Tuesday 3 March 2015

“JOM MASUK IPT” - Aida


28 Februari 2015 – Seramai 180 pelajar Tingkatan 5 dan Pra-Universiti telah memeriahkan Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2015, Jom Masuk Institusi Pengajian Tinggi (Jom Masuk IPT) yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad (28 Februari dan 1 Mac) di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman berkata, USM selaku tuan rumah KPTN zon utara menjangkakan lebih 50,000 pengunjung akan hadir bagi mengikuti program tersebut yang berperanan untuk mempromosikan dan menyebarkan maklumat mengenai program pengajian sedia ada serta program baru yang ditawarkan oleh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Politeknik, Kolej Komuniti, ILKA, Bahagian Matrikulasi (BMKPM) dan institusi lain bagi Sesi Akademik 2015/2016.
Katanya, sejumlah 130 pameran yang terdiri dari IPT, agensi-agensi kelayakan, badan pembiaya pendidikan dan sebagainya menurut serta dalam program tersebut yang tampil dengan tagline JOM MASUK IPT’’, 1Malaysia: Pendidikan Untuk Semua bagi tahun 2015.
“Program ini juga menjadi platform untuk menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan kemasukan ke IPTA yang menggunakan 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
“Selain itu ia turut berperanan dalam memotivasikan dan mendidik pemohon dalam menyebarkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi di IPT, Politeknik dan ILKA dalam negara serta agensi lain yang berkaitan dengan pendidikan tinggi,’’ katanya.
Beliau juga berkata, antara yang menjadi sasaran adalah golongan lepasan SPM, STPM, STAM, Matrikulasi, Asasi, Diploma, pelajar, guru-guru, guru kaunseling, kaunselor, ibu bapa, masyarakat setempat, pemimpin pelajar dan sebagainya.
Di samping itu, aktiviti yang dirancang termasuk pameran pendidikan yang komprehensif serta aktiviti sampingan seperti semakan syarat khas kelayakan program ke IPTA, Politeknik  dan ILKA melalui e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA dan e-Panduan Permohonan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA .
Turut dimuatkan adalah sesi taklimat kenali IPTA/Politeknik, Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, liputan/temu bual radio secara langsung, cabutan bertuah, kuiz serta pelbagai lagi.
USM selaku tuan rumah juga telah turut menyajikan kelainan pada pengajuran dengan acara-acara tambahan seperti pemeriksaan kesihatan dan pergigian secara percuma, kempen derma darah, program keusahawanan dan pameran oleh pelajar USM, pameran kenali ubat anda, pameran kesedaran kanser, dan juga ujian saringan mamogram untuk wanita.

No comments:

Post a Comment

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BAKERS 2024

[ 21 April 2024 ] Bertempat di Dewan Ibnu Sina, SMK Jitra telah berlangsungnya Majlis Watikah Pelantikan Bakers 2024. Semoga para bakers SMK...