Thursday 13 December 2018

PENYERAHAN PERNYATAAN PT3 2018 - ASMA , ADAM

13/12/18 - Pada hari ini telah berlangsungnya Penyerahan Pernyataan PT3 2018 yang telah diadakan di Dewan Ibnu Sina tepat pada jam 10 pagi.

Seramai 10 orang pelajar SMK Jitra telah berjaya mendapat keputusan semua A dalam setiap mata pelajaran. Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang serta melepasi pencapaian minimum bagi setiap subjek.

Semoga kejayaan pada kali ini dapat dijadikan perangsang kepada semua warga SMK Jitra untuk terus cemerlang dalam semua bidang pada masa-masa akan datang.





Sunday 9 December 2018

GRAND FINAL EAT RIGHT TO PLAY RIGHT YOUTH CUP - NABIL

9.12.2018 - Kejohanan bola sepak peringkat akhir bawah 14 tahun sempena Eat Right to Play Right Youth Cup telah diadakan dengan jayanya.
Seramai 4 org pemain bola sepak daripada SMK Jitra (di bawah CIMB -Kenari Kids Kubang Pasu) telah mewakili negeri Kedah ke peringkat kebangsaan. Kejohanan itu telah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 7-8 Disember 2018.  Semasa perlawanan akhir pasukan CIMB - Kenari Kids Kubang Pasu telah mengalahkan pasukan K.L Junior Tigers yang mewakili Kuala Lumpur dengan jaringan 3 - 1 untuk muncul sebagai juara kebangsaan di dalam kejohanan yang julung kali dianjurkan. Untuk pengetahuan semua, Eat Right To Play Right adalah program komuniti bersepadu Zurich Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2016 dengan kerjasama organisasi tempatan bukan kerajaan, One Goal Malaysia untuk menangani isu-isu malnutrisi kanak-kanak dengan mendidik mereka mengenai kepentingan pemakanan serta pengambilan pemakanan yang sihat. Program yang juga menggalakkan aktiviti berbentuk fizikal dan kesukanan yang baik menggunakan generasi akar umbi dalam sukan bola sepak sebagai platform. Ia dibiayai oleh geran Z Zurich Foundation.

Tahniah diucapkan kepada 4 orang pemain  daripada SMK Jitra kerana telah menaikkan nama sekolah ke peringkat kebangsaan. 4 orang pemain tersebut ialah:

1. Muhammad Akmal Farhan Bin Md Rusli (2 Cerdas)
2. Muhammad Daniel Irfan b. Abdl Ghani (1 Cerdas)
3. Muhammad Zahir Farhan Bin Mohd Nizam (1 Fathonah)
4. Muhammad Alif Hakimi Bin Suhardi    (1 Pintar)

Friday 23 November 2018

PROGRAM KITAR SEMULA 2018 - ADAM

22/11/18 - Bertempat di Dataran Darulaman, Tanah Merah, Jitra satu program telah dijalankan iaitu Program Kitar Semula 2018 peringkat daerah Kubang Pasu. Program ini telah dirasmikan Oleh Haji Mohd Fisol B. Md Noh, SDK, AMK, BCK. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu. Terdapat pelbagai acara yang menarik telah berlangsung disitu seperti pertandingan Rekacipta, pertandingan mewarna kanak - kanak tadika, Pameran Agensi, dan cabutan bertuah. Smk Jitra telah menghantar 2 orang peserta iaitu Adam Akmal Bin Junaidy dan Nur Filzati Bt Roslan berasama 2 orang guru pengiring, Pn. Nor Aznim dan Pn. Nor'ain. Mereka telah menyertai pertandingan Rekacipta dan berjaya menjadi peserta bertuah di samping memenangi hadith saguhati pertandingan. Para Peserta membawa pulang hamper dan sejumlah wang tunai.







Wednesday 21 November 2018

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM 2018 - AIDIL

21/11/18 -  Pihak sekolah telah mengadakan perkhemahan perdana antara unit beruniform pada 15 hingga 17 November yang lalu. Perkhemahan ini diadakan di Pavilion SMK JITRA. Program ini diadakan untuk melatih para pelajar supaya sentiasa berdisiplin dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Selain itu, perkhemahan ini juga menganjurkan pelbagai aktiviti yang menguji fizikal dan mental para pelajar seperti tarik tali dan kawad kaki. Tidak terlepas juga aktiviti yang melibatkan kerjasama seperti melakukan sorakan, nasyid, memasak dan orientering. Melalui perkhemahan ini juga para pelajar dapat hidup berdikari berbanding di rumah. Penutupan perkhemahan ini dirasmikan oleh Setiausaha Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu, Encik Syamsuri. Diharapkan perkhemahan seperti ini dapat diadakan pada tahun hadapan kerana dapat membina kekuatan fizikal dan mental para pelajar.

