Tuesday 22 December 2015

PERMOHONAN UPU ONLINE - ALYA

Perhatian kepada semua calon SPM 2015 !

Permohonan UPU secara online akan dibuka mulai 18 Januari 2016 dan akan ditutup pada 5 April 2016 . Permohonan boleh dibuat melalui laman web http://upu.mohe.gov.my

Sila rujuk gambar di bawah untuk keterangan yang lebih lanjut .

Monday 14 December 2015

KEPUTUSAN PT3 2015 - SAKINA, MARYAM , 'AQILAH , ALYA , SYAREH , AMIRUL

14 Disember 2015 - Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Selama 3 tahun pelajar-pelajar yang mengambil PT3 tahun 2015 menelaah pelajaran bagi pentaksiran ini. Hari tersebut merupakan hari yang bersejarah bagi pelajar PT3 2015 mengetahui keputusan PT3 mereka. Majlis ini dimulai dengan bacaan doa oleh pelajar PT3 sendiri, Muhammad Ammar Qayyum. Bacaan doanya yang syahdu dan bermakna memberi kekuatan kepada seluruh warga sekolah yang hadir agar kami semua meneruskan kehidupan dengan kejayaan di dunia dan di akhirat. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Pengetua SMKJ, Encik Rushdan dengan pelbagai informasi mengenai PT3 2015 ini. Pengetua juga berkata ini bukanlah titik terakhir bagi yang tidak mendapat keputusan cemerlang. Mereka masih berpeluang untuk berusaha dengan lebih jitu pada SPM 2017 yang akan datang.







Seramai 217 pelajar PT3 2015 di SMK Jitra.  13 orang pelajar SMK Jitra telah mendapat " straight A" dan seramai 41 orang pelajar merupakan sisipan "straight A " dalam PT3 2015 . Antara pelajar yang mendapat " straight A " ialah:


Aida Adriana binti Abdul Aziz (3 Fathonah)
Ang Kian Guan (3 Cemerlang) 
Chan Zhee Yee (3 Cemerlang) 
Janice Ko Keh Shin (3 Cemerlang) 
Lui Qi Li (3 Cemerlang)  
Leong Xin Yi (3 Cemerlang) 
Ng Yen Dee (3 Cemerlang) 
Ooi Hui En (3 Cemerlang)
Deevagaran Naidu a/l Baiskaran (3 Cemerlang) 
 Jannah binti Mohamad Rozi (3 Cemerlang)
Kayla Ooi Yu Jin (3 Intelek) 
Ooi Yee Mun (3 Intelek) 
Yeong Wei Chung (3 Intelek)














Warga buletin berpeluang untuk menemu ramah tiga orang pelajar cemerlang PT3 2015. Mereka telah berkongsi rahsia kejayaan mereka untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam PT3. 

AIDA ADRIANA
- Jangan tinggal solat
- Selalu berdoa
- Tumpu perhatian sewaktu cikgu sedang mengajar kerana perkara yang cikgu ajar banyak membantu
- Kongsi ilmu dengan rakan - rakan
- Usaha bersungguh - sungguh dan tawakal kepada Allah
KAYLA OOI YU JIN
- Study smart
- Makan dengan cukup untuk mendapat tenaga semasa belajar
- Urus masa sendiri dengan sistematik
- Jangan guna telefon pintar
- Jangan terlalu stres semasa belajar
OOI YEE MUN
- Hadir kelas tuisyen
- Jauhkan diri dari media sosial
- Urus masa dengan elok
- Buat persediaan awal

Tahniah kepada para pelajar yang cemerlang. Bagi yang tidak berjaya, usahlah berputus asa kerana masih banyak peluang untuk berjaya. Perjalanan masih jauh jadi sentiasalah berusaha. Semoga pelajar lain yang bakal menghadapi PT3 pada masa akan datang mendapat semangat untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

Monday 7 December 2015

TARIKH RASMI KEPUTUSAN PT3 2015 DIUMUMKAN KELUAR - ALYA

Tarikh keputusan rasmi peperiksaan PT3 2015 diumumkan keluar. Bagi calon PT3 yang telah selesai menjalani peperiksaan awam PT3 untuk tahun 2015, semakan keputusan PT3 boleh disemak mulai Isnin 14 Disember 2015. Terdahulu, calon PT3 2015 merupakan calon kumpulan kedua yang  telah mengharungi peperiksaan PT3 sejak ianya mula dilaksanakan mulai tahun 2014 bagi menggantikan peperiksaan PMR.
 
