Wednesday 21 June 2017

Majlis khatam Al-Quran - 'Aqilah

21 Jun 2017 - Alhamdulillah Majlis Khatam Al-Quran telah berlangsung dengan jayanya. Program ini telah dijalankan di Dewan Ibnu Sina pada jam 11.30 pagi. Bacaan ayat Al-Quran telah dipimpin oleh Cikgu Hisamuddin dari surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Nas. Program khatam Al-Quran ini diadakan bagi menghargai semua pelajar SMK Jitra yang telah selesai menjalankan tadarus Al-Quran pada setiap waktu rehat.

Beberapa saguhati diberikan kepada para pelajar yang menyertai dalam pelbagai bahagian yang telah diadakan sepanjang program Ihya Ramadhan. Antaranya khalifah bacaan surah setiap pagi, pemberi tazkirah pagi, pengkhatam Al-Quran individu dan pertandingan video pendek yang bertemakan "Ragam puasa".

                   

                                                  

Johan ( Ahsantum Crew )



Naib johan ( Difan Production )







Monday 19 June 2017

Malaysia Quran Hour 2017 - 'Aqilah

19 Jun 2017  bersamaan 24 Ramadhan 1438H telah berlangsungnya Program Malaysia Quran Hour 2017 buat kali ke 3 di Malaysia.

Seluruh umat Islam bersatu hati dalam program 1 jam bersama Al-Quran di mana ayat Al-Quran yang seharusnya dibaca, difahami, dihayati dan diamalkan bagi melahirkan bangsa "Berbudi dan Penyayang" yang menjadi tema bagi tahun ini.

Gelombang Al-Quran di bumi Smk Jitra telah dipimpin oleh khalifah Muhammad Alif Akmal,  Muhammad Muaz dan Ammar Qayyum . Surah Al-Kahfi, As-Sajadah, Ad-Dukhan dan Al-Insan telah dialunkan. Program ini dimulakan pada jam 12.00 - 1.00 petang.

#QuranHour
#WorldQuranHour
#SmkJitraQuranHour

KUNJUNGAN DARIPADA PIHAK ZAKAT NEGERI KEDAH - NISAH

19 Jun 2017 - Baru -baru ini SMK Jitra telah menerima  kunjungan daripada CEO Zakat Kedah , Ustaz Zakaria dan beberapa pegawai dari Zakat Kubang Pasu , Ketua Sektor Pendidikan Islam ,  Pegawai JPN dan juga disertai pihak media. Kunjungan mereka membawa berita yang amat menggembirakan bagi seluruh warga SMK Jitra. Hal ini demikian kerana SMK Jitra merupakan penyumbang zakat tertinggi kategori sekolah dalam negeri Kedah. Potongan sebulan adalah kira-kira RM16 000 atau lebih dan setahun RM194 000 atau lebih.

 Tujuan utama kunjungan pihak zakat adalah untuk memaklumkan  bahawa mulai pada tahun ini penyumbang zakat akan mendapat semula 38.00% atau lebih daripada nilai sumbangan. Maka , bagi SMK Jitra akan mendapat RM74 000 pada tahun ini. Sehubungan itu , Ustaz Zakaria akan membuat 'roadshow' ke seluruh negeri Kedah untuk memaklumkan hal tersebut.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga SMK Jitra.

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....