Tuesday 16 May 2017

KEJAYAAN SMK JITRA



1. 28 April 2017 - Bola jaring MSSK (D) = Ketiga B15 dan Naib Johan B18
2. 6 Mei 2017 - Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Daerah Kubang Pasu = Johan Merempuh Halangan, Tempat Ketiga Tarian Perang
3. 7-9 Mei 2017 - Kejohanan Bola Baling MSSK(D) = Naib Johan 15L, Ketiga Bersama 18L.
4. 9 Mei 2017- Bahas Ala Parlimen Peringkat Negeri = Naib Johan



SELAMAT HARI GURU CIKGU!!

16 Mei 2017 - Tarikh keramat buat insan bergelar guru. Semua guru SMK Jitra telah diraikan dalam majlis sambutan gilang- gemilang pada hari ini. Pihak PIBG SMK Jitra turut bermurah hati dengan menaja jamuan guru dan pelajar.

Acara pada pagi ini bermula dengan majlis rasmi apabila beberapa perutusan hari guru menjadi halwa telinga semua pelajar dan para guru diikuti ikrar dan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia. Pihak Bank Rakyat turut menyumbangkan kek bagi meraikan semua guru.

Acara sambutan diteruskan dengan sukaneka, dan bersambung dengan persembahan di Dewan Ibnu Sina. Kelas 3 Ikram turut mengadakan kunjungan Hari Guru ke rumah Puan Siti Hajar Abdullah di Kuarters Guru bagi meraikan beliau. Semoga cepat sembuh cikgu..


Photo
Photo
5/16/17
2 Photos - View album

KAWAD KAKI RIMUP NEGERI KEDAH ANJURAN PPD KUBANG PASU

SMK Jitra telah diwakili oleh beberapa badan beruniform iaitu KRS (L) dan (P), Kadet Polis Wanita, Bsmm, Pengakap dan Pandu Puteri. Bagi kategori NGO, pasukan Pengakap berjaya muncul Naib Johan diikuti tempat ketiga ialah Pasukan Bulan Sabit Merah. Bagi kategori GO pula, Pasukan Kadet Polis Wanita tampil bergaya sebagai Naib Johan. Penyampaian hadiah telah diadakan pada hari Ahad 30 April 2017. Tahniah.
Photo

Monday 1 May 2017

KEM ASPIRASI PELAJAR KELAB 1 MALAYSIA PERINGKAT NEGERI - ALYA

20 April 2017 - Selama 3 hari 2 malam, sebuah kem anjuran Jabatan Penerangan Negeri Kedah iaitu Kem Aspirasi Pelajar telah berjaya dilaksanakan bertempat di Kem Kenari Nature Park, Yan .

Kem ini melibatkan seramai 120 orang peserta dari Kelab 1 Malaysia bagi sekolah - sekolah di negeri Kedah Darul Aman . SMK Jitra telah menghantar 2 orang wakil dari Tingkatan 5 iaitu saudara Amirul Ashraf bin Zainal dan saudari Nur Alya Irdina bt Roslan .

Antara aktiviti yang terdapat dalam kem tersebut ialah sketsa rukun negara, sketsa anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), malam karaoke dan barbeku, berjoging ke Titi Hayun dan banyak lagi .

Sukacita dimaklumkan bahawa wakil pelajar dari SMK Jitra meraih gelaran juara dalam pertandingan sketsa anjuran SKMM .

Diharapkan agar kem sebegini dapat dianjurkan lagi pada masa yang akan datang agar para pelajar dapat mengeratkan silaturahim dan menjadi pelajar yang berkeyakinan tinggi .

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....