Saturday 30 April 2016

KO AKADEMIK BAHASA TAMIL PERINGKAT DAERAH - ALYA

23 April 2016 - Untuk makluman semua, Ko Akademik Bahasa Tamil Peringkat Daerah Kubang Pasu telah berlangsung seminggu yang lalu dan keputusan sudah pun diketahui . Dengan sukacitanya ingin saya maklumkan, SMK Jitra berjaya mendapat johan keseluruhan pada kali ini.

Pelbagai acara yang dipertandingkan pada hari tersebut . Antaranya ialah pertandingan syarahan, deklamasi sajak, menulis esei dan menulis cerpen .

Keputusan adalah seperti berikut :
1. Syarahan ( Tingkatan 1 ) - Naib johan
2. Deklamasi sajak ( Tingkatan 2 ) - Johan & naib johan
3. Deklamasi sajak ( Tingkatan 4 ) - Johan & tempat ke-3
4. Menulis esei - Johan & tempat ke-3
5. Menulis cerpen ( Tingkatan 5 ) - Johan & tempat ke-3
6. Pidato - Johan & tempat ke-4

TAHNIAH diucapkan kepada semua peserta yang terlibat, serta sekalung penghargaan atas sumbangan yang diberikan .

Friday 29 April 2016

Warna warna MAG 2016 - 'Aqilah, Maryam, Alya, Nisa, Shareh, Amirul

27 April 2016 - Majlis Anugerah Gemilang telah diadakan pada jam 8.30 pagi bertempat di dewan Ibnu Sina . Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Sofaruddin bin Hj Ismail merangkap Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah. Majlis yang penuh gilang gemilang ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada pelajar - pelajar yang memperoleh keputusan yang amat membanggakan .

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan sambutan Seni silat Gayong , Pasukan Kawad Kaki KRS dan Pasukan Kompang SMK Jitra . Setelah ucapan perasmian serta penyampaian hadiah telah selesai, majlis ini menemui kemuncaknya dengan persembahan pentomen  yang telah dijayakan oleh 30 orang pelajar dibawah pimpinan Pn. Siti Hajar bt Zainal Abidin, Pn. Mahani bt Othman dan Pn Azlin bt Sahar.

Majlis Anugerah Gemilang tersebut dapat ditonton secara live streaming melalui link watch Majlis Anugerah Gemilang 2016 by Ismail Salleh on livestream
http://livestream.com/accounts/17651636/events/5173628

Sambutan barisan kehormat
Pasukan Pentomen SMK Jitra
Pasukan Kompang SMK Jitra

Pasukan Kawad Kaki SMK Jitra


Thursday 28 April 2016

SKETSA RUKUN NEGARA KELAB 1MALAYSIA

28 April 2016 - Pertandingan sketsa rukun negara peringkat negeri Kedah telah diadakan di SMK pendang, Pendang. Pertandingan ini melibatkan semua daerah di dalam negeri Kedah.

Sebelum layak ke peringkat negeri, SMK Jitra telah menjadi johan peringkat daerah dan seterusnya mewakili daerah Kubang Pasu untuk bertanding di peringkat negeri. Setelah 1 minggu berhempas pulas, akhirnya sebuah karya yang bertajuk "1 BANGSA 1 NEGARA 1 MALAYSIA" telah berjaya dicipta. Hasilnya SMK Jitra telah berjaya menjadi johan peringkat daerah dan berjaya mendapat tempat ke-4 di dalam peringkat negeri Kedah.
SMK Jitra mendapat hadiah saguhati berbentuk wang tunai sebanyak RM250.

