Thursday 26 March 2015

HADIAH EMAS BUAT SMK JITRA - Afiqah

 28 Feb - 1 Mac 2015 / 23 Mac 2015 -  Seramai 5 orang pelajar SMK Jitra telah menyertai pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Daerah Kubang Pasu yang bertempat di SMK Tanjung Pauh. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Jitra telah berjaya menjadi Johan dengan mengalahkan SMK Sanglang pada separuh akhir dan SMK Paya Kemunting pada peringkat akhir,

            Ahli-ahlinya terdiri daripada beberapa orang pelajar dari tingkatan empat dan tingkatan lima. Mereka telah dibimbing oleh Encik Nazri b. Abdullah, Puan Salma bt. Hashim dan Puan Hajah Nabilah bt. Othman termasuk beberapa orang bekas pelajar SMK Jitra yang pernah menyertai pertandingan bahas pada tahun lalu. Salah seorang daripada pembahas SMK Jitra iaitu Ain Mastura Nhakaliisa telah berjaya dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik. Tahniah diucapkan kepadanya daripada kami di pihak buletin. Senarai nama pembahas-pembahas SMK Jitra ialah:
Tingkatan 4
- Siti Nur Maisarah
- Aliah Sidiqqah
- Amira
Tingkatan 5
-Nur Azzeni
- Ain Mastura Nhakaliisa

                Mereka telah berentap mewakili daerah Kubang Pasu pada peringkat negeri di SMK Keladi pada 23 Mac lalu dan berjaya mendapat tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada mereka kerana telah berjaya mengharumkan nama SMK Jitra. 

Tuesday 24 March 2015

KEPUTUSAN SPM 2014 - Afiqah

3 Mac 2015- Majlis penyerahan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 telah diadakan di Dewan Ibnu Sina pada pukul 11 pagi. Seorang pelajar iaitu Syamsul Aliff b. Abd. Ghani berjaya mendapat 12 A dengan 10 A+, 2A.  Muhammad Irfan Zikri dan Nurfitri Izzati bt. Zainal Fitri dari kelas 5 Amethyst telah berjaya mendapat 9A+ 1A, suatu keputusan yang amat membanggakan buat diri mereka dan juga sekolah. SMK Jitra juga masih berada dalam kelompok 10 teratas dalam keputusan ini pada peringkat negeri Kedah dengan GPK Sekolah 2.76. Seramai 6 orang mencapai 11 A , 17 orang mencapai 10 A manakala 9 A seramai 18 orang.

         Pencapaian keputusan SPM pada tahun ini mengalami penurunan berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) berbanding tahun 2013. Namun begitu,  menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin , keputusan tersebut boleh dianggap sebagai memuaskan kerana calon mampu menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dengan baik (KBAT)  walaupun peratusan soalan sedemikian telah meningkat. 

           Tahniah kepada para pelajar yang berjaya. Bagi yang tidak berjaya pula , usah berputus asa kerana perjalanan masih jauh. Semoga pencapaian keputusan SPM 2014 ini akan menaikkan lagi semangat para pelajar yang lain untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai keputusan SPM yang cemerlang kelak. 

