Friday 27 May 2016

LAWATAN KE HARI MUZIUM ANTARABANGSA - NISA ,AQILAH , ALYA , MARYAM

16 Mei 2016 - Perasmian Hari Muzium Antarabangsa telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah merangkap Tunku Temenggong Kedah , Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah. Menteri Besar Kedah iaitu Dato' Seri Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah juga turut hadir.
Pelbagai pameran telah diadakan termasuklah Pameran Bom Atom Nagasaki 1945 yang menarik minat ramai pengunjung ke galeri pameran tersebut.


Saturday 7 May 2016

FINAL BOLA SEPAK DIVISYEN 2 KUBANG PASU - ALYA

4 Mei 2016 - Setelah sekian lama mengusung misi untuk meraih gelaran juara, kali ini rindu kemenangan pasukan bola sepak bawah 18 tahun SMK Jitra sudah pun terhenti . Mereka berjaya merobohkan tembok kekalahan yang menjadi halangan setiap musim . Alhamdulillah, dengan berkat usaha yang tidak pernah putus daripada para pelatih, mereka telah berjaya menyarung pingat emas masing - masing . Tidak dilupakan juga kepada Encik Shahrul selaku jurulatih pasukan ini yang tidak pernah lokek memberi tunjuk ajar dan nasihat.

Tempat perlawanan : SMK Pulau Nyior
SMK Jitra menentang SMK Ayer Hitam
SMK Jitra 3 - 1 SMK Ayer Hitam

Biarpun pasukan ini mempunyai sedikit masalah kerana keadaan padang sekolah yang sedang dinaik taraf menyebabkan mereka tidak boleh menggunakan padang sekolah untuk sesi latihan, namun hal ini tidak menjadi penghalang buat mereka . Syabas diucapkan atas kejayaan dan semangat dalam diri para pemain dan jurulatih .

Diharapkan agar pasukan bola sepak SMK Jitra terus berjaya dalam perlawanan yang akan datang .


Bersama - sama jurulatih

Ahli pasukan bola sepak bawah 18 tahun SMK Jitra

Kapten pasukan

Salah seorang pemain

Thursday 5 May 2016

Kejohanan Golf PSKPPK Sirkit 2 - NISA

2 Mei 2016 - Kejohanan Golf PSKPPK Sirkit 2 bagi tahun 2016 telah diadakan di Harvard Golf Club , Sungai Petani , Kedah. Dalam kejohanan itu , salah seorang guru dari SMK Jitra telah menjadi peserta kejohanan tersebut. Guru tersebut ialah En. Ng Hun Chong.
Rupa - rupanya beliau mempunyai bakat terpendam dalam permainan golf. Beliau telah berjaya mendapat tempat ketiga kategori Nett . Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada En. Ng Hun Chong.



BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN PERINGKAT NEGERI - NISA

3 Mei 2016 - Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Negeri Kedah Darul Aman telah berlangsung dengan jayanya di SMK Ibrahim, Sungai Petani, Kedah. SMK Jitra telah mewakili Daerah Kubang Pasu ke pertandingan tersebut.
Dengan semangat para pembahas SMK Jitra yg tidak pernah luntur dan berkat kesabaran guru - guru yang mendidik mereka , SMK Jitra telah diumumkan sebagai johan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Negeri Kedah Darul Aman selepas bertanding dengan pembahas dari Kolej Sultan Abdul Hamid.
Pada tahun 2006 dan 2007 , SMK Jitra pernah mendapat johan peringkat negeri juga. Ini membuktikan bahawa sejarah telah berulang berkat usaha gigih semua guru bahasa di SMK Jitra.
Paling membanggakan lagi , Mohammad Amirul Aiman Bin Ismail telah berjaya dinobatkan sebagai pembahas terbaik.
Syabas diucapkan kepada wakil pembahas SMK Jitra dan semua pihak yang bertungkus lumus demi memajukan SMK Jitra. Guru yang hebat , melahirkan pelajar yang hebat. Semoga SMK Jitra terus cemerlang di persada antarabangsa.




MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....