KARNIVAL DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA (KPM) (KDSSM) 2016 PERINGKAT PKG TUNJANG & DAERAH KUBANG PASU - Maryam

4 April 2016 - Karnival Dakwah Sekolah - Sekolah Malaysia Peringkat PKG Tunjang telah berlangsung dengan jayanya di SMK Bandar Baru Darulaman. Karnival Dakwah adalah program berbentuk pertandingan yang dilaksanakan oleh Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Bahagian Pendidikan KPM yang mengabungkan beberapa program dalam satu program khas yang meliputi acara dari Tadarus al-Quran (MTQSS), Festival Nasyid Sekolah - Sekolah (FNSS), Majlis Ihtifal Sekolah -  Sekolah (MISS) dan Karnival Dakwah Orang Asli Sekolah-sekolah. Karnival Dakwah Sekolah - Sekolah KPM diadakan bertujuan untuk meningkat Kecemerlangan dalam kalangan pelajar serta penghayatan mereka terhadap Syiar islam. Tema karnival ini ialah “Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak”Pada peringkat PKG, kategori yang dipertandingkan ialah Tilawah al-Quran (L), Tilawah al-Quran (P), Hafazan (L) dan Hafazan (P).

Bahagian yang dimenangi oleh peserta - peserta SMK Jitra:
  • Johan Tilawah al Quran (L)  - Mohd Faris Bin Osman
  • Tempat ketiga Tilawah al Quran (P) – Aufa Binti Abdul Rahim
  • Tempat ketiga Hafazan (P)  - Annamirah Binti Ulon Azmi


9 April 2016 - Karnival Dakwah Sekolah - Sekolah Malaysia (KPM) (KDSSM) Peringkat Daerah Kubang Pasu telah diadakan di SMK Jitra yang merupaka tuan rumah bagi program ini. Persatuan yang terlibat dalam karnival ini ialah Persatuan Bahasa Arab, Persatuan Ulul Albab dan Persatuan Agama Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra. Bahagian yang dipertandingkan pada peringkat Daerah Kubang Pasu ialah Nasyid (Menengah), Tilawah al Quran (Menengah dan Rendah), Hafazan (Menengah dan Rendah), Qiraatus Saba’ah dan Kalamatus Sobah.

Keputusan pertandingan :
  • Tempat ketiga (Kalamatus Sobah) - Aida Adriana Binti Abd Aziz
  • Naib johan (Qiraat Saba'ah) - Muhammad Alif Aiman Bin Mahadzir
  • Tempat ketiga (Tilawah al-Quran) - Mohd Faris Bin Osman
  • Sagu hati (Nasyid) - Voice 4U
Kalamatus Sobah
Tilawah al-Quran
Qiraat Saba'ah
Nasyid

PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN - NISA

23 & 24 April 2016 - Pada hari Sabtu dan Ahad yang lalu , SMK Jitra telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Daerah Kubang Pasu.
Pertandingan ini telah berlangsung selama dua hari di SMK Jitra. Sekolah - sekolah di daerah Kubang Pasu hadir memenuhi lokasi pertandingan seawal jam 8.00 pagi.

Antara pembahas yang mewakili SMK Jitra ialah :
1. Mohammad Amirul Aiman Bin Ismail
2. Mohd Shafiq Akmal Bin Shaharizal
3. Safiah Binti Rodzi
4. Nur Shaza Alya Binti Mohd Halim
5. Nur Ain Binti Zakaria

Setelah berhempas - pulas berentap dengan pihak lawan , akhirnya SMK Jitra berjaya memasuki peringkat akhir. Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen peringkat akhir berlangsung pada hari Ahad bertempat di Dewan Ibnu Sina pada jam 11.30 pagi. Semua pelajar Tingkatan 4 dijemput untuk menyaksikan peringkat akhir di antara SMK Jitra dan SMK Hosba.

Akhirnya , SMK Jitra telah berjaya menumbangkan SMK Hosba dan merangkul johan dalam Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Daerah Kubang Pasu pada tahun ini. Apa yang lebih membanggakan lagi ialah Mohammad Amirul Aiman Bin Ismail telah dinobatkan sebagai pembahas terbaik.

Tahniah diucapkan kepada pasukan bahas SMK Jitra. Semoga SMK Jitra akan terus mengekalkan kejuaraan pada peringkat negeri nanti. 

