Wednesday 19 April 2017

Peristiwa berulang kembali - 'Aqilah


19 April 2017 - Smk Jitra telah dilanda banjir kilat pada petang hari ini. Hujan yang turun lebat secara berterusan selama 2 jam telah mengakibatkan air sungai dari belakang sekolah iaitu Sungai Keronco meningkat dan mengalir masuk ke dalam sekolah . Bangunan sekolah terutamanya kawasan bilik seni yang berada di kawasan paling hujung di sekolah telah tenggelam sehingga paras lutut . Kelas - kelas di bahagian bangunan kanan sekolah juga turut ditelenggami air banjir .

Diharapkan agar banjir pada tahun ini tidak sedahsyat banjir yang telah berlaku pada tahun 2010 dahulu .

Kawasan bilik seni

kawasan pintu pagar B
kawasan kelas
BANJIR PADA TAHUN 2010

Thursday 13 April 2017

BENGKEL PEMBINAAN GAJET DAN PEMBENTUKAN IKATAN PERINGKAT DAERAH - ALYA

12 April 2017 - Kira - jam 4petang kelmarin, sebuah bengkel pembinaan gajet dan pembentukan ikatan bagi Persatuan Pandu Puteri Malaysia peringkat daerah telah diadakan dengan jayanya . Untuk makluman semua, SMK Jitra telah menjadi tuan rumah pada kali ini. Bengkel tersebut dijalankan di makmal biologi blok Firus .

Beberapa buah sekolah daerah Kubang Pasu yang terlibat termasuklah :
- SMK Jitra
- SMK Bandar Baru Darulaman
- SMK Permatang Bonglai
- SMK Seri Mahawangsa
- SMK Ayer Hitam
- SMK Sultan Abdul Halim

Syabas diucapkan kepada 8 orang ahli Pandu Puteri Renjer SMK Jitra yang telah berjaya menjadi fasilitator yang baik dalam bengkel tersebut . Terima kasih diucapkan kepada Puan Siti Hajar Bt Dahaman dan semua guru sekolah - sekolah lain yang terlibat bagi menjayakan bengkel ini .

Diharapkan agar bengkel yang berlangsung selama 2 jam ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan ahli Pandu Puteri yang terlibat .













Thursday 6 April 2017

MAJLIS ANUGERAH GEMILANG - ALYA

6 April 2017 - Pada pagi yang indah hari ini, SMK Jitra telah mengadakan sebuah majlis bagi meraikan para pelajar dan guru yang menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran dan kerjaya mereka . Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datin Paduka Dato' Hajah Azuyah Hasan, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman .

Majlis dimulakan pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Ibnu Sina SMK Jitra . Majlis turut dimeriahkan dengan beberapa buah persembahan . Antaranya ialah persembahan sketsa daripada para pelajar Tingkatan 4 . Persembahan sketsa tersebut merupakan adaptasi daripada filem - filem pengarahan dan lakonan Tan Sri P. Ramlee . Sketsa ini dipimpin oleh Puan Siti Hajar Binti Zainal Abidin, Puan Noor Syuhada Binti Yaafar dan Puan Azlin Binti Shahar .

Jutaan tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah . Terima kasih diucapkan kepada semua para tetamu utama, barisan pengetua dan guru besar serta wakil daripada sekolah - sekolah Daerah Kubang Pasu, guru - guru, serta para pelajar yang terlibat kerana sudi menghadiri Majlis Anugerah Gemilang pada tahun ini .

Semoga dengan adanya majlis sebegini dapat meningkatkan lagi semangat para pelajar untuk meningkatkan prestasi mereka dalam bidang akademik .





MAJLIS PERSARAAN CIKGU ROSMAWATI BINTI JUMAAH

[ 4 April 2024 ] Pada hari khamis yang lalu telah berlangsungnya Majlis Persaraan salah seorang pendidik yang terunggul SMK Jitra iaitu Cikg...