Thursday 25 February 2016

PERTANDINGAN LANSKAP - MARYAM

15 Februari 2016 - Majlis Daerah Kubang Pasu telah menganjurkan Pertandingan Lanskap tahun 2015.Pertandingan Landskap anjuran Majlis Daerah Kubang Pasu ini terdiri daripada 2 kategori iaitu kategori rumah kediaman dan kategori pejabat kerajaan. SMK Jitra telah menghantar pencalonan Asrama SMK Jitra dalam pertandingan tersebut pada bulan Disember yang lalu.

Pemenang - pemenang Pertandingan Lanskap bagi Kategori Pejabat Kerajaan :
Pertama :
Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan (Anjung Tamu)
Universiti Utara Malaysia
Sintok, Kedah
Kedua :
Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra,
06000 Jitra, Kedah
Ketiga :
Jabatan Pengairan dan Saliran Kubang Pasu
06000 Jitra, Kedah
Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang - pemenang telah diadakan di Dewan Wawasan. En Mohd Dali Bin Awang telah mewakili sekolah untuk menerima hadiah. Asrama SMK Jitra yang memenangi tempat kedua ternyata mempunyai nilai estetika yang tinggi. Keindahan persekitaran sekolah mewujudkan suasana yang ceria, kondusif dan bersih kepada warga sekolah.

Penyampaian hadiah di Dewan Wawasan
Pemenang - pemenang Pertandingan Lanskap
Pemberian hadiah kepada warden asrama
(Pn Siti Hajar Binti Abdullah)

Tuesday 23 February 2016

KEJOHANAN BOLA JARING MSSD KUBANG PASU - ALYA

22 Februari 2016 - Kelmarin, satu Kejohan Bola Jaring peringkat daerah Kubang Pasu telah diadakan . Kejohanan tersebut berlangsung di SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai SMK TATAR . Guru-guru yang terlibat ialah Puan Noor Aza, Puan Zuraini, Puan Ismajuhana, Puan Hazriyani, Puan Nor Edah, Puan Mazlina, Puan Norhayati, Puan Munirah dan Puan Juwairiyah . SMK Jitra telah menghantar 10 orang wakil bagi kategori B15 dan 13 orang wakil bagi kategori B18 .

SMK Jitra telah berjaya merangkul gelaran Johan bagi kategori B15 . Ternyata kekalahan pada pusingan pertama sama sekali tidak menjatuhkan para pemain malah telah membakar semangat mereka untuk mengalung pingat pada petang itu . SMK Jitra telah berjaya menewaskan SMK Ayer Hitam pada pusingan akhir yang bermatakan 13 - 10 . Antara penjaring gol tersebut ialah saudari Aimi Afifah dan Nurul Husna . Syabas diucapkan . Diharapkan agar pasukan bola jaring SMK Jitra akan meragut gelaran Johan lagi dalam perlawanan yang akan datang . Selamat Maju Jaya .

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA .

Para Pemain B15 SMK Jitra
Para Pemain B18 SMK Jitra
Kejayaan diabadikan di dalam sekeping gambar

KEJOHANAN SKUASY 2016 - ALYA

14 Februari 2016 - Kira-kira seminggu yang lalu, Kejohanan Skuasy MSSD Kubang Pasu telah berlangsung dengan jayanya . SMK Jitra telah menghantar seorang sahaja wakil dari sekolah ini untuk bertanding dalam kategori B18L . Encik Ng Hun Chong dan beberapa orang guru turut mengiringi pelajar tersebut untuk memberi semangat.

Pelajar tersebut ialah saudara Nik Shakirin yang merupakan seorang pelajar Tingkatan 5 . Saudara Nik Shakirin sangat rajin orangnya . Rajin berlatih dan mempunyai semangat serta azam yang tinggi untuk berjaya demi mengharumkan nama sekolah . Lagak gayanya yang lincah persis Datuk Nicol Ann David telah memberi kejayaan kepada saudara Shakirin untuk menjadi Johan dan sekaligus layak ke peringkat seterusnya .