PERTANDINGAN PANTUN PERINGKAT DAERAH - NISA

19 April 2016 - Pada minggu lepas , Pertandingan Pantun Peringkat Daerah Kubang Pasu telah diadakan. Pertandingan pantun ini berlangsung seawal jam 8.00 pagi bertempat di SMK Hosba. SMK Jitra telah menghantar seramai lima orang wakil iaitu :

1. MUNA BT KAMAL

2. NURUL HUSNA BT MOHD ROSLAN

3. NUR MIZA SYAFIQA BT MOHD SANI

4. NURAIN SYUHADA BT ADZHAR

5. UMMU HABIBAH BT NASRUDDIN

Berkat daripada usaha para pemantun sekolah ini , SMK Jitra telah berjaya merangkul tempat ketiga. Tahniah kepada semua warga yang terlibat. Semoga pada tahun hadapan , SMK Jitra akan meragut gelaran johan pula.

Thursday 21 April 2016

PENGURUSAN STRES DAN KECERDASAN EMOSI - ALYA

20 April 2016 - Apa itu stres ? Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stres atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.”

Bagi membantu dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan para pelajar, suatu program 'Pengurusan Stres dan Kederdasan Emosi' telah dilaksanakan kelmarin bertempat di Dewan Ibnu Sina SMK Jitra . Program yang melibatkan semua pelajar Tingkatan 4 ini amat bersesuaian dengan keadaan para pelajar yang sering mengalami stres terutamanya dalam pembelajaran .

Program yang disampaikan oleh Puan Rohaida Binti Abdul Rahim, salah seorang kaunselor di SMK Jitra ini bermula kira - kira jam 12:15 tengah hari . Program dibuka dengan pendedahan tentang definisi stres dan kemudian diikuti dengan simptom - simptom stres, kesan - kesan stres dan strategi menangani stres . Para pelajar juga turut diajar beberapa teknik untuk menghilangkan stres . Antaranya adalah dengan mengawal pernafasan dengan betul . Puan Rohaida juga telah menunjukkan video tentang teknik urutan bahu dan leher untuk menghilangkan stres kepada para pelajar . Para pelajar turut membuat amali urutan tersebut dengan pasangan masing - masing . Program selesai pada jam 1:30 petang .

Ternyata dengan adanya program sebegini, para pelajar akan mendapat banyak ilmu pengetahuan penting yang tidak pernah mereka ketahui sebelum ini . Jadi, mereka bolehlah mempraktikkan cara - cara yang telah diajar untuk mengatasi atau menghilangkan stres selepas ini .

Sebenarnya, sebesar mana pun masalah yang dihadapi, kita perlu sedar bahawa setiap masalah ada jalan penyelesaiannya . Terima kasih diucapkan kepada Puan Rohaida dan guru - guru yang terlibat dalam menjayakan program ini .

KEJOHANAN BOLING PERINGKAT DAERAH - ALYA

20 April 2016 - Kelmarin, satu Kejohanan Boling Peringkat Daerah telah berlangsung di Aman Bowl, Aman Central dengan jayanya . Kejohanan ini melibatkan sekolah - sekolah dalam daerah Kubang Pasu .

SMK Jitra telah menghantar 9 orang wakil untuk bertanding dalam kategori masing - masing . Seramai 6 orang pemain bertanding dalam kategori bawah 18L, seorang dalam kategori bawah 18P, seorang dalam kategori bawah 15P dan seorang lagi dalam kategori bawah 15L .

3 orang daripada pemain yang terlibat telah berjaya mendapat tempat dalam acara ini . Tahniah diucapkan . Berikut adalah senarai nama para pelajar tersebut :
1 . Shareh Aizuddin Najmi (tempat ke-4 bawah 18L)
2. Ain Nur Sofea (tempat ke-3 bawah 15P)
3. Nurul Husna (tempat ke-3 bawah 18P)

Diharapkan agar semua wakil pasukan boling SMK Jitra ini akan terus maju dan berjaya mengharumkan nama SMK Jitra .


