Tuesday 27 December 2016

KEPUTUSAN PT3 2016-Syamim

19 Disember 2016-Pada hari Isnin yang lalu ,pelajar-pelajar tingkatan 3 bagi seluruh Malaysia telah mendapat keputusan bagi peperiksaan PT3.Semua murid tingkatan 3 dikehendaki datang mengambil keputusan mereka di sekolah masing-masing.Pelajar tingkatan 3 SMK Jitra mengambil keputusan di Dewan Ibnu Sina,SMKJitra.

Majlis bermula pada pukul 9.30 pagi dengan ucapan daripada pengetua SMK Jitra,Encik Ahmad Rushdan Bin Abdul Aziz.Seramai 16 orang  pelajar tingkatan 3 mendapat semua 'A' dalam semua mata pelajaran dan seratus peratus pelajar tingkatan 3 lulus dalam peperiksaan PT3.Malah pencapaian pada tahun ini lebih memberangsangkan daripada tahun sebelum ini.Bagi pelajar yang mendapat semua 'A' dikehendaki naik ke pentas bersama waris masing-masing untuk mengambil slip keputusan yang disampaikan oleh pengetua.

Tahniah diucapkan buat para pelajar tingkatan 3 SMK Jitra yang telah mendapat keputusan cemerlang dan amat memberansangkan.Kepada pelajar yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang teruskan usaha kerana ini bukan noktah kejayaan malah ini merupakan batu loncatan untuk kita melonjak lebih tinggi lagi pada masa akan datang.




Wednesday 14 December 2016

Tarikh-tarikh penting sepanjang cuti sekolah -Aina Najwa

  • 26/12/2016 - Mesyuarat Guru diadakan pada jam 8 pagi di Dewan Ibnu Sina.
  • 27/12/2016 - Pendaftaran pelajar Tingkatan 1.
  • 28 & 29/12/2016 - Orientasi pelajar Tingkatan 1 pada jam 8 pagi hingga 1 tengah hari.
  • 28 & 29 /12/2016 - Pendaftaran dan orientasi pelajar Tingkatan 4 pada jam 8 pagi hingga 1 tengah hari.
  • 29/12/2016 - Program Back To School bagi Tingkatan 1,2,3,5&6 Atas.
  • 1/1/2017 - Sekolah dibuka.

Monday 12 December 2016

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL JAMBOREE - Amirul

25 NOVEMBER 2016 - Bertempat di Taman Metropolitan Batu, seramai 19 orang wakil daripada SMK Jitra telah dihantar untuk menyertai acara tersebut. Acara ini diadakan selama 7 hari iaitu dari 25 November sehingga 1 Disember 2016. Acara ini turut mendapat sambutan dan penyertaan daripada negara-negara luar seperti Korea, Sri Lanka, Indonesia, Vietnam dan Brunei. Jumlah peserta keseluruhan  adalah seramai 8000 penyertaan.

Objektif utama acara ini diadakan adalah untuk mengumpulkan ahli-ahli pengakap dari Malaysia dan negara luar dan mewujudkan satu rangkaian persaudaraan dan persahabatan di dalam semua peringkat. Selain itu, acara ini dapat meningkatkan kualiti anak-anak muda melalui komunikasi dan pengembaraan global di seluruh jamboree untuk menghasilkan generasi akan datang mampu kemahiran dan rangkaian dalam kapasiti yang tinggi.

Sunday 11 December 2016

KEJOHANAN BOLASEPAK NFDP 2016 - NISAH

30 November 2016 - Beberapa hari yang lalu , SMK Jitra telah mengambil bahagian dalam kejohanan bolasepak NFDP dengan menghantar 2 orang ayam tambatan sekolah yang terdiri daripada  pelajar tingkatan 1 iaitu Mior Muhammad Naufal Bin Mior Shahrizal sebagai penjaga gol dan Wan Muhammad Haziq Bin Hamdan sebagai striker. Sukacita dimaklumkan bahawa pasukan tersebut telah dinobatkan sebagai johan kebangsaan u-13.