Tarikh Keputusan Rasmi PT3 2015 Diumumkan Keluar (Rasmi)
Keputusan PT3 2015 akan diumumkan keluar pada Isnin 14 Disember 2015. Tarikh rasmi itu telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Semakan Keputusan PT3 2015 Menerusi Sekolah
Calon PT3 2015 boleh mengambil slip keputusan PT3 di Sekolah Masing-Masing bermula pada pukul 10.00 pagi pada hari keputusan PT3 diumumkan keluar iaitu pada 14 Disember 2015. Format pakaian adalah memakai baju sekolah dengan kemas.
Semakan Keputusan PT3 2015 Online
Semakan boleh dibuat menerusi http://www.moe.gov.my/ atau http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php setelah tarikh keputusan diumumkan keluar.

KARNIVAL PERMOTORAN ANJURAN MARA - SAKINA

 KARNIVAL PERMOTORAN KEDAH

TARIKH: 11 - 13 DISEMBER

TEMPAT: PERKARANGAN STADIUM DARUL AMAN, ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.

PADA:  8 PAGI - 10:30 MALAM

ANDA SEMUA DIJEMPUT DATANG BERAMAI -RAMAI  BAGI MEMERIAHKAN KARNIVAL INI







#datangjangantakdatang

Wednesday 25 November 2015

TAKWIM SMK JITRA - 'AQILAH

  


14 / 12 / 2015

Keputusan PT3 diumumkan

28 / 12 / 2015

Mesyuarat guru kali – 1 pada jam 8 pagi

29 / 12 / 2015

Pendaftaran tingkatan 1

30 dan 31 / 12 / 2015

Orientasi tingkatan 4 pada jam 8 pagi hingga 1 petang

31 / 12 / 2015

Program ‘ back to school ‘

3 / 1 / 2016

Sekolah dibuka semula bagi sesi 2016

Friday 20 November 2015

PERSARAAN WARGA SMKJ TERCINTA - SAKINA & ALYA

19 November 2015- SMKJ telah mengadakan majlis perpisahan bagi 3 warga SMK Jitra yang dicintai iaitu :

PN. HAJAH HAMISAH BINTI DAUD
PN HAJAH NORELA BINTI CHE DAN
PN SITI JAMALIAH BINTI YAHAYA










Majlis ini telah diadakan di Dewan Seri Jitra. Puan Siti Jamaliah yang merupakan seorang kerani yang sangat rajin di SMK Jitra telah memberikan ucapan yang amat menyentuh hati . Puan Siti sempat merakamkan pengumuman terakhir kepada para pelajar sebelum mengakhiri kata- katanya pada hari itu . Sesungguhnya, pengumuman terakhir itu akan menjadi perawat rindu kepada semua warga SMK Jitra sekalian .

Majlis disusuli dengan ucapan Puan Hajah Norela yang memberikan kata- kata azimat kepada pelajar- pelajar SMK Jitra agar keluar dari kepompong selesa dan berusaha ke arah kemajuan. " Selalulah menjadi pelajar insan kelas pertama " . Insya Allah, semua pelajar SMK Jitra akan berusaha sehabis mungkin untuk menjadi modal insan kelas pertama .

Tidak ketinggalan juga, Puan Hamisah juga turut memberikan kata- kata perangsang buat warga SMJ agar sentiasa berusaha . " Hargai dan gunakan masa sebaik mungkin dengan perkara yang berfaedah jika mahu memperoleh kejayaan, kecermelangan ini adalah hasil dari sikap pelajar manusia yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik, buktikan yang anda layak menjadi pelajar di sini dengan berusaha bersungguh - sungguh supaya kamu tidak kecundang " .

Encik Ahmad Rushdan iaitu Pengetua SMK Jitra turut memberikan ucapan ringkas dan padat kepada 3 orang warga SMK Jitra yang dicintai ini . "Wahai Puan Hajah Hamisah Binti Daud, wahai Puan Norela Binti Che Dan, wahai Puan Siti Jamaliah Binti Yahaya, percayalah bahawa bersara itu benar " . Kata - kata Tuan Pengetua tersebut amat mencuit hati semua warga SMK Jitra .

Majlis ini disusuli dangan pemberian cenderamata dari warga SMK Jitra kepada tiga insan yang disayangi dan dicintai ini. Pengorbanan mereka tidak akan kami lupakan, Penutupan majlis diserikan dengan upacara memotong kek . Semoga cikgu dan Puan Siti dikurniakan kebahagian di dunia dan akhirat serta dipanjangkan usia.

Sesungguhnya kehilangan insan yang tercinta ini sungguh menyentuh hati warga SMK Jitra . Semoga perpisahan ini disusuli dengan kerahmatan yang maha esa.


