Saturday 25 June 2016

IFTAR JAMAIE - ALYA

23 Jun 2016 - Hasil kerjasama Panitia Pendidikan Islam SMK Jitra, sebuah majlis iftar ramadan berjaya dilaksanakan 2 hari yang lalu . Majlis ini berlangsung di Dewan Ibnu Sina dan terbuka kepada semua warga SMK Jitra yang berminat untuk menyertainya .

Para pelajar dan guru turut solat maghrib berjemaah dan membaca Al-Quran bersama - sama setelah selesai berbuka puasa . Alhamdulillah, banyak manfaat yang diperoleh hasil daripada majlis ini .

Antaranya ialah dapat mengeratkan ukhwah sesama umat Islam, mengelakkan pembaziran dan menambahkan pahala solat berjemaah serta tidak melengah - lengahkan waktu solat .

Syabas diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat bagi menjayakan program tersebut .

Monday 20 June 2016

PROGRAM RIMBUN - ALYA

27 Mei 2016 - Bagi menyemarakkan lagi rasa cinta akan alam semula jadi, sebuah program iaitu Program Rimbun telah diadakan bertempat di Taman Tasik Darulaman, Kedah . Pelbagai aktiviti diadakan dalam program tersebut . Antara aktiviti tersebut ialah senamrobik dan menanam pokok .

SMK Jitra telah menghantar 32 orang pelajar untuk 3 kategori iaitu kategori sekolah menengah, kategori Kelab 1 Malaysia dan kategori Pasukan Pandu Puteri . Seramai 8 orang guru turut terlibat dalam program tersebut .

Antara pihak yang menjayakan program ini ialah BDB Land, Team Darulaman Park dan komiti, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, PPD Kubang Pasu, sekolah rendah dan menengah daerah Kubang Pasu, sekolah rendah daerah Baling/Sik, Universiti Utara Malaysia, Polis Daerah Kubang Pasu, Pasukan Bomba Kubang Pasu, Bank Rakyat, PTPTN Kedah, YADIM, para peniaga dan pengunjung Taman Tasik Darulaman

SELAMAT BERPUASA!!

Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, kami warga buleting SMK Jitra ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh warga SMK Jitra yang beragama Islam. Pelbagai aktiviti telah diadakan pada bulan Ramadhan ini. Antaranya ialah majlis qhatam Al-Quran. Selain itu, tazkirah ringkas telah diberikan kepada semua pelajar selepas bacaan surah dilakukan. Kami warga buletin SMK Jitra mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada seluruh warga SMK Jitra dan kami mengharapkan agar segala ibadat kita pada bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah SWT. SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN!!

Sunday 5 June 2016

PEMERGIAN SEORANG GURU TERCINTA - Maryam

4 Jun 2016 - Tepat jam 7.05 petang SMK jitra telah kehilangan seorang guru yang amat berdedikasi, berwibawa, penyayang dan amat ceria. Beliau merupakan seorang insan yang amat disegani dan disayangi ramai. Namun, Allah SWT lebih menyayangi beliau. Seluruh warga SMK Jitra telah dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan. Allahyarham Ustaz Badrul Hisham Bin Hashim telah kembali ke rahmatullah akibat serangan jantung.

     Seluruh warga SMK Jitra merasakan kehilangan dengan pemergian Allahyarham Ustaz Badrul Hisham. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Mari kita sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham Ustaz Badrul Hisham bin Hashim.


Friday 3 June 2016

KEM AMALI HAJI TINGKATAN 4 - ALYA

26 Mei 2016 - Kira - kira seminggu yang lalu, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah menganjurkan Kem Amali Haji bagi semua pelajar Tingkatan 4 . Kem ini diadakan selama dua hari satu malam .

Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kumpulan - kumpulan tersebut diketuai oleh pelajar dari Tingkatan 5 . Pertandingan seperti "kumpulan terbaik" turut diadakan di kem tersebut .
Berikut adalah info tentang kem tersebut :

Tarikh : 26 - 27 Mei 2016
Hari : Khamis - Jumaat
Masa : Pendaftaran ( 2.30 p.m. Khamis ) , bersurai ( 11.30 a.m. Jumaat )
Tempat : SMK Jitra
Penginapan : Asrama SMK Jitra

Semua pelajar islam Tingkatan 4 diwajibkan hadir untuk menyertai program tersebut . Program tersebut dilaksanakan bagi memenuhi sukatan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Syariah Islamiah selain untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan para pelajar .

Diharapkan agar segala ilmu yang disampaikan pada hari tersebut dapat memberi manfaat yang secukupnya kepada para pelajar yang terlibat .


Model Kaabah

Solat jemaah ( Padang Arafah )

Antara ketua kumpulan

Antara pelajar Tingkatan 4

Pemenang pertandingan kumpulan terbaik

Pelajar lelaki di dalam ihram

Wednesday 1 June 2016

Pertandingan Perbahasan Ala Parlimen- Shareh

Pada 12 Mei yang lalu, beberapa orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah terpilih untuk bertanding di Pertandingan Bahas Ala Parlimen yang diadakan di Dewan Putra Perdana , Sekolah Sultan Alam Shah.
Antara pembahas yang telah mewakili SMK Jitra ialah :
1. Mohammad Amirul Aiman Bin Ismail
2. Mohd Shafiq Akmal Bin Shaharizal
3. Amira Safiah Binti Rodzi
4. Nur Shaza Alya Binti Mohd Halim
5. Nur Ain Binti Zakaria

Salah seorang daripada pelajar yang telah mewakili SMK Jitra iaitu Amira Safiah Binti Rodzi, telah dipilih sebagai Pembahas Terbaik. SMK Jitra telah mendapat naib johan dalam pertandingan tersebut.







MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....