Monday 31 July 2017

SKETSA RUKUN NEGARA KELAB 1MALAYSIA PERINGKAT NEGERI 2017


                                                                          PART 1


                                                                          PART 2

SMK JITRA TERUS DIJULANG -ZAFRI

29 JULAI 2017- Nurin Qistina binti Abd Rahman telah berjaya melakar nama dalam Pertandingan Pencak Silat di Peringkat Kebangsaan mewakili pasukan Kedah.



Kedah menyasarkan 10 daripada 38 pingat emas yang dipertandingkan pada Kejuaraan Silat Remaja Kebangsaan Ke-9 yang bakal diadakan di Kompleks Rakan Muda, Baling, bermula pada 1 hingga 4 Ogos ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan negeri, Datuk Aminuddin Omar berkata, semasa pertandingan di Pahang pada 2015, Kedah meraih empat pingat emas dan kali ini pihaknya mahu pesilat negeri Jelapang Padi itu terus mempamer aksi cemerlang.

Saturday 29 July 2017

PESTA PANTUN DAERAH KUBANG PASU - AZIM

29.7.2017- SMK Jitra telah merangkul tempat kedua dalam Pesta Pantun yang telah diadakan di SMK Tunku Seri Inderaputera ini. Puteri-puteri SMK Jitra yang bertanding iaitu, Muna bt. Kamal (3 Intelek), Nur Miza Syafiqa bt. Muhammad Sani (3 Cemerlang), Ummu Habibah bt. Nasruddin(3 Ikram), Nurain Syuhada bt. Adzhar(3 Cerdas) dan Nur Farrishah Irwahyu bt. Hamdan(3 Fathonah) telah berada di bawah bimbingan Puan Fadzilah bt. Halipah dan Puan Noor Hayati bt. Ahmad serta dibantu oleh Cik Yuhanis. Tahniah diucapkan !



Friday 28 July 2017

TERIMA KASIH CIKGU - Nabil

28.7.2017 - Puan Noor Aza binti Morad atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Aza akan meninggalkan Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra. Beliau akan berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus dan hal ini telah mengejutkan ramai anak murid beliau kerana beliau merupakan seorang guru yang amat disayangi mereka. Sudah lapan tahun beliau menabur dan mencurahkan ilmu  dalam subjek Pendidikan Seni. Puan Noor Aza mula diberikan tanggungjawab mengajar Pendidikan Seni di SMK Jitra pada 1.12.2009.

Senyuman seorang yang berjiwa seni.
Cikgu Aza merupakan seorang guru yang sangat mudah didekati. Beliau selalu mendekati anak muridnya agar subjek Pendidikan Seni mudah difahami serta mengeratkan hubungan silaturahim antara guru dan pelajar. Cikgu Aza tidak kedekut untuk memberi tips atau teknik yang berkesan dalam subjek tersebut. Akibat kehebatan Cikgu Aza dalam seni beliau selalu mendapat tugasan yang berkaitan seperti menjadi ahli jawatankuasa persiapan pentas untuk majlis-majlis anugerah yang berlangsung di SMK Jitra. Akhir kata, selamat menjalankan tugas dan berkhidmat sebagai seorang guru di sekolah baru. Kami sentiasa mendoakan kejayaan cikgu di sana dan semoga sentiasa murah rezeki. Terima kasih cikgu kerana telah berpenat lelah mengajar pelajar SMK Jitra sehingga ke menara gading.
Terima Kasih Cikgu Aza.

Thursday 27 July 2017

PERTANDINGAN FORUM REMAJA PERINGKAT NEGERI- KHAIRIL

26.7.2017-  Baru-baru ini, 5 puteri SMK Jitra telah mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Forum Remaja Peringkat Negeri. Mereka ialah:
AMIRA SAFIAH 4AT
YASMIN ARISHA 4AT
SYAZA 4AT
YASMIN FIRZANA 4EM
AIN NUR SOFEA 4JD

Amira Safiah juga telah dinobatkan sebagai Ahli Panel Terbaik dalam pertandingan tersebut.


Pertandingan tersebut telah disertai oleh semua  daerah dengan menghantar wakil masing-masing bagi berentap gelaran juara. Pertandingan ini merupakan acara tahunan bagi Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menambahkan karisma pelajar dalam menyuarakan pendapat dengan menggunakan bahasa, gaya dan intonansi yang betul.

 Tahniah kepada pasukan cemerlang ini yang telah mendapat suntikan jurulatih mereka Puan Hajah Arison binti Din.

Thursday 20 July 2017

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH - ALYA

6 Julai 2017 - Sebuah sambutan hari raya peringkat sekolah telah pun dijalankan dengan meriahnya . Para guru dan pelajar berpakaian segak bergaya di hari tersebut meraikan kemerdekaan bagi umat Islam yang penat berpuasa selama sebulan .

Jamuan hari raya diadakan mengikut kelas masing - masing manakala guru - guru pula mengadakan jamuan mereka di bilik serbaguna SMK Jitra .