Tuesday 3 March 2015

“JOM MASUK IPT” - Aida


28 Februari 2015 – Seramai 180 pelajar Tingkatan 5 dan Pra-Universiti telah memeriahkan Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2015, Jom Masuk Institusi Pengajian Tinggi (Jom Masuk IPT) yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad (28 Februari dan 1 Mac) di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman berkata, USM selaku tuan rumah KPTN zon utara menjangkakan lebih 50,000 pengunjung akan hadir bagi mengikuti program tersebut yang berperanan untuk mempromosikan dan menyebarkan maklumat mengenai program pengajian sedia ada serta program baru yang ditawarkan oleh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Politeknik, Kolej Komuniti, ILKA, Bahagian Matrikulasi (BMKPM) dan institusi lain bagi Sesi Akademik 2015/2016.
Katanya, sejumlah 130 pameran yang terdiri dari IPT, agensi-agensi kelayakan, badan pembiaya pendidikan dan sebagainya menurut serta dalam program tersebut yang tampil dengan tagline JOM MASUK IPT’’, 1Malaysia: Pendidikan Untuk Semua bagi tahun 2015.
“Program ini juga menjadi platform untuk menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan kemasukan ke IPTA yang menggunakan 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
“Selain itu ia turut berperanan dalam memotivasikan dan mendidik pemohon dalam menyebarkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi di IPT, Politeknik dan ILKA dalam negara serta agensi lain yang berkaitan dengan pendidikan tinggi,’’ katanya.
Beliau juga berkata, antara yang menjadi sasaran adalah golongan lepasan SPM, STPM, STAM, Matrikulasi, Asasi, Diploma, pelajar, guru-guru, guru kaunseling, kaunselor, ibu bapa, masyarakat setempat, pemimpin pelajar dan sebagainya.
Di samping itu, aktiviti yang dirancang termasuk pameran pendidikan yang komprehensif serta aktiviti sampingan seperti semakan syarat khas kelayakan program ke IPTA, Politeknik  dan ILKA melalui e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA dan e-Panduan Permohonan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA .
Turut dimuatkan adalah sesi taklimat kenali IPTA/Politeknik, Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, liputan/temu bual radio secara langsung, cabutan bertuah, kuiz serta pelbagai lagi.
USM selaku tuan rumah juga telah turut menyajikan kelainan pada pengajuran dengan acara-acara tambahan seperti pemeriksaan kesihatan dan pergigian secara percuma, kempen derma darah, program keusahawanan dan pameran oleh pelajar USM, pameran kenali ubat anda, pameran kesedaran kanser, dan juga ujian saringan mamogram untuk wanita.

PETIKAN METRO ONLINE


Dari kiri Chiang, Sutarsan dan Nur Azira menunjukkan keputusan masing-masing.


See More Here: Harian Metro

Monday 2 March 2015

BAHAS ALAPARLIMEN - HADIAH EMAS BUAT SMK JITRA

28 Feb - 1 Mac 2015 -  Hadiah emas buat Jubli Emas SMK Jitra, pasukan bahas sekolah telah menggondol pingat emas apabila merangkul Johan Bahas Alaparlimen Peringkat Daerah Kubang Pasu. Pasukan bahas terpaksa berhempas - pulas dalam 4 pusingan pertandingan. Adik Mastura, pendebat kedua pasukan sekolah juga turut ditabalkan menjadi  pendebat terbaik.

            Tahniah atas kejayaan pasukan ini. Semoga kejayaan ini menjadi asas kejayaan yang lebih besar bagi tahun 2015.

SEKOLAH LONJAKAN STPM TERBAIK MALAYSIA

2 Mac 2015 -  Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2014 telah diumumkan. SMK Jitra mencatat keputusan terbaik bukan sahaja pada peringkat sekolah, daerah, negeri malah STPM 2014 meletakkan SMKJ di persada kebangsaan.

                Seramai 3 orang pelajar berjaya mencapai Nilai Gred Purata Mata Pelajaran (NGMP)  4. 0 iaitu Sutarsan a/l Chandran, Chiang Yi dan Nur Azira bt. Ibrahim. Rekod STPM sekolah digahkan lagi apabila 39 orang pelajar berbanding 62 orang calon telah berjaya mencapai NGMP 3.0 ke atas. Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat dalam memberi kejayaan penuh berharga sempena Sambutan Jubli Emas SMK Jitra.



MAJLIS BACAAN YASSIN MEGA DAN KHATAM AL-QURAN KALI PERTAMA TAHUN 2024

[ 21 Mac 2024 ] SMK Jitra telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin Mega dan Khatam Al-Quran kali pertama pada tahun 2024. Majlis ini diadakan d...