Tuesday 21 March 2017

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN PELAJAR PERTUBUHAN BADAN BERUNIFORM - NISA

16 - 18 MAC 2017 - Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar Pertubuhan Badan Beruniform SMK Jitra 2017 telah berjaya dilaksanakan selama tiga hari dua malam.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar sebanyak mungkin kemahiran dalam kepimpinan mengendalikan unit dan platun. Selain itu , untuk melahirkan pengerusi dan ketua platun yang berkemahiran dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.
Dalam program ini , pelbagai ujian telah diberikan kepada semua peserta kursus. Antara ujian tersebut ialah :
1. Ujian kerohanian
2. Ujian kecergasan
3. Bantu mula
4. Ikatan
5. Orientering (kompas)
6. Ikhtiar hidup
7. Ujian kawad

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang bertungkus lumus bagi menjayakan kursus ini. Semoga program seperti ini diteruskan lagi pada masa akan datang.

DI SINI LAHIRNYA INSAN MINDA KELAS PERTAMA

Thursday 16 March 2017

Keputusan SPM 2016 - 'Aqilah , Alya , Nisa , Maryam , Shareh , Amirul

16 march 2017 - Tanggal di mana menjadi satu debaran bagi semua guru, waris serta khususnya calon SPM 2016 . Alhamdulillah syukur kepada Ilahi yang telah memberikan kejayaan yang cemerlang bagi SMK Jitra pada tahun ini .

Seramai 170 calon yang telah menduduki SPM 2016 dan 117 calon telah lulus. Gred purata sekolah telah meningkat sebanyak 0.13 iaitu dari 2.79 pada tahun 2015 dan 2.66 pada tahun 2016. Sebanyak 9 subjek yang telah menunjukkan peningkatan iaitu subjek Biologi, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni Visual, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris dan peningkatan yang paling ketara ialah Pendidikan Al-Quran dan Sunnah .

Seramai 19 calon telah mendapat straight A's dan 35 calon mendapat sisipan straight A's . SMK Jitra telah berjaya menggorak langkah dengan memperoleh kedudukan tempat ketiga dalam Kubang Pasu dan tempat kelima dalam Negeri Kedah. Tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2016 dan guru-guru yang telah bertungkus-lumus bagi mencipta kecemerlangan di bumi SMK Jitra. Semoga kejayaan SMK Jitra akan terus meningkat pada tahun yang akan datang .

Senarai nama pelajar straight A's SPM 2016:

- Leon Guo Jian ( 8A+, 3A )
-Won Sing Er ( 8A+, 2A )
-Leon Guo Kang (7A+, 4A )
-Ooi Yean Xin (7A+, 4A )
-Lau An Yu (7A+, 3A, 1A- )
-Henry Wong ZhiWei (7A+,2A )
- Ng Yin En ( 7A+, 2A, 2A-)
-Chan Kuan Yi ( 7A+, 1A, 2A- )
-Chung Ee Thong ( 6A+, 5A )
-Ng Shen Lun ( 6A+, 5A )
-Khoo Yee Joo ( 6A+, 4A, 1A-)
-Loh Yong Jie ( 6A+, 3A, 2A-)
-Lee Zhi Xin ( 5A+, 5A, 1A- )
-Nur Fatin Nafiessa bt Mazzuan ( 5A+, 5A )
-Yap Sin Ying ( 5A+, 4A, 1A- )
-Saw Sen Yee ( 5A+, 3A, 3A- )
-Ooi chun Han ( 4A+, 4A, 2A- )
-Nur Sahirah bt Anuar (3A+, 4A, 2A- )
-Nik Muhammad Shakirin bin Nik Muhammad Jafrizal ( 3A+, 3A, 3A- )

Pelajar straight A's SPM 2016

Rahsia kejayaan pelajar cemerlang :

 Ketua pengawas 2016 , Muhammad syafiq Akmal bin Shaharizal memperoleh 10A 1B
- Tumpu sepenuh perhatian di dalam kelas.
- Fokus yang lemah dahulu dari awal.
- Hadiri kelas tuisyen Matematik Tambahan, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Anggap kelas tuisyen sebagai latihan.
- Jangan stres dengan sentiasa menelaah buku 24 jam.
- Perlu menguruskan masa dengan efisien.

Chung Eee Thong memperoleh 6A+,5A
- Harus bijak menguruskan masa .
- Siapkan semua kerja sekolah yang diberikan.
- Hadiri kelas tuisyen dalam semua subjek kecuali Matematik dan Bahasa Inggeris.
- Sentiasa ulang kaji pelajaran .
- Jangan langkau topik yang kurang faham sewaktu membuat latihan dan tumpukan sepenuh perhatian kepada topik itu.
-Rajin bertanya kepada guru jika tidak fahami sesuatu perkara.

