Saturday 8 October 2016

Hari Sukan Negara - Maryam, 'Aqilah, Nisa

8 Oktober 2016 - Hari Sukan Negara telah diadakan di seluruh negeri di Malaysia bagi melahirkan individu dan masyarakat yang cergas dan minda yang cerdas . Oleh itu, SMK Jitra telah megambil peluang berharga ini dengan mengadakan pelbagai acara seperti senam aerobik, pergerakan asas taici, pertandingan bola keranjang, bola tampar dan futsal .

Semua acara yang dipertandingkan mendapat sambutan yang amat meriah daripada warga SMK Jitra . Majlis tersebut diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh tuan pengetua En. Ahmad Rushdan bin Abd Aziz .

Pertandingan bola tampar perempuan
Pergerakan asas taici 
Sesi senam aerobik
Pertandingan bola tampar lelaki
Pertandingan bola tampar perempuan

Tuesday 4 October 2016

CERAMAH MAAL HIJRAH - ALYA

3 Oktober 2016 - Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam . Bagi menyambut kedatang Maal Hijrah, pihak sekolah telah mengadakan sebuah majlis ilmu sempena tahun 1438H ini, bertempat di surau SMK Jitra . Semua pelajar Tingkatan 3, 4 dan 6 diarahkan untuk ke surau selepas bacaan surah di Stadium Mini .

Seorang penceramah bertauliah yang merupakan bekas pensyarah Kolej Universiti Insaniah, Ustaz Muhamad Azki Hafizi Ibrahim telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada para pelajar . Berikut adalah serba sedikit biodata diri Ustaz Azki

Ustaz Azki telah menyampaikan banyak ilmu yang bermanfaat kepada para pelajar . Diharapkan dengan adanya majlis ilmu seperti ini, para pelajar akan memanfaatkan ilmu yang diberikan pada hari berkenaan . Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Azki atas ceramah menarik yang telah disampaikan .

GEMILANG PENGHUJUNG TAHUN - ALYA

29 September 2016 - Pada hari Khamis yang lalu, Kejohanan Futsal Piala Menteri Pendidikan 1M1S Daerah Kubang Pasu bagi tahun 2016 telah pun diadakan bertempat di D'Futsal Titi Gajah, Alor Setar . SMK Jitra telah menghantar 9 orang wakil untuk menyertai kejohanan tersebut dan sukacita dimaklumkan bahawa pasukan futsal SMK Jitra berjaya meraih gelaran juara .

Selain itu, pasukan bola keranjang SMK Jitra juga berjaya muncul sebagai naib johan bagi Kejohanan Bola Keranjang Piala Menteri Pendidikan 1M1S Daerah Kubang Pasu 2016 masing - masing bagi pasukan lelaki dan perempuan .

Pada keesokan harinya pula, satu berita gembira lagi telah tercipta apabila pasukan bola tampar bawah 14 tahun lelaki SMK Jitra turut meragut gelaran juara dalam Kejohanan Bola Tampar Remaja B14 Tahun Negeri Kedah Zon Utara.

Lebih menggembirakan lagi apabila pasukan bola tampar bawah 14 tahun perempuan juga tidak ketinggalan untuk menyarung pingat perak .

Syabas diucapkan kepada semua pelajar dan guru yang terlibat . Diharapkan agar semagat kesukanan ini dapat diteruskan di masa yang akan datang .

Saturday 1 October 2016

MAJLIS ANUGERAH KLUSTER KETRAMPILAN - NISA & 'AQILAH

8 September 2016 - Majlis Anugerah Kluster Ketrampilan telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Ibnu Sina. Majlis yang berlangsung seawal jam 8 pagi ini telah disempurnakan oleh En Zainol Abidin bin Mohamad selaku Yang Dipertua PIBG SMK Jitra.

Majlis ini diadakan pada setiap tahun adalah untuk memberi penghargaan kepada para pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah di setiap peringkat. Majlis ini berlangsung dengan gilang gemilang.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga SMK Jitra terus cemerlang di persada negara.

Persiapan MAKK

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....