Monday 23 January 2017

PERTANDINGAN OLYMPIAD SAINS DAN MATEMATIK - MARYAM

23/1/2017 - Pertandingan Olympiad Sains dan Matematik 2017 peringkat negeri telah diadakan di Maktab Mahmud Alor Setar. Pertandingan ini dianjurkan oleh Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) bagi memantapkan kemahiran murid dalam menyelesaikan masalah Sains dan Matematik dengan kreatif. Pertandingan ini melibatkan 313 murid Tingkatan 4 & 5 dari seluruh negeri Kedah (187 murid bagi kategori Matematik dan 126 murid bagi kategori Sains).  

SMK Jitra telah menghantar 4 orang wakil murid Tingkatan 5 menyertai Pertandingan Olympiad Sains & Matematik bagi kedua-dua kategori.


Kategori Matematik:



  • Danish Syahmi Bin Sharifuddin (5 Amethyst)
  • Nurul Nadhilah Binti Mohd Fauzi (5 Amethyst)


  • Kategori Sains:



  • Nur Jannah Binti Mohamad Rozi (5 Emerald)
  • Nurjannah Dalilah Binti Ahmad Halizan (5 Emerald)

  • Tahniah diucapkan kepada Danish Syahmi Bin Sharifuddin dan Nur Jannah Binti Mohd Rozi kerana telah mendapat sijil perak dalam pertandingan tersebut. Diharapkan pelajar-pelajar dapat memperkasakan daya fikiran yang kreatif untuk cemerlang dalam bidang Sains dan Matematik supaya modal insan kelas pertama dapat dilahirkan. 

     
     


    Tuesday 17 January 2017

    TAHAP MINIMUM PENCAPAIAN PELAJAR - NISAH

    16 Januari 2017 - Bagi menjamin prestasi semua pelajar SMK Jitra, satu ketetapan tahap minimum pencapaian yang  baharu telah diumumkan oleh tuan pengetua dalam perhimpunan pagi, iaitu :
    1. Menengah rendah=3.0
    2. Menengah atas = 3.5

    Semoga semua pelajar SMK Jitra mencapai kejayaan yg memberangsangkan dan meningkatkan prestasi sekolah dipersada dunia.

    Saturday 14 January 2017

    PROGRAM KASIH IHSAN - ALYA

    12 Januari 2017 - Bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur, sebuah program amal telah dijalankan beberapa hari yang lalu .

    Tujuan program ini ialah untuk mengumpul barangan keperluan mangsa banjir untuk didermakan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur . Program ini dianjurkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia . Sumbangan mangsa banjir telah selesai diserahkan kepada pihak Persatuan Bulan Sabit Merah ( PBSM ) Kubang Pasu dua hari yang lalu .

    Antara barang-barang keperluan yang didermakan ialah :
    - Mancis
    - Lampin pakai buang untuk bayi
    - Tuala wanita
    - Selimut
    - Pakaian dalam lelaki dan wanita
    - Kain batik dan kain pelikat

    Barang-barang berikut dikumpulkan di Bilik Terapi Minda SMKJ sebelum diserahkan kepada pihak PBSM Kubang Pasu .

    Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru dan staf serta para pelajar yang telah memberi sumbangan .

    Thursday 12 January 2017

    HARI KEPUTERAAN SULTAN KEDAH - AINA

     HARI KEPUTERAAN SULTAN KEDAH KE-89
    Related image

    BIODATA TUANKU
    Baginda diputerakan di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.

    Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford.Baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam.Baginda mewarisi takhta Kedah ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959.

    Selain itu, baginda ialah anak saudara kepada Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (Perdana Menteri Malaysia Pertama).
    Tuanku Abdul Halim terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong antara 20 September 1965 dan 21 September 1970. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, ketika berumur 43 tahun, baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepas Tuanku Syed Putra, Raja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.
    Sultan Abdul Halim, ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-5 (1970 - 1975)

    Pada November 2006, Tuanku Abdul Halim dipilih buat kali kedua sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bermula Disember 2006 hingga Disember 2011. Baginda merupakan sultan Pertama yang memegang jawatan ini sebanyak dua kali dan pada 15 Julai 2008 baginda menyambut Jubli Emas, iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah.