Nik Muhammad Shakirin bin Nik Muhammad Jafrizal memperoleh 3A+,3A,3A-
- Sentiasa tidur malam yang mencukupi.
- Jangan tidur di dalam kelas.
- Tumpu sepenuh perhatian dalam kelas.
- Sentiasa catat nota penting sewaktu guru memberi penerangan.
- Menghadiri kelas tuisyen Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan.
- Ulang kaji pelajaran setiap hari sehingga hari SPM.
- Jangan tinggal solat fardhu .

Nur Sahirah bt Anuar memperoleh 3A+, 4A, 2A-
- Perlu membuat jadual belajar.
- Harus bijak menguruskan masa belajar dan masa rehat .
- Menghadiri kelas tuisyen Fizik.

Nur Fatin Nafiessa bt Mazzwan memperoleh 5A+, 5A
- Menghadiri kelas tuisyen Fizik dan Matematik Tambahan .
- Perlu menguruskan masa dengan sebaik- baiknya .
- Sentiasa ulang kaji pelajaran .



Saturday 11 March 2017

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MAJLIS SUKAN DAERAH KUBANG PASU- NISAH

27FEB - 1MAC 2017- Baru-baru ini , Kejohanan Balapan dan padang peringkat daerah telah diadakan bertempat di SMK Tunku Anum Tengku Abdul Rahman,Jitra. Pelbagai acara sukan yang telah dipertandingkan mengikut kategori tertentu. Justeru , SMK Jitra telah meraih kemenangan dalam beberapa acara antaranya , 2 pingat emas dalam acara merejam lembing bawah 18L dan lompat tinggi bawah 15P manakala 2 pingat perak dalam acara 100m berpagar bawah 15P , 400m berpagar bawah 18L dan pingat perak dalam kategori 400m berpagar 18L.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat . Berharap kemenangan akan lebih meningkat lagi pada masa akan datang sejurus dapat mengharumkan nama sekolah dipersada dunia.

Guru pengiring bergambar bersama peserta selepas tamat acara 

Pemenang acara merejam lembing 18L

Pemenang acara lompat tinggi 15P

Thursday 9 March 2017

UJIAN KENAIKAN PANGKAT KADET POLIS - SYAMIM

1 FEB 2017 - Pada hari Rabu yang lalu, pasukan kadet polis SMK Jitra telah mengadakan ujian kenaikan pangkat yang berlansung di Dewan Ibnu Sina. Justeru , 2 orang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polia Daerah Kubang Pasu telah hadir untuk menguji ahli-ahli kadet polis yang mengambil pangkat.
Seramai 7 orang ahli kadet polis wanita telah mengambil ujian kenaikan pangkat. Setelah diuji dan dilatih oleh Pegawai Polis hanya 5 orang sahaja yang layak dinaikkan pangkat.
1. Sarjan Fatin Nisa binti Mohd Hafizal
2. Koperal Nur Syazwani binti Azmi
3. Koperal Fatin Anis Addriena binti Mazlan
4. Koperal Nurul Husna binti Abdul Razak
5. Koperal Intan Nur Aida Syasya binti Johari

Tahniah diucapkan kepada ahli kadet polis yang telah berjaya dinaikkan pangkat. Berharap semua yang telah berjaya dapat menjalankan tugas masing-masing dengan amanah.




Friday 3 March 2017

CERAMAH KEJAYAAN LIMKOKWING - Maryam



26 Februari 2017 - Ceramah Kejayaan Limkokwing telah diadakan di Dewan Ibnu Sina pada pukul 2 petang melibatkan pelajar Tingkatan 5 dan Pra-Universiti. Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar dalam perancangan masa hadapan dengan menjadikan minat sebagai kerjaya untuk pelajar-pelajar SPM dan Pra-U kerana mereka akan melangkah ke dunia yang baru. Ceramah ini disampaikan oleh En Saiful Aziman Mazlan yang merupakan pensyarah multimedia di Universiti Limkokwing dan juga bekas pelajar SMK Jitra,

Dalam ceramah tersebut En Saiful menceritakan pengalaman kerjayanya dalam bidang filem serta memperkenalkan pengasas Universiti Limokwing iaitu Tan Sri Dato’ Sri Paduka Dr Lim Kok Wing. Beliau menekankan kepada pelajar untuk tidak menjadikan perkara lain sebagai halangan untuk mengikuti impian diri. En Saiful telah membantu pelajar membuka mata untuk bijak merancang kerjaya dan cita-cita masing-masing.