# kami sayang cikgu

# SMKJ sentiasa merindui

TEMUBUAL BERSAMA TUAN PENGETUA - SHAREH, AMIRUL, MARYAM, ALYA , AQILAH & SAKINA

19 November 2015- Sebelum ini telah kami katakan bahawa buruj yang telah menjadi penunjuk arah kami telah hilang. Kini, buruj yang baharu telah muncul untuk menerangi lautan kami semula. Warga buletin SMK Jitra telah mengadakan temubual bersama tuan Pengetua baharu SMK Jitra iaitu Tuan Ahmad Rushdan. Kami yang dianggotai enam orang warga buletin iaitu Amirul Ashraf, Shareh Aizuddin, Fadhlin Sakina, 'Aqilah Husna, Alya Irdina dan fotografer kami iaitu Maryam Insyirah. Beliau sangat berkaliber,berwawasan dan prihatin. Tuan pengetua juga tidak lokek berkongsikan pelbagai cerita berdasarkan pengalaman mengajar. Beliau telah berkhidmat selama hampir 35 tahun dan telah memberi pelbagai sumbangan terhadap generasi kini. Beliau telah menjadi pengetua kepada tiga buah sekolah termasuk SMK Jitra. Semua warga SMK Jitra amat bersyukur kerana telah diberi peluang untuk mencapai kejayaan di bawah kepimpinan Tuan Ahmad Rushdan.

        Kami telah menanyakan beberapa soalan kepada Cikgu Rushdan. Beliau menjawab soalan kami dengan sangat tenang dan semua jawapan yang diberikan sangat ringkas dan padat. Beliau memberitahu kami tentang perasaan bangga dan seronok beliau kerana dapat memimpin dan menjadi pengetua kepada semua warga SMK Jitra. Beliau menyatakan tentang kemungkinan beliau akan bersara pada tahun 2017.  Walaupun hanya mempunyai tempoh dua tahun untuk memimpin SMK Jitra tetapi kami warga buletin sekolah merasakan bahawa banyak kebaikkan dan peningkatan yang akan diperoleh oleh seluruh warga SMK Jitra. Beliau menegaskan bahawa untuk mencapai sekolah Band 1 dan juga sekolah Berprestasi Tinggi, para pelajar perlulah menjadi amanah serta memberi kerjasama kepada pihak sekolah agar proses untuk mencapai matlamat tersebut berjalan dengan lancar. Beliau juga menegaskan bahawa seluruh warga SMK Jitra perlulah menjadi seperti satu keluarga bagi memudahkan proses tersebut. Persekitaran bagi beliau telah berubah kerana di Kolej Sultan Abdul Hamid, beliau hanya perlu membimbing pelajar lelaki tetapi di SMK Jitra, beliau perlu menghadapi pelajar lelaki dan perempuan. Beliau menegaskan bahawa disiplin para pelajar setakat ini masih berada dalam keadaan baik dan mereka perlulah selalu menjadi warga sekolah yang positif.


Proses Temubual





En Ahmad Rushdan melayari laman Buletin SMK Jitra




       Kami warga buletin SMK Jitra ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana tuan pengetua sudi meluangkan masa bersama - sama kami.

# smkj boleh


" SELAMAT DATANG AYAHANDA RUSHDAN " - Maryam

15 November 2015 - Setelah tamatnya perjuangan mantan pengetua Pn Hajah Latipah Binti Kassim di SMK Jitra, kini kedatangan En Ahmad Rushdan Bin Abd Aziz sebagai pengetua SMK Jitra pada hari ini membina suatu semarak yang baru kepada seluruh warga SMK Jitra. Kedatangan beliau ke SMK Jitra amat dialu-alukan oleh warga SMK Jitra. En Ahmad Rushdan Bin Abd Aziz yang merupakan mantan pengetua di Kolej Sultan Abdul Hamid meneruskan perjuangannya di SMK Jitra bagi memacu SMK Jitra ke arah kecemerlangan.


" Selamat datang ke SMK Jitra Ayahanda Rushdan "


Pengetua tiba di SMK Jitra pada pukul 11 pagi selepas ' send off ' di Kolej Sultan Abdul Hamid. Ketibaan beliau disambut mesra oleh para guru. Pertemuan tersebut diteruskan dengan mesyuarat bersama barisan Penolong Kanan dan guru-guru.

Mesyuarat Pengetua



En Ahmad Rushdan memberi ucapan



Kedatangan ayahanda Rushdan amat dihargai warga SMK Jitra. Semoga Tuan Pengetua dapat berkhidmat di SMK Jitra dan berjaya memimpin SMK Jitra ke arah kegemilangan untuk melahirkan insan-insan minda kelas pertama.

Wednesday 18 November 2015

JAMUAN AKHIR TAHUN GURU & STAF SMK JITRA - 'AQILAH


14 November 2015 - Tanggal keramat di mana SMK Jitra telah melakar satu sejarah yang bermakna.  Pada hari ini , En. Ahmad Rushdan bin Abd Aziz telah dengan rasminya menjawat jawatan sebagai pengetua SMK Jitra. Selamat datang kami ucapkan daripada warga SMK Jitra.