Diharap aktiviti sebegini dapat diadakan pada masa akan datang. Majulah sukan
untuk negara.



Saturday 10 December 2016

GIRL GUIDES CENTENARY CAMP 2016 - ALYA

10 Disember 2016 -  Bagi meraikan ulang tahun yang ke-100 Persatuan Pandu Puteri Malaysia, sebuah kem peringkat antarabangsa telah pun diadakan dengan jayanya .

Kem tersebut bertempat di Kem PLKN Karisma, Kuala Pilah, Negeri Sembilan selama 4 hari 3 malam bermula dari 28/11/2016 sehingga 1/12/2016 .

Seramai 700 peserta dari 8 buah negara telah terlibat bagi menjayakan program tersebut . Negara yang terlibat ialah Malaysia, Bangladesh, Australia, Maldives, Sri Lanka, Pakistan, Myanmar dan Singapura .

SMK Jitra telah menghantar 6 orang peserta dan seorang guru pengiring iaitu Puan Siti Hajar Binti Dahaman ke kem tersebut .
Antara aktiviti yang dijalankan di kem tersebut ialah flying fox, artificial wall climbing, survival skills, craft, dancing, campfire dan sing along .

Program ini terbukti mampu menjadikan para pelajar lebih berdisiplin selain dapat mengeratkan silaturahim . Diharapkan agar program sebegini akan terus diadakan pada masa yang akan datang .

Sunday 4 December 2016

KURSUS AMALI PENGURUSAN JENAZAH TINGKATAN TIGA-SYAMIM

8 NOVEMBER 2016-Sebagai seorang muslim penting untuk kita mengetahui bagaimana pengurusan jenazah dilaksanakan meskipun hukum menguruskan jenazah ialah fardhu kifayah iaitu wajib ke atas salah seorang penduduk di kwasan itu sahaja tetapi jika tidak dikerjakan oleh salah seorang penduduk di kwasan itu,maka berdosalah keseluruhan penduduk.Oleh hal demikian,pihak SMK JITRA telah mengadakan kursus amali pengurusan jenazah bagi pelajar tingkatan tiga.

Kursus ini bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga pukul 12.30 tengahari .Pihak SMK JITRA  telah menyempurnakan amali pengurusan jenazah ini dengan menjemput beberapa orang ahli jemputan yang lebih arif lagi tentang hal ini.Dengan adanya ahli jemputan ini mampu memberi sedikit sebanyak ilmu yang ada kepada para pelajar.2 orang pelajar telah memberi kerjasama kepada ahli jemputan dengan menjadi model jenazah ketika kursus itu dijalankan.
2 ORANG MODEL JENAZAH
-Hamraul Asad bin Mohd Fauzi
-Nafisah binti Nasrudin

Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat dalam kursus tersebut sama ada secara lansung atau tidak lansung .Semoga ilmu yang kami peroleh dapat kami guna suatu ketika nanti.




 

Saturday 3 December 2016

RESTU GURU SPM&STPM 2016 - NAJLA

2 November 2016 - Peperiksaan SPM dan STPM semakin menjelang tiba.Oleh itu,SMK Jitra telah mengadakan sebuah majlis Restu Guru yang bertempat di Dewan Ibnu Sina.Majlis yang melibatkan semua pelajar Tingkatan 5 dan 6 atas serta para guru yang mendidik mereka ini telah berlangsung pada jam 10.30 pagi.

Majlis ini telah dirasmikan oleh pengetua SMKJ,Encik Ahmad Rushdan Bin Abdul Aziz.Selesai berucap,semua pelajar tingkatan 5 dan 6 atas bersalaman dengan para guru bagi memohon restu daripada mereka sebelum menghadapi peperiksaan.Majlis ini berakhir sekitar jam 12 tengah hari.

Semoga semua pelajar Tingkatan 5 dan 6 atas SMK Jitra akan mendapat semua A di dalam setiap subjek yang diambil dalam peperiksaan SPM dan STPM tahun 2016.


MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....