Saturday 13 August 2016

KEJOHANAN BOLA TAMPAR KLUSTER KEBANGSAAN 2016 - ALYA

5 Ogos 2016 - Kejohanan Bola Tampar bagi SKK ( Sekolah Kluster Kecemerlangan ) telah pun berlangsung pada 5 Ogos dan 6 Ogos yang lalu . SMKA Wataniah, Besut telah terpilih menjadi tuan rumah dan urusetia perlawanan berprestij ini.

Sebanyak 25 buah sekolah iaitu 18 buah sekolah menengah dan 7 buah sekolah rendah telah menyertai perlawanan ini . Perlawanan ini diadakan di dua lokasi iaitu SK Kampung Raja dan SM Vokasional Besut, Terengganu. Semua peserta yang terlibat menginap di Asrama SMKA Wataniah .

SMK Jitra telah menghantar 2 pasukan iaitu pasukan bawah 18 tahun perempuan dan bawah 18 tahun lelaki .

Berkat doa dan usaha para peserta serta guru, pasukan bawah 18 tahun lelaki SMK Jitra telah berjaya muncul sebagai juara dan pasukan bawah 18 tahun perempuan mendapat tempat ketiga dalam perlawanan peringkat kebangsaan ini. Syabas diucapkan kepada semua peserta dan guru yang terlibat .

Friday 12 August 2016

KEJOHANAN FUTSAL 1M1S - NISA

12 Ogos 2016 - Kejohanan Futsal 1M1S bawah 14 tahun telah berlangsung dengan jayanya di gelanggang futsal SMK Jitra. Kejohanan futsal anjuran Kelab Bola Sepak SMK Jitra ini bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang.

Program seperti ini diadakan bertujuan menyediakan ruang dan peluang kepada semua pelajar untuk melibatkan diri dalam sukan atau permainan. Di samping itu , program ini diadakan untuk mencari pemain yang berbakat dalam permainan bola sepak yang SMK Jitra boleh gilap agar dapat mengharumkan nama sekolah. 

Tahniah diucapkan kepada pasukan asrama SMK Jitra yang berjaya meraih johan dalam kejohanan ini. Naib johan pula diraih oleh Legacy FC.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga program - program seperti ini dapat memberi manfaat kepada warga SMK Jitra.

"BIAR JASA JADI KENANGAN".

Tuesday 9 August 2016

PERTANDINGAN MENEMBAK KOR KADET POLIS DAERAH KUBANG PASU - ALYA

8 Ogos 2016 - Pada 8 dan 9 Ogos 2016, pertandingan menembak bagi anggota Kor Kadet Polis daerah Kubang Pasu telah diadakan bertempat di Lapang Sasar Bukit Jenun, Pendang . Seramai 10 anggota Kadet Polis Lelaki dan 10 anggota Kadet Polis Wanita dari SMK Jitra telah terlibat dalam pentandingan tersebut . Guru pengiring yang terlibat ialah Puan Fadzilah Ahmad, Puan Wina dan Encik Hanif .

Semua peserta amat bertuah kerana mereka berpeluang menggunakan senjata m16 dan sukacita dimaklumkan bahawa salah seorang peserta dari SMK Jitra iaitu saudara Mohammad Hilmi Bin Johari dari kelas 2Intelek telah meraih tempat ketiga pertandingan menembak Kor Kadet Polis Peringkat daerah Kubang Pasu pada kali ini . Syabas diucapkan kepada saudara Hilmi .

Sunday 7 August 2016

JAMBOREE ON THE AIR - NISA & 'AQILAH

6 Ogos 2016 - Bertempat di Sekolah Kebangsaan Sri Muda , seramai 23 pelajar SMK JITRA telah dihantar untuk menyertai JOTA peringkat kebangsaan yang diadakan secara berperingkat mengikut daerah. Para pelajar ini terdiri daripada pelajar tingkatan satu dan pelajar tingkatan dua.

Pn Yusni binti Hassan adalah guru pengiring pasukan pengakap ke jambori tersebut. Antara aktiviti yang diadakan ialah seperti semaphore dan morse kod.Apabila aktiviti ini diadakan secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan antara pasukan pengakap dari pelbagai sekolah dan memberi pengalaman baru kepada para peserta.

Syabas diucapkan kepada para peserta yang terlibat. Semoga SMK Jitra terus cemerlang.

Saturday 6 August 2016

PENUTUPAN BULAN BAHASA - 'AQILAH & NISA

3 Ogos 2016 - Penutupan Bulan Bahasa telah diadakan pada jam 7.45 pagi bertempat di Dewan Ibnu Sina. Perhimpunan ini telah disemarakkan lagi dengan perasmian penutupan bulan bahasa oleh En Rushdan bin Abdul Aziz.

Program perdana sekolah MBMMBI bagi memartabatkn Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris telah dilancarkan pada 29 Januari 2016 kini telah sampai ke penghujungnya. 

Dalam pada itu , En Rushdan juga menzahirkan rasa bangga dan terima kasih kepada semua pelajar dan guru yang telah bertungkus lumus menjayakan semua aktiviti mengikut panitia masing - masing 
Kemuncak kejayaan SMK Jitra pada tahun ini ialah : 
-Naib johan Bahas Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan (Mei)


Friday 5 August 2016

PELANCARAN PROGRAM "JOM KITA PULUN" - Amirul

3 Ogos 2016 - Suatu majlis telah diadakan di dewan Ibnu Sina bagi melancarkan program JOM KITA PULUN. Progam ini dirasmikan sendiri pengasasnya iaitu tuan pengetua SMK Jitra, En Ahmad Rushdan Bin Abd Aziz.Program ini dilancarkan bertujuan untuk memberi semangat kepada para pelajar agar terus berusaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang di dalam setiap peperiksaan mahupun kehidupan. Beliau memilih slogan Jom Kita Pulun seiring dengan loghat kedah iaitu pulun yang bermaksud berusaha. Beliau juga melancarkan program ini sebagai salah satu langkah untuk menaikkan taraf SMK Jitra daripada Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) kepada Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Wednesday 3 August 2016

UJIAN SARINGAN TALASEMIA - ALYA

1 Ogos 2015 - Apa itu talasemia ?
Talasemia adalah satu pembentukan sel darah merah yang tidak normal . Talasemia diwarisi daripada ibu bapa kepada anak-anak mereka sama ada lelaki atau perempuan .

Apa pula pembawa talasemia ?
Pembawa talasemia ialah mereka yang :
- Menerima gen talasemia daripada ibu atau bapa
- Bukan pesakit talasemia
- Tidak menunjukkan tanda-tanda sakit
- Boleh mengesan status melalui ujian darah
- Perlu memilih pasangan hidup yang normal bagi mengelak mendapat anak yang mengidap penyakit talasemia

Siapakah yang harus menjalani ujian tasemia ?
- Ahli keluarga pembawa talasemia
- Golongan berusia 16 hingga 24 tahun

Oleh itu, semua pelajar Tingkatan 4 SMK Jitra yang bersetuju telah menjalani ujian saringan talasemia ini pada 1 Ogos hingga 3 Ogos . Tempat pengambilan darah adalah di bilik serbaguna bermula jam 8.30 pagi .

Antara faedah saringan ini ialah :
- Seorang pembawa talasemia boleh memilih pasangan hidup bagi menjaga keturunannya
- Risiko mendapat anak yang menghidap penyakit talasemia dapa dielakkan

Tambahan pula, tiada risiko yang membahayakan semasa membuat ujian saringan talasemia ini .

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat . Diharapkan agar segala info di atas mampu memberikan penjelasan tentang penyakit talasemia kepada semua pembaca .

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....