Friday 18 March 2016

REALITI DAN FANTASI DUNIA KEWARTAWANAN - 'AQILAH & ALYA

2 March 2016 - Keputusan STPM diumumkan . Detik di mana terlakar satu pengalaman yang membawa kami selami dunia yang penuh cabaran yakni " Dunia Kewartawanan ". Peluang yang kami peroleh ini kami praktikkan sehabis baik meskipun kami seumpama bayi yang baru mengenal erti dunia kerana peluang seperti ini sukar diperoleh dan tidak datang bergolek sendiri . Kami dapat menyaksikan ramai wartawan-wartawan profesional yang hadir ke SMK Jitra untuk mendapatkan berita mengenai keputusan STPM SMK Jitra yang merupakan antara 10 buah sekolah terbaik di Malaysia . Kami memerhatikan cara mereka melaksanakan kewajiban mereka sebagai wartawan dan memahami bagaimana tugas seorang wartawan sebenar dilaksanakan . Dunia kewartawanan tidak asing seperti medan perang yang berjuang dan bertungkus -lumus menjalankan misi masing-masing yang penuh onak duri . kami amat bersyukur kerana telah diberikan kesempatan untuk mengetahui cara sebenar wartawan bekerja meskipun hanya untuk satu hari sahaja sekali gus turut membakar semangat untuk terus mendalami ilmu dunia kewartawanan .




Thursday 10 March 2016

MESYUARAT AGUNG PIBG - NISA

10 MAC 2016 - Kelmarin , Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 42 telah diadakan di Dewan Ibnu Sina tepat pada pukul 2.30 petang. Seawal jam 2.00 petang , ibu bapa / penjaga hadir membuat pendaftaran sebelum mengambil tempat masing-masing di dalam dewan.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu - aluan pengetua SMK Jitra , En Ahmad Rushdan bin Abd Aziz dan seterusnya ucapan serta perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 42 oleh En Zulfitri bin Yaacob , Setiausaha Sulit Dato' Seri Johari Baharum. 

Banyak usul yang telah dikemukan serta dibincang dalam mesyuarat tersebut oleh En Zainol Abidin Bin Mohamad iaitu Yang Dipertua PIBG SMK Jitra. Selain itu , cabutan bertuah juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis ini. Antara hadiah yang disediakan oleh pihak PIBG sekolah ialah kipas angin , seterika elektrik dan banyak lagi. 

Diharapkan segala usul yang telah dibincangkan dalam mesyuarat kali ini dapat menguntungkan semua pihak termasuk para pelajar SMK Jitra.  





Ucapan oleh Pengetua SMK Jitra 


Ucapan serta perasmian mesyuarat PIBG Kali Ke - 42 oleh En Zulfitri bin Yaacob , Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia.

Ibu Bapa serta guru - guru telah memenuhi Dewan Ibnu Sina.


Mesyuarat bermula

Monday 7 March 2016

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSK 2016 - MARYAM

25 - 27 Februari 2016 - Kemenangan besar yang diperoleh oleh pasukan SMK Jitra dalam Kejohanan Bola Tampar MSSD yang lalu telah melayakkan beberapa orang pelajar SMK Jitra untuk bertanding pada peringkat negeri. Kejohanan bola tampar peringkat negeri telah berlangsung selama 3 hari berturut-turut di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra. Terdapat 4 kategori yang dijalankan iaitu bawah 18(L), 18(P), 12(L) dan 12(P). Warga SMK Jitra menyaksikan pasukan Kubang Pasu yang diwakili oleh 9 orang pelajar SMK Jitra bagi 18(L) dan 4 orang pelajar bagi 18(P).

Kubang Pasu telah memperoleh johan bagi kategori 18(L) dan naib johan bagi kategori 18(P). Kejayaan yang dikecapi ini amat membanggakan seluruh warga SMK Jitra tambahan pula SMK Jitra sentiasa gemilang dalam sukan bola tampar. Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha atlet yang gigih dan jurulatih yang handal dalam mengendalikan sesi latihan yang berkesan untuk atlet.

6 orang pelajar SMK Jitra telah terpilih untuk bertanding dalam Kejohanan Bola Tampar MSSM yang bakal berlangsung di Pahang. Semoga kejayaan yang lebih besar dapat dicapai pada peringkat yang seterusnya. InsyaAllah.


Penyampaian hadiah kepada 18(P)
Penyampaian hadiah kepada 18(L)
Pasukan Kubang Pasu bersama jurulatih

MAJLIS PERSARAAN CIKGU ROSMAWATI BINTI JUMAAH

[ 4 April 2024 ] Pada hari khamis yang lalu telah berlangsungnya Majlis Persaraan salah seorang pendidik yang terunggul SMK Jitra iaitu Cikg...