Pada 18 Februari baru-baru ini, Kejohanan Skuasy MSS Kedah pula telah berlangsung . Berkat doa dan sokongan guru-guru serta rakan-rakan, saudara Shakirin mendapat Naib Johan dan akan mewakili negeri Kedah ke Kejohanan Skuasy MSSM 2016 . Ribuan ucapan tahniah diucapkan kepada saudara Nik Shakirin . Semoga saudara terus berjaya hingga ke peringkat yang tertinggi .

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA .

Monday 22 February 2016

PROGRAM MENTOR MENTEE - NISA

14 FEBRUARI 2016 - Pelancaran Program Mentor Mentee telah diadakan di Dewan Ibnu Sina. Program ini telah dilancarkan oleh Tuan Pengetua SMK Jitra, En Ahmad Rushdan Bin Abd Aziz. Pelancaran program ini disertai oleh para pelajar dan guru sesi pagi.

Tujuan Program Mentor Mentee ini ialah untuk mewujudkan saluran perhubungan yang membolehkan pelajar mengadu sebarang masalah khususnya dalam hal-hal akademik dan mengatasinya dengan mendapatkan nasihat daripada mentor masing-masing. Usaha sedemikian perlu dilaksanakan bagi membantu pelajar mengatasi kelemahan yang dihadapi dalam aspek akademik secara berterusan.

Melalui program ini, pelajar akan sentiasa berurusan dengan mentor dalam pelbagai perkara. Selain dari itu juga, program ini akan mengeratkan hubungan antara pelajar dengan mentor dan juga dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dengan pelajar melalui aktiviti yang dianjurkan oleh setiap mentor.

Monday 8 February 2016

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI - SHAREH

Universiti merupakan tempat yg akan dituju oleh pelajar-pelajar yg telah menamatkan sesi pengajian di sekolah rendah. Masih terdapat banyak pelajar yang kurang memahami tentang pengajian lanjut di universiti.

Pada hari sabtu, 31 Januari 2016, satu karnival yg dinamakan Karnival Pengajian Tinggi telah diadakan bagi membantu para pelajar untuk memahami dengan lebih lanjut tentang pendidikan di universiti. Karnival ini diadakan di Stadium Darulaman. Karnival ini telah disertai oleh pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6. Tiga buah bas telah disediakan oleh guru-guru untuk membawa para pelajar yg terlibat ke karnival tersebut. Antara guru yg terlibat ialah Tuan Haji Ku Insanizdihar Ku Idris dan Puan Norrosni Shaari.

Para pelajar menyertai karnival ini untuk mendapatkan maklumat yamg lebih lanjut tentang universiti dan peluang pendidikan yang tinggi. Semangat para pelajar ini diharapkan dapat menghasilkan pemimpin- pemimpin yang berwibawa pada masa akan datang di samping, menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain.

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD - 'AQILAH & MARYAM

4 Februari 2016 - Kejohanan Bola Tampar MSSD telah berlangsung selama 3 hari berturut - turut di SMK Jitra yang merupakan tuan rumah pada tahun ini . SMK Jitra telah mendapat johan bagi kategori 15 L , 15 P , 18 L dan mendapat naib johan bagi kategori 18 P . Kejayaan yang dikecapi oleh Hurricane Spikers , pasukan bola tampar Smk Jitra amat membanggakan seluruh warga Smk Jitra .

Tuan Hj Abdullah bin Idris dan En Hanif bin Isa merupakan jurulatih Hurricane Spikers. Menurut Tuan Hj Abdullah , kemahiran merupakan perkara asas yang penting dalam mencipta sesuatu kejayaan . Beliau juga berpendapat bahawa mereka kesuntukan masa bagi sesi latihan kerana kebiasaanya perlawanan diadakaan pada bulan April tetapi tahun ini diadakan pada bulan Februari . Walau bagaimanapun , beliau amat bersyukur di atas kejayaan anak didik beliau . Beliau juga bertekad untuk mencipta kejayaan yang lebih besar pada tahun berikutnya InsyaAllah .








MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....