Universiti Limkokwing merupakan sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di Malaysia yang bertaraf dunia. Limkokwing menawarkan pelbagai kursus Asasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana, DBA, PhD, Bahasa dan kursus-kursus profesional dalam pelbagai bidang seperti:
  • Rekabentuk Grafik
  • Rekabentuk Pakaian
  • Fotografi Digital
  • Animasi
  • Interaktif & Rekabentuk Laman Web
  • Penyiaran (Radio & TV)
  • Sunting Digital
  • Seni Persembahan
  • Rekabentuk Bunyi & Muzik
  • Pengurusan Pelancongan
  • Pengurusan Perniagaan
  • Kewangan Islam 
Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada En Saiful Aziman Mazlan kerana telah meluangkan masa untuk memberikan ceramah di SMK Jitra. Semoga pelajar-pelajar dapat merancang impian diri dan mempunyai masa hadapan yang cerah.
  •  

Thursday 2 March 2017

PROGRAM PELAJAR BEBAS JENAYAH-AINA

1/3/2017-Remaja pada masa kini seringkali kedengaran terlibat dalam masalah sosial terutamanya pelajar sekolah.Maka,Program Pelajar Bebas Jenayah telah diadakan yang dianjurkan oleh Bahagian Penguatkuasaaan Undang-undang Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.Progam ini melibatkan semua guru dan pelajar SMK Jitra pada sesi pagi dan dimulai dengan ucapan Tuan Pengetua.Seterusnya,Tuan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah telah memberi ucapan dan kesedaran tentang jenayah syariah kepada hadirin.

Antara objektif program ini adalah:

  • Kempen mencegah berlaku jenayah syariah dalam kalangan pelajar
  • Membantu pihak sekolah membentuk akhlak mulia para pelajar
  • Memperkenalkan tabiat buruk yang menjadi kesalahan jenayah syariah berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 
  • Menyatakan semua kesalahan jenayah dan hukuman jika disabit kesalahan
Program yang bermula jam 11:30 pagi berakhir kira-kira jam 2 petang telah diadakan di Dewan Ibnu Sina.

Semoga semua warga SMK Jitra menerapkan nilai-nilai positif dan akhlak mulia dalam diri dalam kehidupan seharian agar jenayah syariah mampu dielakkan sekali gus menggapai masa depan yang lebih cerah.

Program Jom masuk UUM ! - 'Aqilah

 27 Februari 2017 - Program Jom Masuk UUM ! telah diadakan pada jam 11 pagi bertempat di Dewan Ibnu Sina yang melibatkan pelajar pra universiti dan tingkatan 5.

Program ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang bidang yang dapat mereka ceburi bagi melanjutkan pelajaran mereka setelah tamat pengajian di peringkat sekolah . Oleh itu pihak UUM telah datang ke SMK Jitra bagi memberi penerangan yang lebih terperinci tentang hal ini .

Program ini menemui kemuncaknya apabila pihak UUM telah membawa artis jemputan yang merupakan mahasiswa UUM iaitu Pekin Ibrahim , Amir Syazwan juara AF 2016 dan ramai lagi . Mahasiswa jemputan ini datang bagi meberi nasihat tentang masa hadapan para pelajar dan menggalakan mereka menyambung pengajian mereka di UUM


Para pelajar mengambil gambar bersama-sama Amir Syazwan Juara AF 2016

Para pelajar mengambil gambar bersama-sama Pekin Ibrahim

Wednesday 1 March 2017

TARIKH - TARIKH PEPERIKSAAN AWAM DI MALAYSIA - NISA

Tarikh- tarikh Peperiksaan Awam di Malaysia Tahun 2017 :

UPSR :
11 - 14 , 18 September 2017

PT3 Bertulis :
9 - 12 Oktober 2017

SPM :
6 November - 4 Disember 2017

STPM Baharu :
15 - 21 November 2016 dan 22 - 25 Mei 2017

STAM :
23 , 25, 30 - 31 Oktober 2017

MUET :
11 Mac , 29 Julai , 4 November 2017

KEJOHANAN SKUASY PERINGKAT NEGERI - NISA

26 FEBRUARI 2017 - Pada empat hari yang lepas , Kejohanan Skuasy Peringkat Negeri Kedah Darul Aman telah berlangsung dengan jayanya. Saudara Tan Yu Jing telah terpilih untuk mewakili daerah Kubang Pasu untuk bertanding pada kejohanan tersebut. Tuah ayam nampak di kaki , tuah manusia tiada siapa yang tahu. Berkat kegigihan para pemain Kubang Pasu , mereka telah meraih johan , naib johan dan tempat ke-3 bagi kategori bawah 18L. Untuk pengetahuan semua , saudara Tan Yu Jing telah mendapat naib johan.

