Sunday 27 November 2016

Go Green Landmark Contest Peringkat Daerah -Aina Najwa

24 November 2016 -Go Green Landmark Contest Peringkat Daerah telah berlangsung di C-mart Changlun. Beberapa orang pelajar tingkatan 4 SMKJ terlibat dalam acara ini yang diiringi oleh Puan Norizan.Pelajar-pelajar SMKJ telah memenangi hadiah tempat pertama dan tempat kedua mengikut pasukan iaitu :

Pasukan A (Johan)

  • Nur Jannah binti Mohammad Rozi
  • Nurul Husna binti Abdul Razak
  • Nur Jannah Dalilah binti Ahmad Halizan
Pasukan B (Naib Johan)
  • Nurin Amni binti Basri
  • Nur Syahirah binti Soid
  • Nur Sahirah Natasha binti Mat Fauzi
Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar SMKJ yang terlibat atas kejayaan yang diperoleh.




Thursday 24 November 2016

HARI PUTERI PERINGKAT NEGERI KEDAH - NISAH

15 Oktober 2016- Baru-baru ini SMK Jitra telah mengambil bahagian dalam pertandingan tadabur surah Al-mulk sempena Hari Puteri peringkat Negeri Kedah. Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Persatuan Puteri Islam.Justeru, SMK Jitra telah melahirkan pelajar yang mempunyai bakat terpendam iaitu Sharifah Nurul Aina(4 Opal) dan memperoleh tempat pertama bagi pertandingan tadabur surah Al-mulk.

Aktiviti ini dapat memberi impak yang positif kepada pelajar. Dengan ini, diharap aktiviti ini dapat dijayakan lagi pada masa akan datang.

Wednesday 23 November 2016

Majlis Apresiasi Kelab 1Malaysia-Syamim


15 Mei 2016 - Kelab 1Malaysia telah mengadakan majlis untuk memberi penghargaan kepada ahli-ahli kelab. Majis telah berlangsung di Dewan Sri Jitra 1 pada jam 11.30 pagi. Majlis tersebut turut disempurnakan dengan upacara perasmian oleh yang berusaha Encik Ahmad Rushdan Bin Abdul Aziz,pengetua SMK Jitra. Encik Harun Bin Kereya yang merupakan pegawai Jabatan Penerangan daerah Kubang Pasu  telah dijemput bagi meraikan  lagi majlis tersebut. Bagi memberkati majlis tersebut,Muhammad Alif Akmal Bin Shaharizal telah dijemput untuk mengetuai bacaan doa.

Majlis tersebut tiba kemuncaknya dengan persembahan nyanyian oleh Ahmad Azrai Afiq Bin Awang dengan mendendangkan lagu yang berjudul Terakhir manakala para hadirin sedang menjamu selera dengan juadah yang disediakan. Majlis dimeriahkan lagi dengan penyampaian hadiah oleh pengetua SMK Jitra kepada para pemenang pertandingan sahibba,komitmen terbaik,wartawan terbaik,photo contest dan sebagainya. Nur Alya Irdina Bt. Roslan telah dinobatkan sebagai wartawan terbaik dan juga pemenang pertandingan photo contest.Semua acara ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua warga SMK Jitra.

Nur Alya Irdina binti Roslan pemenang photo contest dan wartawan terbaik

               


Karnival KRS Peringkat Kebangsaan Zon Utara-Aina Najwa

18-20 Oktober 2016 - Karnival KRS Peringkat Kebangsaan Zon Utara telah berlangsung di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim yang diadakan selama tiga hari dua malam.Antara pelajar SMK Jitra yang mewakili kontijen daerah Kubang Pasu ialah:
  • Izzah Zafirah bt Basri
  • Nurul Jannah bt Abdul Razak
  • Amni Amirah bt Yusop
  • Muhammad Imran bin Rosli   
  • Muhammad Alif Hafizul bin Azhar 
Pada karnival tersebut telah diadakan pelbagai pertandingan yang disertai oleh setiap kontijen dari setiap daerah di negeri Kedah.Antara pertandingan yang diadakan adalah tarian perang,masakan rimba,nasyid ,sketsa dan lain-lain lagi.Kontijen Kubang Pasu telah meraih kemenangan dalam pelbagai pertandingan yang disertai seperti:

Putera 
-Tarian Perang (Johan)
-Lari Dalam Guni (Johan)

Puteri
-Galah Panjang (Johan)
-Tarian Perang (Naib Johan)
-Nasyid dan Sketsa (Tempat Ke-3)

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada pelajar SMK Jitra yang terpilih mewakili Kubang Pasu.Untuk pengetahuan semua, Kadet Puteri Terbaik dan Pasukan Keseluruhan Terbaik Puteri telah dimenangi oleh kontijen Kubang Pasu.


SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA - NISAH

10 Oktober 2016 - Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah diadakan di Hospital Jitra, Kedah.Beberapa orang pelajar dan guru daripada Pasukan Pandu Puteri SMK Jitra telah diberi peluang untuk membuat persembahan dan mengambil alih dalam bahagian fotografi. 8 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 telah terlibat dalam menjayakan persembahan ini manakala 2 orang jurugambar terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan pelajar tingkatan 2 iaitu Nur Alya Irdina(4Emerald) dan Nur Afifah Najihah(2Cemerlang). Antara guru yang terlibat bagi menjayakan sambutan ini ialah Puan Azhana , Puan Rahimah dan Puan Hajar Binti Dahaman.

Sambutan Hari Kanak-kanak ini dimeriahkan lagi dengan tetamu kehormat yang sudi mencemar duli iaitu YTM Dato' Seri Diraja Tunku Soraya binti  Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah. Antara pertandingan yang dianjurkan ialah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.Sambutan diteruskan lagi dengan persembahan cerita teladan untuk kanak-kanak dari SMK Jitra dan persembahan nyanyian lagu kanak-kanak dari Sekolah Kebangsaan Jitra 1.

Setelah selesai persembahan, YTM Dato' Seri Diraja Tunku Soraya binti Sultan Abdul Halim Muad'zam Shah melawat pesakit kanak-kanak di wad pediatrik dan memberikan cenderahati kepada mereka.Sambutan tersebut tamat kira-kira jam 1 tengah hari setelah selesai jamuan makan.

Diharapkan agar sambutan sebegini terus diadakan lagi pada masa akan datang.
 
Peserta persembahan bersama-sama doktor dan jururawat

Bersama - sama YTM Dato' Seri Diraja Tunku Soraya binti Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Bersama - sama pesakit kanak-kanak di wad pediatrik

SPM dan STPM 2016 - Mahfuzah

7 NOVEMBER 2016 - Hari yang dinanti-nantikan telah tiba bagi pelajar-pelajar yang mengambil SPM dan STPM.Peperiksaan ini juga akan menentukan masa hadapan mereka sekali gus boleh menaikkan nama dan imej sekolah.Calon-calon SPM dan STPM telah berusaha sebaik mungkin untuk menghadapi peperiksaan ini dengan sanggup menghadiri kelas fajar,jadual anjal dan kelas tambahan yang dibuat oleh guru walaupun terpaksa pulang lewat.Keputusan SPM dan STPM pada tahun 2015 telah membanggakan pihak sekolah.Warga SMK JITRA mengharapkan SPM dan STPM 2016 ini dapat menaikkan reputasi sekolah dengan keputusan yang cemerlang.

Semoga calon SPM dan STPM dapat memberikan usaha mereka yang terbaik agar dapat memberikan keputusan yang cemerlang.


Doa untuk penerang hati dan ketika terlupa jawapan semasa menjawab peperiksaan

AMALI SEMBELIHAN TINGKATAN 4 - NAJLA

12 November 2016 - Baru baru ini,satu amali sembelihan telah diadakan untuk semua pelajar tingkatan 4 SMK Jitra.Guru yang terlibat mengendalikan aktiviti ini ialah Ustaz Jalaluddin dan Cg Abdul Aziz yang telah menunjukkan cara-cara penyembelihan serta semua guru mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab turut terlibat di dalam aktiviti ini.

Aktiviti ini melibatkan semua pelajar lelaki dan perempuan tingkatan 4 apabila mereka perlu menyembelih burung puyuh kemudian mencabut bulunya.Burung puyuh yang telah diproses kemudiannya digoreng dan dihidangkan kepada semua warga SMK Jitra.

Semoga aktiviti yang dianjurkan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang terlibat.Sekalung penghargaan buat para guru yang sudi menguruskan program amali sembelihan yang telah dijalankan dengan jayanya.

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....