Tempat ke-4 bawah 18P


Tempat ke-3 bawah 15P


Wednesday 20 April 2016

KEPUTUSAN STPM - NISA

2 MAC 2016 - Majlis penyerahan keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2015 telah diadakan di Dewan Ibnu Sina pada jam 12.45 tengahari. Tanpa diduga , SMK Jitra telah diumumkan sebagai sekolah yang mendapat keputusan STPM terbaik di antara 37 buah sekolah yang menempatkan para calon yang menduduki STPM di negeri Kedah ini.
Oleh itu , satu Sidang Media Pengumuman Keputusan STPM Negeri Kedah 2015  telah diadakan di SMK Jitra pada jam 12 tengahari. Semua pelajar terbaik STPM di Kedah dijemput ke SMK Jitra untuk menghadiri sidang media tersebut. Sidang media ini disempurnakan oleh Dato Hajah Azuyah Hassan yang merupakan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah. Selain itu , Pn Hajah Latipah Kassim iaitu mantan pengetua SMK Jitra turut hadir ketika sidang media tersebut.
Setelah sidang media itu selesai , para tetamu mengatur langkah pula ke Dewan Ibnu Sina bagi melihat keputusan calon - calon SMK Jitra pula. Menurut Penolong Kanan Tingkatan 6 , Pn Hajah Pawziah Adri , keputusan STPM SMK Jitra pada tahun 2015 telah mengalami peningkatan berbanding tahun 2014. Peningkatan ini sangat mengejutkan semua pihak. Peningkatan ini dapat dilihat melalui Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu 3.32 dan semua mata pelajaran lulus 100% .
Selain itu , SMK Jitra bukan sahaja terbaik di Kedah malah mendapat tempat ketiga terbaik di peringkat kebangsaan. Seramai 36 daripada 48 orang calon SMK Jitra mendapat pointer 3.0 ke atas . Sungguh membanggakan lagi apabila 2 orang calon mendapat pointer 4.0.
Semasa majlis tersebut , pihak wartawan sekolah telah menemu bual dua calon STPM untuk bertanyakan tentang tips kejayaan mereka. Menurut salah seorang calon yang ditemu bual , dia sentiasa menunaikan solat 5 waktu sehari semalam serta mengamalkan solat sunat hajat pada setiap pagi sebelum subuh. Selain itu , mereka berdua berkongsi satu matlamat yang sama iaitu belajar pada saat akhir tetapi berguna.
Tahniah diucapkan kepada semua calon STPM 2015 . Diharapkan calon STPM tahun ini , akan lebih bersemangat untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM kali ini. Semoga SMK Jitra terus cemerlang di persada dunia.




Senarai sekolah terbaik STPM 2016

Tuesday 19 April 2016

KEPUTUSAN SPM 2015 - Maryam

3 Mac 2016 - Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Majlis penyerahan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah diadakan di Dewan Ibnu Sina. Hari tersebut merupakan hari yang bersejarah bagi pelajar SPM 2015 mengetahui keputusan mereka. Setelah beberapa lama pelajar SPM tahun 2015 ini menelaah pelajaran di sekolah, kini mereka telah pun meninggalkan alam persekolahan dan memulakan langkah ke dunia yang baharu. Seramai 13 orang calon SPM 2015 telah mencapai keputusan yang cemerlang iaitu semua A dalam mata pelajaran yang diambil. Seramai 13 orang calon juga yang mendapat sisipan semua A. GPS SPM pada tahun 2015 mencatat penurunan iaitu daripada 2.76 pada tahun lalu kepada 2.79. Walaupun keputusan SPM 2015 tidak mencapai sasaran, namun keputusan yang dicapai oleh para pelajar SPM 2015 tetap membanggakan seluruh warga SMK Jitra. SMK Jitra merupakan antara sekolah yang berada dalam kelompok 5 teratas keputusan SPM 2015 di negeri Kedah iaitu tempat keempat selepas SM Sultan Abdul Halim (pertama), SM Sains Kubang Pasu (kedua) dan SBPI Kubang Pasu (ketiga).