PERTANDINGAN MENULIS ESEI BAHASA TAMIL - NABIL

21.11.2018 - Jievieya daripada kelas 5 Amethyst telah menyertai pertandingan menulis esei Bahasa Tamil peringkat kebangsaan. Aktiviti ini diadakan sempena Pertandingan Kepenggunaan HPM 2018 pada 17.11.2018 di Shah Alam, Selangor. Jievieya telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Untuk pengetahuan semua, Jievieya merupakan anak kepada Puan Sellama, seorang guru dari SMK Jitra.

Pihak Buletin SMK Jitra mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jievieya kerana telah menaikkan nama SMK Jitra.
SMJ - BEAT THE LIMIT

KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI SAO LIM PERINGKAT NEGERI KEDAH/PERLIS - ASMA

16/11/18 - Pada tarikh ini telah berlangsungnya Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Sao Lim Peringkat Negeri Kedah/Perlis. Secara keseluruhannya, SMK Jitra telah berjaya meraih johan kumpulan dengan mengutip 4 Emas , 4 Perak dan 5 gangsa. Ucapan syabas dan tahniah diucapkan kepada Puan Chang dan juga wira serta wirawati SMK Jitra kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah.

SMK JITRA, BEAT THE LIMIT.





Monday 12 November 2018

PROGRAM AMALI SEMBELIHAN T4 2018 - ADAM

12/11/18 - Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan program bagi pelajar tingkatan 4 iaitu Program Amali Sembelihan. Program ini dimulakan dengan pembahagian kumpulan dan seterusnya ucapan daripada pengetua iaitu, En. Osman B. Noor. Beliau telah menceritakan tentang pelbagai kebaikan yang dapat kita perolehi daripada program ini. Seterusnya pihak sekolah menjemput En. Yusof B. Yaakob selaku penceramah tentang amali sembelihan ini. Beliau telah menceritakan tentang hukum hakam tentnag penyediaan ayam dan mengajar cara - cara untuk menyembelih dengan betul mengikut syariat Islam. Program ini telah memberi banyak manfaat buat semua pelajar tentang cara - cara untuk menyembelih dengan betul dan banyak lagi manfaat yang dapat kita perolehi.









Thursday 8 November 2018

PROGRAM AMALI HAJI TINGKATAN 4 - AIDIL

8/11/18- Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program Amali Haji untuk para pelajar tingkatan 4. Program ini dilakukan untuk melatih para pelajar dengan mengerjakan Haji dan Rukun Haji. Pelbagai Rukun Haji yang telah diajar kepada para pelajar seperti Wukuf, Tawaf, Saie dan Bercukur. Panitia Pendidikan Islam juga telah mengajar pelajar-pelajar lelaki untuk memakai Ihram dengan cara yang betul. Para pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan iaitu 5 lelaki dan 5 perempuan untuk pertandingan. Penutupan program ini dirasmikan oleh Encik Mohammad Dali Bin Awang. Mudah-mudahan para pelajar mendapat ilmu berkenaan Haji agar dapat melahirkan insan yang bersabar dalam melakukan kebaikan.


Wednesday 7 November 2018

MAJLIS PERSARAAN PUAN HAJAH WAN NOR HAYATI, PUAN HAJAH AISYAH, PUAN HAJAH NUR HAYATI DAN PUAN NOR RAHIMAH - ASMA

7/11/2018 - Hari ini telah berlangsungnya Majlis Persaraan 4 orang guru yang sangat hebat yang juga telah berbakti di bumi SMK Jitra ini lebih daripada 10 tahun. Guru - guru tersebut ialah Puan Hajah Wan Nor Hayati bt. Hashim, Puan Hajah Aisyah bt. Hassan, Puan Hajah Nur Hayati bt. Ahmad dan tak lupa juga Puan Nor Rahimah bt. Zakaria. Majlis ini telah bermula pada pukul 12 tengah hari dengan bacaan doa seterusnya diikuti dengan ucapan daripada Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Yang Mulia, Puan Raja Sharifah bt Raja Ismail dan seterusnya bacaan biodata guru - guru tersebut bersama sama dengan ucapan daripada mereka sendiri, dan berakhir pada jam 2 petang. Sesungguhnya, amat berat bagi pihak SMK Jitra untuk melepaskan 4 orang guru yang telah berkhidmat dengan begitu lama di bumi SMK Jitra dan juga telah bersama sama melalui pelbagai kenangan pahit manis bersama, namun hakikat harus diterima. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pihak Buletin SMK Jitra mewakili guru - guru dan pelajar - pelajar berharap agar 4 orang guru hebat ini tidak melupakan SMK Jitra dan juga dapat menjalani kehidupan mereka bersama anak-anak dan cucu-cucu dengan penuh bahagia.