Pengetua ibarat nakhoda kapal yang mengemudikan sebuah bahtera . Jika tiada nakhoda kapal , maka karamlah bahtera itu . Diharapkan, dengan kehadiran EN. AHMAD RUSHDAN BIN ABD AZIZ selaku mantan pengetua Kolej Sultan Abdul Hamid sebagai nakhoda yang baru di SMK Jitra akan dapat mencipta kejayaan yang lebih besar dan meneruskan perjuangan ke arah merealisasikan impian bahtera SMK Jitra dalam melahirkan insan minda kelas pertama. Kehadiran cikgu amat kami alu - alukan .

Sebagai pembuka tirai , pada jam 11 pagi bertempat di Dewan Sri Jitra 1 telah diadakan jamuan akhir tahun guru dan staf bagi meraikan berita gembira ini . Majlis ini diserikan lagi dengan ucapan daripada dua insan  pendidik iaitu Pn. hajah Hamisah bt Daud dan Pn. hajah Norela bt Che Dan serta Pn. Siti Jamaliah selaku staf SMK Jitra yang akan bersara .

Tuan pengetua sedang memberi ucapan

Tuan pengetua mendapat cenderahati daripada Puan Latipah bt Kassim 

Semua warga pendidik Smk Jitra sedang menjamu selera


Friday 13 November 2015

Aihtifalat Maal Hijrah - Alya & Aqilah

8 November 2015 - Sempena bulan Muharram yang baru menjelma ini, pihak sekolah telah mengadakan beberapa aktiviti bagi menyambut kedatangan Maal Hijrah . Aktiviti ini juga bertujuan untuk memenuhi waktu senggang para pelajar Tingkatan 3 yang sudah selesai dengan jayannya menduduki peperiksaan PT3 dengan aktiviti yang bermanfaat .


Pada jam 7.30 pagi, semua pelajar Islam berkumpul di Stadium Mini untuk bacaan surah amalan yang sudah menjadi kelaziman buat pelajar - pelajar SMK Jitra pada setiap pagi . Kira - kira jam 8 pagi, semua pelajar Tingkatan 3 diarahkan untuk ke Surau Al - Hidayah untuk mendirikan beberapa solat sunat iaitu solat hajat, solat dhuha dan diikuti dengan solat witir . Solat yang diimamkan oleh saudara MUHAMMAD FIRDAUS BIN NASIR dari Tingkatan 5 OPAL ini telah berjaya memupuk kesedaran kepada para pelajar bahawa pentingnya solat sunat selain solat fardhu . Selepas bacaan doa dan zikir, majlis ilmu ini diteruskan lagi dengan bacaan Al - Ma'thurat yang diketuai oleh saudara MUHAMMAD FIRDAUS BIN NASIR dan MUHAMMAD AMEERUL AMSYAR BIN JAMAL dari Tingkatan 5 OPAL .


Sementara pelajar-pelajar muslim sedang sibuk beribadah di surau , semua pelajar bukan muslim membantu guru-guru untuk menyediakan ramuan untuk memasak bubur asyura . Setelah selesai para pelajar beribadat dan menyedikan ramuan , semua pelajar Tingkatan 3 diagihkan kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan membantu guru memasak bubur asyura manakala satu kumpulan lagi berkumpul di surau untuk mendengar tazkirah berkaitan Maal Hijrah sebelum para pelajar menjamah juadah yang disedikan ketika waktu  rehat selama 30 minit . Tazkirah yang ringkas dan padat itu disampaikan oleh Encik Ku Insanizdihar Bin Ku Idris yang merupakan seorang guru sejarah Pra - Universiti . Tazkirah tersebut amat sesuai untuk memberi kesedaran buat para pelajar yang kian hanyut disebabkan budaya barat pada era kini .


Kira - kira jam 12.45 tengah hari, tiga kawah bubur asyura siap dimasak . Bubur asyura tersebut diletakkan ke dalam bekas - bekas kecil untuk diagihkan kepada semua pelajar Tingkatan 3 dan   guru-guru .


Para pelajar Tingkatan 3 sedang mendirikan solat - solat sunat 
Bubur asyura

Encik Nizam sedang mengacau bubur asyura
Puan Hajah Latipah Binti Kassim (mantan pengetua SMK Jitra) turut hadir memeriahkan program





Para pelajar Tingkatan 3 bekerjasama menyediakan ramuan untuk memasak bubur asyura

Bubur asyura hasil air tangan guru - guru & para  pelajar telah siap dimasak

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....