Pelajar-pelajar yang mendapat "Straight A's" :

1. KHOR ZHI SHUANG (5 AMETHYST)
2. NUR AIN BT ZAINAL FITRI (5 AMETHYST)
3. MUHAMMAD HAZIQ NURNASRAN (5 AMETHYST)
4. CHIN JING WEI (5 AMETHYST)
5. NUR AFIQAH BT CHEK (5 AMETHYST)
6. NURALIA NISA BT MOHD NOR HISHAM (5 DIAMOND)
7. NOOR LIYANA NADZHIRAH BT ZAINOL (5 DIAMOND)
8. MELISSA SURAYA BT ISMAIL (5 AMETHYST)
9. FATIMAH ADILAH BT AZHAR (5 AMETHYST)
10. NURAIN NAJWA BT ABD AZIZ (5 PERIDOT)
11. SYAMIR BIN SHARIZAN (5 OPAL)
12. ANIS SURAYA BT AZAHAR (5 EMERALD)
13. CHAN QUAN YU (5 DIAMOND)

Syabas diucapkan kepada para pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang. Bagi yang tidak berjaya pula, usahlah berputus asa kerana masih banyak peluang untuk berjaya. Selamat berjaya dalam meneruskan perjalanan dalam dunia pendidikan. Semoga calon SPM pada tahun akan datang dapat membakar semangat untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dan mencipta sejarah yang lebih besar.

Saturday 16 April 2016

KEJOHANAN TAEKWONDO REMAJA KEBANGSAAN - Maryam

25 - 27 Mac 2016 - Pasukan kelab taekwondo SMK Jitra telah menyertai Kejohanan Taekwondo Remaja Kebangsaan 2016. Kejohanan tersebut telah berlangsung dengan jayanya di Banquet Hall Sunshine Square, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Pasukan taekwondo SMK Jitra telah diiringi oleh guru penasihat , Pn Hajah Azizah Binti Othman dan jurulatih, Master Mazalan Man untuk memberikan sokongan dan dorongan kepada mereka.

Seramai 14 orang pelajar SMK Jitra telah mewakili sekolah menyertai kejohanan tersebut.

  Anis Azwa Binti Mohd Asri   
  Ang Kian Guan
  Muhammad Ikmal Faris Bin Muhanis 
  Muhd Ismeth Khan Bin Liaqat Ali Khan 
  Aisyah Adlina Binti Khairul Anuar         
  Nur Nasuha Binti Ahmad Rosli                  
  Nurhani Ainatul Fadilah Binti Pazil          
  Nurhanis Zuraini Binti Yussof                       
  Nur Syazleen Syazwani
  Nur Amelia Adelyna Binti Norizan
  Aliah Siddiqah Binti Sarizan
  Masturina Binti Mashrizam
  Muhammad Luqman Haqim Bin Zahiruddin
  Siti Yusrina Sahira Binti Tahiuddin

Pasukan Taekwondo SMK Jitra telah berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan dengan meraih 1 Perak dan 7 Gangsa. Ternyata anak didik Master Mazalan ini tidak mudah berputus asa dan mempunyai semangat yang tinggi untuk mencapai kemenangan. Mereka sanggup menghadiri latihan pada waktu malam untuk memperkukuhkan kemahiran mereka dalam seni mempertahankan diri taekwondo ini. Semoga pasukan taekwondo SMK Jitra dapat mencipta kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. 


PROGRAM PENCERNAAN MINDA - NISA

13 April 2016 - Program Pencernaan Minda  bersempena Sketsa Rukun Negara Kelab 1 Malaysia Peringkat Daerah Kubang Pasu 2016
Anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kubang Pasu telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Ibnu Sina SMK Jitra .

Untuk pengetahuan semua , program ini adalah sebahagian daripada aktiviti Kelab 1 Malaysia di Daerah Kubang Pasu . Secara tidak langsung pelajar -pelajar yang hadir di kalangan ahli kelab akan mendapat pendedahan tentang sketsa rukun negara dan aktiviti teras Kelab 1 Malaysia.

Program tersebut bermula pada jam 3 petang. En Mohd Dali bin Awang dan Pn Nurisah binti Ahmad juga turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis pada petang itu. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku sebaik sahaja Pegawai Penerangan Daerah Kubang Pasu iaitu En Harun bin Kereya tiba dan seterusnya bacaan doa dialunkan oleh Azrul Farhan bin Rafie Ravi. Kemudiannya , majlis diteruskan dengan persembahan Sketsa Rukun Negara Kelab 1 Malaysia dari SMK Jitra. Persembahan sketsa yang dilakonkan itu sangat mencuit hati para pelajar dan tetamu yang hadir. Antara barisan pelakonnya ialah Kayla Ooi Yu Jin , Suwarnakalisswaren A/L Velayutham , Irdina Syaza , Mohd Amirul Sofie dan Syed Muhammad Haikal bin Syed Husni.