Diharapkan agar majlis sebegini dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang dan semoga kita semua dapat bertemu kembali dengan Ramadhan dan Syawal yang penuh barakah ini pada tahun - tahun yang seterusnya .

FORUM REMAJA BERGELAR JUARA

18.7.2017 - Pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah Kubang Pasu telah diadakan di SMK Bandar Baru Darulaman. Pasukan forum remaja sekolah telah berjaya merangkul johan dalam pertandingan tersebut. Bukan itu sahaja, gelaran Pengerusi Terbaik dan Ahli Panel Terbaik daerah juga disandang oleh pasukan forum dari SMK Jitra. 5 puteri forum ini akan bertanding pada peringkat negeri pada 26 Julai 2017 nanti. Selamat berjaya kerana kejayaan anda menjadi inspirasi buat semua warga SMK Jitra.




PERTANDINGAN SKETSA RUKUN NEGARA KELAB 1MALAYSIA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2017 ( NABIL, ZAFRI, & AZAFRI)

12 Julai 2017, Pertandingan Sketsa Rukun Negara Peringkat Negeri Kedah telah berlangsung di SMK Yan. Pasukan sketsa SMKJ telah diwakili oleh pelajar-pelajar Tingkatan 3 iaitu Khairil Fahmi bin Khairil Faizie, Mohamad Azafri bin Abd Majid, Siti Zalikha bt. Mohd Sabri, Adam Akmal bin Junaidy, Muhd Amirul Hakim bin Zamzam, Muhammad Nabil Azim bin Mohamad Zakiyudin, Muhammad Akmal Irfan bin Ikmal Hisham, Abdul Azim bin Munif dan Zafri bin Zaili. Pasukan SMK Jitra telah mewakili daerah Kubang Pasu dan berjaya merangkul tempat keempat. Sketsa yang dilakonkan oleh pasukan SMK Jitra bertajuk Di Sini Kasih Tertumpah. Sketsa tersebut mengisahkan seorang tentera Melayu  bernama Ahmad, menghadapi pelbagai cabaran serta dugaan untuk mempertahankan tanah air tercinta daripada kekejaman komunis. Semoga pasukan sketsa sekolah terus melakar kejayaan pada masa akan datang. #KITA


KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK JITRA KALI KE-48 (NABIL, ADAM & AZAFRI)

20 Julai 2017- Kejohanan Balapan Dan Padang telah diadakan di SMK JITRA.Terdapat 5 buah rumah sukan yang bertanding,iaitu Rumah Nilam, Zamrud, Baiduri, Mutiara dan Delima. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Aminuddin Omar. Majlis ini disambut dengan meriah oleh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra. Pelbagai aktiviti balapan dan padang yang diadakan bagi acara akhir pada hari tersebut seperti acara 100 meter, 200 meter, 400 meter, 4x100 meter,  dan acara tarik tali. Di samping itu, acara perbarisan yang disertai oleh ahli setiap rumah sukan dan juga unit beruniform turut diadakan. Setiap rumah sukan mempunyai maskot yang bertemakan animasi. Pelbagai karenah dapat dilihat oleh penyokong rumah masing-masing yang  penuh bersemangat. Juara keseluruhan disandang oleh rumah Mutiara dengan kelebihan 3 pingat perak berbanding rumah Nilam. Rumah Nilam pula memenangi rumah sukan terbaik bagi sukantara. Olahragawan bawah 15L  disandang oleh Izzat Syahmi dari rumah Nilam manakala bagi Olahragawati bawah 15P dimenangi oleh Lee Jia Qian juga dari rumah Mutiara. Bagi Olahragawan bawah 18L pula dimenangi oleh Ahmad Azrai dari rumah Mutiara. Olahragawati bawah 18L dimenangi oleh Kang Chiaw Na dari rumah Baiduri. Semoga segala kejayaan yang telah dicapai oleh para atlet dapat dikekalkan  dan dapat dijadikan motivasi buat pelajar lain bagi memajukan sukan di sekolah kita. Akhir kata majulah sukan demi negara. 'SMJ BOLEH'.




Saturday 1 July 2017

SAJAK BAHASA CINA PERINGKAT NEGERI - ALYA

24 Jun 2017 - Sebuah pertandingan mendeklamasikan sajak telah berlangsung dengan jayanya bertempat di SMJK Sin Min, Sungai Petani, Kedah . SMK Jitra telah menghantar seorang wakil untuk bertanding iaitu saudari Kayla Ooi Yu Jin dari kelas 5Amethyst .

Saudari Kayla telah mendeklamasikan sajak yang bertajuk 海滨晨曲 (Nostalgia Pantai) . Sukacita dimaklumkan bahawa saudari Kayla telah meraih gelaran juara dalam pertandingan tersebut .

Tahniah diucapkan kepada saudari Kayla atas kejayaan tersebut . Tidak dilupakan juga kepada Puan Lee Miew Chong yang banyak memberi tunjuk ajar .

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....