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan daerah Kubang Pasu dan seterusnya tahniah juga diucapkan kepada Tan Yu Jing kerana berjaya mengharumkan nama SMK Jitra. Semoga Tan Yu Jing terus mengasah bakat dalam permainan skuasy ini.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

KEJOHANAN BOLA KERANJANG MSSD KUBANG PASU 2017 - NISA

12 - 15 FEBRUARI 2017 - Kejohanan Bola Keranjang MSSD Kubang Pasu telah berlangsung dengan jayanya di SJK(C) Chung Hwa. Pasukan bola keranjang SMK Jitra telah menghantar beberapa pasukan mengikut setiap kategori. Berkat usaha dan sokongan para jurulatih SMK Jitra akhirnya berjaya meraih tempat ketiga kategori 18P.

Tahniah kepada semua pemain yang terlibat. Semoga SMK Jitra akan meragut gelaran juara pada tahun hadapan. Majulah sukan untuk negara.

KEJOHANAN SKUASY MSSD KUBANG PASU 2017 - NISA

16 FEBRUARI 2017 - Kira-kira dua minggu yang lepas , Kejohanan Skuasy MSSD Kubang Pasu 2017 telah berlangsung dengan jayanya. SMK Jitra telah menghantar seorang wakil iaitu Tan Yu Jing. Dia merupakan pelajar tingkatan 4. Di bawah pimpinan Encik Ng Hun Chong , akhirnya pemain dari SMK Jitra ini berjaya meragut gelaran johan kategori 18L.

Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang bertungkus lumus dalam melatih pelajar tersebut. Untuk pengetahuan semua , pelajar tersebut telah berjaya membawa nama SMK Jitra ke peringkat negeri. Semoga tuah menjadi milik pasukan daerah Kubang Pasu.

BENGKEL ASAS TEATER PERINGKAT DAERAH KUBANG PASU - NISA

25 FEBRUARI 2017 - Satu bengkel asas teater telah berjaya dilaksanakan di Dewan Darul Qiyam , SMK Pulau Nyior. Tujuan bengkel ini diadakan untuk mengasah bakat peserta dalam bidang sketsa untuk menyertai Pertandingan Sketsa Rukun Negara peringkat daerah dan negeri bagi Kelab 1 Malaysia. Antara tentatif program pada hari tersebut adalah seperti berikut :

8:30 pagi : Pendaftran
9:00 - 10:00 pagi : Bengkel
10:00 - 10:30 : Minum pagi
10:30 - 1:00 tengahari : Bengkel
1:00 - 2:30 petang : Rehat / Makan tengahari
2:30 - 4:00 petang : Bengkel
4:00 - 5:00 petang : Persembahan /penutup

Kelab 1 Malaysia SMK Jitra telah menghantar 6 orang ahli kelab untuk menyertai bengkel tersebut. Mereka ini merupakan pelajar-pelajar tingkatan 3.

1. Mohamad Azafri bin Abd Hamid
2. Khairil Fahmi bin Khairil Faizie
3. Asmaniza bt Ismail
4. Muhd Amirul Hakim bin Zamzam
5. Adam Akmal bin Junaidy
6. Heap Jin Zheng

Tahniah diucapkan kepada ahli yang terlibat. Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini akan terus mengharumkan nama SMK Jitra di persada negara.

Keputusan Peperiksaan STPM 2016 -SHAREH

28 Februari 2017 - Keputusan peperiksaan STPM bagi tahun 2016 telah dikeluarkan. Pelajar-pelajar pra universiti SMK Jitra bagi sesi 2016 telah datang ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan STPM masing-masing di dewan Ibnu Sina. Pelajar-pelajar pra universiti SMK Jitra telah memperoleh keputusan yang cemerlang bagi peperiksaan STPM. Tuan pengetua Encik Ahmad Rushdan Bin Abdul Aziz telah menyampaikan keputusan tersebut kepada para pelajar. Kami para wartawan mewakili pihak sekolah ingin mengucapkan sekalung penghargaan atas keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM. Semoga anda memperoleh kejayaan dan dapat mencapai cita-cita yang diimpikan. Sekian, terima kasih.

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....