Selepas tamatnya persembahan tersebut , En Harun bin Kereya dijemput untuk meyampaikan ucapan dan ulasan tentang program yang diadakan tersebut. Dalam ucapannya , beliau berharap pasukan sketsa SMK Jitra akan berjaya merangkul gelaran juara pada peringkat negeri nanti. Pertandingan Sketsa Rukun Negara Peringkat Negeri Kedah akan diadakan pada 28 April 2016 di SMK Pendang.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil oleh En Harun bin Kereya kepada peserta pertandingan sketsa. Sijil - sijil tersebut turut diberikan kepada pelajar -pelajar sekolah lain yang hadir. Antaranya SMK Seri Mahawangsa , SMK Tunku Bendahara dan SMK Tanjung Pauh.

Selain itu , Kuiz Kenegaraan juga turut diadakan kepada para pelajar. Kuiz ini diberikan oleh Pn Noor Faeizah Ahmad iaitu Pegawai Penyelaras Kelab 1 Malaysia , Pejabat Penerangan Daerah Kubang Pasu. Ramai pelajar yang mencuba nasib untuk menjawab kuiz. Sebagai ganjarannya , mereka diberikan hadiah.

Terima kasih di atas komitmen semua pihak yang telah menjayakan program ini . Diharapkan semoga pasukan sketsa SMK Jitra akan berjaya pada peringkat negeri nanti.

Thursday 14 April 2016

PERTANDINGAN SENI SILAT GAYONG - 'AQILAH

13 & 14 April 2016 - Pasukan Seni Silat Gayong SMK Jitra telah mengharumkan nama sekolah dalam Kejohanan Seni Silat . Kejohanan Seni Silat Gayong peringkat daerah ini telah berlangsung di SMK Ayer Hitam. SMK Jitra telah memperoleh 2 emas dan 2 perak daripada 7 kategori yang telah dipertandingkan. SMK Jitra memperoleh johan bagi kategori Tempur Puteri dan Seni Jurus Silat Puteri serta memperoleh naib johan bagi kategori Tari Solo Putera dan Silat Asli Putera .

 Sekalung penghargaan diucapkan kepada jurulatih silat gayong dan guru - guru pembimbing yang sentiasa bertungkus lumus bagi menaikkan imej skolah serta anak - anak didik seni silat gayong yang tekun berlatih . Kejayaan yang telah dikecapi amat dikagumi dan dihargai oleh seluruh warga SMK Jitra dan semoga Pasukan Seni Silat Gayong SMK Jitra akan mencipta kejayaan yang lebih besar pada tahun berikutnya . InSyaaAllah .

Pasukan Seni Silat Gayong SMKJ

Johan tempur dan jurus puteri 

Johan jurus puteri 








Sunday 3 April 2016

KEM ASPIRASI PELAJAR PERINGKAT NEGERI KEDAH - Shareh dan Amirul

31 MAC - Kem aspirasi pelajar 2016 telah diadakan di kem PLKN Bukit Besar, Kulim. Seramai 106 orang pelajar yang terdiri daripada tingkatan 2 hingga 6 dari 49 buah sekolah di seluruh di negeri Kedah telah menyertai kem ini. SMK Jitra telah menghantar 4 orang wakil iaitu Amirul Ashraf b Zainal, Shareh Aizuddin Najmi b Shareh Azizan, Mohd Zaki b Mohd Zahir, dan Afif Farhan b Mohd Salleh. Pada awalnya SMK Jitra hanya menghantar 2 orang wakil sahaja namun SMK Tanjung Pauh telah membatalka penyertaan mereka dan pihak Jabatan Penarangan meminta SMK Jitra untuk memenuhkan kekosongan kuota tersebut.

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....