) yang lalu, SMK Jitra telah menyertai Program Pandu Puteri Karnival Amal yang telah diadakan di Sungai Petani, Kedah. Beberapa orang ahli Pandu Puteri telah menyertai pertandingan-pertandingan yang diadakan di sana antaranya Pertandingan Pidato dan Pertandingan Kawad Kaki.
SMK Jitra telah muncul sebagai Naib Johan dalam Pertandingan Pidato yang diwakili oleh Siti Zulaikha. Kemenangan ini tidak disangka-sangka kerana pelajar ini baru pertama kali menyertai Pertandingan Pidato dan hanya berlatih berpidato selama sehari. Tahniah diucapkan kepadanya.
Bagi Pertandingan Kawad Kaki pula, SMK Jitra telah mendapat Tempat Ketiga dalam pertandingan tersebut. Usaha mereka selama ini sememangnya telah membuahkan hasil. Tahniah diucapkan kepada setiap ahli yang menyertai pertandingan kawad kaki ini dan tidak lupa juga pada yang menyertai karnival ini. Semoga mereka terus berusaha untuk mengharumkan nama sekolah.
BSMM DAERAH KUBANG PASU- Afiqah
Setibanya di sana, mereka diarahkan untuk mendirikan khemah masing-masing. Setelah itu pada malamnya pula mereka dibahagikan kepada 10 buah kumpulan yang mempunyai ahli dalam lingkungan 21-23 orang ahli dari pelbagai sekolah. Mereka telah diarahkan untuk membina sebuah bangunan yang melambangkan cirri-ciri BSMM menggunakan straw.
Keesokan harinya pula, mereka diajar cara-cara untuk berkawad oleh guru-guru di sana. Pada petang itu pula, mereka diajar definisi Pertolongan Cemas, cara-cara untuk menggunakan ‘stretcher’, cara-cara membalut kain anduh dan cara-cara melakukan CPR. Banyak ilmu yang disampaikan oleh para fasilitor dan guru kepada para pelajar. Malam hari itu pula diisi dengan persembahan dari setiap kumpulan seperti menyanyi dan berlakon. Para peserta kelihatan gembira sepanjang malam tersebut.
Selesai sahaja semua pertandingan tersebut, tibalah masa untuk penyampaian hadiah. Para peserta dari SMK Jitra telah Berjaya memenangi beberapa buah pertandingan yang diadakan. Senarai nama peserta tersebut ialah
1. Johan Pertandingan Kembara
Nazirah bt Mohd Izmari
Noor Izatie bt Azizan
Naib Johan Pertandingan Kembara
Nur ‘Ain ‘Afifah bt Zainal Abidin
2. Johan Pertandingan Kawad Kaki
Nor Athiqah bt Rozali
Atikah Fadhlah bt Abu Bakar
Naib Johan Pertandingan Kawad Kaki
Julia Farzana bt Mohd Nazri
Sharifah Ainul Syazwani bt Syed Azman
3. Persembahan Terbaik
Nurul Syahidah bt Shuhaimi
Peserta perempuan terbaik juga telah dipilih daripada SMK Jitra iaitu Nor Athiqah bt Rozali. Tahniah diucapkan kepada para peserta dan juga para guru. Perkhemahan ini sememangnya telah memberikan pengalaman yang baru dan telah mengeratkan ukhuwah sesama peserta.
BAHAS ALA PARLIMEN PERINGKAT NEGERI KEDAH - Afiqah
Pada 5 April (Sabtu) yang lalu, SMK Jitra telah menyertai Pertandingan Debat Ala Parlimen Peringkat Negeri Kedah Darul Aman yang bertempat di SMK Tanjung Pauh. SMK Jitra telah menghantar 5 orang pelajar untuk mewakili sekolah ke pertandingan tersebut. Pelajar-pelajar tersebut ialah:
1. Muhammad Hisyam bin Abdul Halem (5 Emerald)
2. Muhammad Amirul Aiman bin Ismail (3 Cerdas)
3. Tuan Nur Hanani bt Tuan Rosdan (5 Jade)
4. Nur Atikah bt Md Amin (5 Pearl)
5. Fatini bt Ismail
SMK Jitra kalah kepada Kolej Sultan Abdul Hamid pada peringkat kedua. Kolej Sultan Abdul Hamid telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan ini. Walau bagaimanapun, usaha, semangat dan keberanian para pelajar wajar diberikan penghargaan. Tahniah diucapkan kepada mereka. Diharap mereka akan berjaya merangkul Johan pada masa akan datang.
Friday 4 April 2014
Tuesday 1 April 2014
PERTANDINGAN CATUR DAERAH - Syamir
Pertandingan
catur peringkat daerah Kubang Pasu telah diadakan di SMK Megat Dewa. Beberapa pelajar
SMK Jitra yang terpilih telah menyertai pertandingan tersebut dan mereka telah bersaing
dengan para peserta daripada sekolah-sekolah menengah harian dan sekolah-sekolah
berasrama penuh walaupun berasa sedikit gentar di dalam dada. Salah seorang wakil
SMKJ Nur Farahin Idrus telah memenangi tempat ke - 4 bagi kategori bawah 18
tahun perempuan manakala Muhammad Imran Hanif daripada 5 Opal telah mendapat tempat ke-5 bagi kategori
bawah 18 tahun lelaki. Seterusnya, Yogasyini
telah mendapat tempat ke - 6 bagi kategori bawah 15 tahun perempuan.
Mereka
telah berlatih bersungguh-sungguh dan memerah keringat dalam membuat persiapan rapi
sebelum hari pertandingan. Melalui pertandingan ini mereka dapat memperoleh lebih
banyak pengalaman untuk Berjaya pada masa hadapan bak kata pepatah jauh perjalanan,
luas pengalaman. Akhirnya, mereka juga dapat menambah lebih banyak kenalan dan mengeratkan
hubungan antara para pelajar lain berdasarkan kata-kata daripada pemimpin negara
kita `perpaduan asas kejayaan’ dan semoga perpaduan lebih kukuh melalui pertandingan
ini seterusnya mewujudkan keharmonian negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)
MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BAKERS 2024
[ 21 April 2024 ] Bertempat di Dewan Ibnu Sina, SMK Jitra telah berlangsungnya Majlis Watikah Pelantikan Bakers 2024. Semoga para bakers SMK...
-
Muhammad Airel Muqrin mewakili SMK JITRA telah berjaya mendapat JOHAN dalam Pertandingan Kemahiran Bola Sepak.Taniah dan Syabas kepada semua...
-
26/1/18 - Pada hari Jumaat yang lalu, pelajar asrama telah mengadakan beberapa aktiviti untuk memenuhi masa terluang mereka. Aktiviti terseb...
-
Nama diberi Suhaimi bin Haris. Dilahirkan pada 30/1/1963. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Kebang...