    Istiadat pertabalan buat kali kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong telahpun dilangsungkan di Istana Negara pada 11 April 2012.

    • Pada 13 Disember 2016,baginda telah menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Sultan ke-14.
    Semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku sempena Hari Keputeraan Duli Yang Mulia Tuanku Sultan Kedah.

    Daulat Tuanku
    Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin 
    Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah

    PROGRAM MOTIVASI TINGKATAN 6 - AINA

    12-13 Januari 2017-Program motivasi tingkatan 6 telah dijalankan di Gunung Jerai,Kedah yang melibatkan semua guru dan pelajar tingkatan 6.Program ini dapat membakar semangat pelajar bagi menempuh peperiksaan STPM yang kian hampir. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya ialah sesi tazkirah, ceramah motivasi, aktiviti kecemerlangan mata pelajaran dan fokus utama adalah bagi kajian luar subjek Geografi prau.

    Bagi makluman semua, Jabatan GeoSains Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang menggunakan aktiviti PraU SMK Jitra ini sebagai promosi untuk melobi UNESCO bagi mewartakan Gunung Jerai sebagai Geopark yang kedua di Kedah.Usaha yang terbaik ini diharapkan agar berjaya.

    Semoga semua pelajar Pra U akan lebih berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam STPM kelak.



    PELUANG EMAS LEPASAN SPM 2016 - 'AQILAH

    PERHATIAN KEPADA LEPASAN SPM 2016...

    Berikut Maklumat Kemasukan Pelajar Sesi Akademik 2017/2018 :

    1) Iklan permohonan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA akan disiarkan pada 5 Feb 2017 dan 5 Mac 2017 di 11 akhbar tempatan

    2) Pembelian nombor unik ID boleh dibeli di BSN berharga RM15.65 termasuk GST

    3) Permohonan UPU secara online dibuka mulai 6 feb 2017 jam 12 tgh dan ditutup pada 31 Mac 2017 jam 11.59 mlm

    4) 8 pilihan program pengajian UA dan Politeknik Premier dan 5 pilihan program pengajian di Politeknik Konvensional/Metro, Kolej Komuniti & ILKA

    5) Pemohon perlu cetak slip permohonan dan kemaskini permohonan tanpa sebarang had

    6) Maklumat lanjut mengenai prosedur permohonan kemasukan boleh didapati di http://upu.mohe.gov.my mulai 2 Februari 2017

    HARAP MAKLUM

    Tuesday 10 January 2017

    MESYUARAT RUMAH SUKAN - MARYAM

    10 Januari 2017 - Mesyuarat rumah sukan telah diadakan bermula pada jam 12.45 tengah hari sehingga 1.30 petang. Tempat perjumpaan bagi setiap rumah sukan adalah seperti berikut :

    1. Rumah Delima : Makmal Mutiara 2
    2. Rumah Nilam : kantin sekolah
    3. Rumah Mutiara : Makmal Mutiara 3
    4. Rumah Baiduri : Dewan Sri Jitra 1
    5. Rumah Zamrud : Dewan Ibnu Sina

    Banyak perkara yang telah diberitahu oleh guru penasihat rumah sukan masing-masing memandangkan tidak lama lagi SMK Jitra akan mengadakan merentas alam. Oleh itu , semoga para pelajar SMK Jitra terus bersemangat dan turut aktif dalam menjayakan program anjuran sekolah.

    MESYUARAT PASUKAN BADAN BERUNIFORM - ALYA

    11 Januari 2017 - Mesyuarat Pasukan Badan Beruniform akan diadakan bermula jam 12.45 tengah hari sehingga 1.30 petang. Ketetapan mesyuarat adalah seperti berikut :

    1. Pengakap : 4 Diamond
    2. Pandu Puteri : Makmal Biologi Puan Siti Hajar bt Dahaman
    3. Persatuan Bulan Sabit Merah : Kantin sekolah
    4. Puteri Islam : 4 Amethyst
    5. Kadet  Polis Lelaki : Dewan Sri Jitra 1
    6. Kadet  Polis Wanita : Dewan Sri Jitra 1
    7. Kadet Remaja Sekolah ( L ) : Makmal Fizik Encik Aminuddin
    8. Kadet Remaja Sekolah ( P ) : Makmal Mutiara 2

    Diharapkan semua pelajar dapat memberi kerjasama dengan pasukan badan beruniform masing-masing. Para pelajar juga diwajibkan memakai pakaian pasukan badan beruniform yang lengkap.

