Monday 14 August 2017

SMK JITRA TERBILANG KEBANGSAAN -KHAIRIL

13 Ogos 2017 - Pertandingan Penulisan Esei Bahasa Cina dan Kem Penulisan Peringkat Kebangsaan telah diadakan bertempat di Kuching , Sarawak pada 9-11 Ogos 2017 yang lalu. Sebanyak 14 buah negeri telah menyertai kem tersebut. Objektif diadakan kem adalah untuk mempertingkat teknik-teknik mengarang dalam kalangan pelajar dan mencungkil bakat baru dalam bidang kesusasteraan bahasa Cina. Kem tersebut membariskan penulis-penulis terkenal Malaysia yang berkongsi ilmu dan tip dalam penulisan kepada semua pelajar.

Dalam pertandingan ini, 2 orang pelajar SMK Jitra telah mewakili Kedah dalam program tersebut dan berjaya merangkul tempat ketiga dan johan.

 Chan Wei Hung berjaya merangkul johan kategori Sajak Menengah Atas manakala Chan Zhee Yee berjaya merangkul tempat ketiga kategori Cerpen Menengah Atas. Kejayaan mereka ini telah mengharumkan nama Negeri Kedah dan nama SMK Jitra di peringkat kebangsaan.

Semoga kejayaan tersebut dapat menjadi perangsang untuk kejayaan yang lebih gemilang dan terbilanng pada masa akan datang.



Sunday 13 August 2017

PROGRAM MOTIVASI DAN BENGKEL CALON PT3 - NABIL

13 Ogos 2017 - Pada 10-12 Ogos yang lalu, pelajar-pelajar tingkatan 3 yang terpilih dari SMK Jitra telah mengikuti sebuah program motivasi dan bengkel teknik menjawab soalan PT3. Seramai 25 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring telah terlibat dalam program ini. Pada petang hari Khamis 10 Ogos 2017, mereka semua bertolak dari SMK Jitra ke Sungai Petani Inn. SMK Jitra  merupakan sekolah dari daerah Kubang Pasu. SMK Ibrahim dan SMK Aman Jaya mewakili daerah Sungai Petani manakala SMK Tunku Sulong daripada Jeniang. Program ini dilancarkan oleh pihak Perbandanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Sungai Petani Inn iaitu sebuah hotel bertaraf 3 bintang merupakan lokasi program ini dilaksanakan. Sungai Petani Inn dimiliki dan diuruskan oleh Kedah Resort Sdn. Bhd, anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah. Para peserta diberi banyak pendedahan tentang perkara - perkara yang akan memotivasikan dan menginsafkan diri para peserta. Mereka juga diajar cara - cara menjawab soalan PT3 dengan betul dan tepat oleh guru - guru cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Para peserta yang terlibat perlulah bersyukur kerana dipilih untuk mengikuti program yang sangat bermanfaat ini. Diantara semua sekolah yang ditubuhkan di negeri Kedah, SMK Jitra dipilih untuk mengikuti program ini. Akhir kata, diharapakan segala pengajaran dan motivasi yang diperoleh daripada program ini dapat diimplementasikan ke dalam kehidupan harian pelajar yang terlibat.


Peserta dan guru pengiring dari SMK Jitra.

Peserta lelaki menikmati juadah yang disediakan.

MAJLIS PERSARAAN CIKGU ROSMAWATI BINTI JUMAAH

[ 4 April 2024 ] Pada hari khamis yang lalu telah berlangsungnya Majlis Persaraan salah seorang pendidik yang terunggul SMK Jitra iaitu Cikg...