Wednesday 10 October 2018

PERASMIAN PENUTUPAN BULAN SEMARAK BAHASA SMK JITRA 2018 - ADAM

10/10/18 - Pada pagi yang barakah tadi, Perhimpunan Rasmi telah diadakan di Dewan Ibnu Sina. Semua pelajar dan guru berkumpul di dewan tersebut tepat pada 8.30 pagi. Bersempena dengan Program Bulan Semarak Bahasa yang berlangsung di Smk Jitra, terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalanakan. Pengetua Smk Jitra iaitu Encik Osman Bin Noor telah merasmikan penutupan program Bulan Semarak Bahasa. Sepanjang ucapan beliau telah memberi input - input yang bermanfaat buat semua mengenai kelebihan berpidato dalam kehidupan seharian. Moga ilmu - ilmu yang telah dicurahkan daripada beliau berguna buat kita semua.










SPEAKER'S CORNER SMK JITRA 2018 - ASMA

10/10/18- Pada hari ini telah berlangsungnya sesi perasmian Speaker's Corner SMK Jitra. SMK Jitra telah mewujudkan Speaker's Corner ataupun lebih dikenali sebagai sudut pidato yang telah disarankan oleh Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik.  Idea mewujudkan Sudut Pidato di sekolah merupakan saranan Menteri Pendidikan Malaysia dalam usaha Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), di samping usaha meningkatkan keyakinan pelajar dalam penggunaan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris melalui aktiviti pengucapan awam. Semoga dengan adanya sudut speaker's corner ini ,dapat membantu membangunkan minat serta keupayaan para pelajar berhujah melalui aktiviti pengucapan awam. Ayuh kita gunakan speaker's corner ini dengan sebaik mungkin! 









x

Sunday 30 September 2018

RESTU GURU PT3 2018 - NABIL

30.9.2018 - Satu program restu guru telah diadakan di SMK Jitra. Program ini diadakan khususnya untuk calon-calon PT3 2018 pada pukul 10.30 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya taklimat PT3 oleh Puan Sa'adiah binti Ani selaku setiausaha PT3. Kemudian, Pengetua SMK Jitra,  Encik Osman bin Noor menyampaikan sepatah dua kata kepada calon-calon. Acara restu guru dijalankan sejurus selepas itu untuk memohon restu dan maaf daripada guru-guru supaya dipermudahkan untuk menjawab soalan PT3. Akhir sekali, majlis diakhiri dengan penyusunan kerusi dan meja di Dewan Ibnu Sina sebagai persediaan PT3 keesokan harinya.
Akhir kata, pihak buletin ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada calon PT3 2018.

Tuesday 25 September 2018

PERTANDINGAN PIDATO KEMERDEKAAN PERINGKAT KEBANGSAAN - NISAH

22/09/18 - Baru-baru ini, Pertandingan Pidato Peringkat Kebangsaan telah berlangsung di SMK ST. Theresa , Sungai Petani, Kedah. Tahniah dan syabas diucapkan pada Nurisha Fariha Iskandar pelajar tingkatan 1 Intelek kerana telah mendapat johan Pidato Kemerdekaan Peringkatan Kebangsaan. Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada para guru yang telah bersusah payah melatih dan mengajar beliau sehingga berjaya ke peringkat ini.

Program pidato sebegini wajarlah diadakan agar dapat mengcungkil bakat terpendam murid-murid dalam diri.



Saturday 1 September 2018

KEJOHANAN BOLA TAMPAR REMAJA B14 DAN B16 ZON UTARA TAHUN 2018 - ADAM

1/9/18 - Bertempat di gelanggang B SMK Jitra, telah berlangsung satu kejohanan iaitu, Kejohanan Bola Tampar Remaja B14 & B16 peringkat zon utara tahun 2018. Pasukan SMK Jitra telah menghantar beberapa buah pasukan dalam kategori B14 P&L, B14 P&L (Pasukan A dan B). Sebelum pertandingan ini berlangsung, mereka telah berlatih dengan bersungguh - sungguh untuk mengharumkan nama SMK Jitra. Usaha mereka selama ini telah membuahkan hasil yang positif bagi kategori - kategori yang tertentu. Bagi kategori B14 P telah mendapat NAIB JOHAN, B14 L pula telah mendapat JOHAN. Seterusnya, B16 P pasukan ini telah berjaya mendapat tempat KETIGA dan B16 L berjaya meraih JOHAN bagi PASUKAN A dan NAIB JOHAN bagi PASUKAN B.

Tahniah diucapkan " BEAT THE LIMIT "





MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....