    MESYUARAT KELAB DAN PERSATUAN - NISA

    9 Januari 2017 - Mesyuarat kelab dan persatuan telah diadakan dengan jayanya pada jam 12.45 tengah hari sehingga 1.30 petang. Ketetapan dan tempat perjumpaan bagi setiap kelab dan persatuan adalah seperti berikut :

    1. Persatuan Bahasa Melayu (5 Topaz)
    2. Persatuan Bahasa Inggeris (5 Sapphire)
    3. Persatuan Bahasa Cina (Bilik Bahasa Cina)
    4. Persatuan Bahasa Tamil (5 Pearl)
    5. Persatuan Bahasa Arab (4 Opal)
    6. Persatuan Agama Islam (4 Emerald)
    7. Persatuan Geografi (4 Topaz)
    8. Persatuan Neuro Sains (Makmal Biologi Pn Zawiyah)
    9. Persatuan ERT (Bilik ERT)
    10. Persatuan Matematik  (4 Amethyst)
    11. Kelab Usahawan Muda (4 Diamond)
    12. Kelab 1 Malaysia (4 Jade)
    13. Kelab ICT (Makmal Kristal atas)
    14. Kelab Pengguna (4 Pearl)

    Dalam mesyuarat tersebut , ahli jawatankuasa bagi setiap kelab dan persatuan dilantik mengikut undian ahli-ahli kelab. Terima kasih diucapkan kepada para pelajar kerana sentiasa memberi komitmen yang terbaik dalam setiap agenda yang diatur oleh sekolah.

    Monday 9 January 2017

    ORIENTASI TINGKATAN 1 - 'AQILAH

    28 & 29 Disember 2016 - Orientasi Tingkatan 1 bagi sesi persekolah tahun 2017 telah diadakan dengan jayanya di Dewan Ibnu Sina. Orientasi ini bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 petang.
    Semua pelajar tingkatan 1 ini seharusnya berasa bertuah kerana telah terpilih untuk belajar di SMK Jitra. Semasa orientasi tersebut mereka diberi nasihat serta serba sedikit selok - belok tentang SMK Jitra iaitu sekolah kluster kecemerlangan. Setelah beberapa jam di dalam dewan , mereka perlu mencari kelas masing - masing yang telah ditetapkan oleh guru tingkatan.
    Sekalung tahniah diucapkan kepada pelajar tingkatan 1 tahun 2017 yang terpilih untuk belajar di SMK Jitra setelah bertungkus lumus menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2016. Semoga anda terus mengekalkan kejayaan tersebut pada tahun 2017 dan tahun - tahun seterusnya di SMK Jitra. 

    ORIENTASI TINGKATAN 4 - NISA

    28 & 29 Disember 2016 - Orientasi Tingkatan 4 telah diadakan di Dewan Sri Jitra 1. Orientasi yang melibatkan semua pelajar tingkatan 3 tahun 2016 yang akan memasuki tingkatan 4 pada tahun 2017 ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada 1.00 petang.

    Tujuan orientasi ini diadakan adalah untuk menerangkan kepada semua pelajar tentang pakej yang mereka akan pelajari semasa di tingkatan 4 nanti. Guru mata pelajaran elektif seperti Geografi turut diberi peluang untuk menerangkan serba sedikit tentang pakej yang memuatkan subjek tersebut. Para pelajar juga turut diberi penerangan dengan teliti supaya mereka tidak tersalah memilih pakej untuk pembelajaran di tingkatan 4.

    Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua guru tingkatan 4 yang terlibat semasa orientasi tersebut.

    MAJLIS BACAAN YASSIN MEGA DAN KHATAM AL-QURAN KALI PERTAMA TAHUN 2024

    [ 21 Mac 2024 ] SMK Jitra telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin Mega dan Khatam Al-Quran kali pertama pada tahun 2024. Majlis ini diadakan d...