Tuesday 30 January 2018

LAWATAN PENANDAARASAN DI SMK TEMENGGUNG DAN KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID - ADAM

28/1/18 -  SMK Jitra telah mengadakan satu lawatan penandaarasan di Smk Tunku Temenggung dan Kolej Sultan Abdul Hamid. Peserta lawatan bertolak dari SMK Jitra ke destinasi-destinasi tersebut tepat jam 8.30 pagi dengan menaiki bas. Tujuan lawatan ini diadakan adalah  untuk mendalami ilmu perihal protokol istana. Hal ini kerana, pada Majlis Anugerah Gemilang (MAG) yang akan datang, majlis tersebut akan menerima kunjungan daripada pihak Diraja Kedah. Sejurus selesai lawatan tersebut, para guru  bertolak balik ke SMK Jitra dan tiba di SMK Jitra sekitar jam 5.30 petang. Kunjungan tersebut memberikan pengalaman dan ilmu yang sangat bermakna buat semua selain mengeratkan hubungan dua hala antara sekolah terbabit.








AKTIVITI HUJUNG MINGGU PELAJAR ASRAMA - NISAH

26/1/18 - Pada hari Jumaat yang lalu, pelajar asrama telah mengadakan beberapa aktiviti untuk memenuhi masa terluang mereka. Aktiviti tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi. Berbagai-bagai aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan aktiviti tersebut. Aktiviti ini dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh atlet-atlet asrama. Seterusnya, pelbagai aktiviti menarik dijalankan seperti  aktiviti semakin jauh semakin sayang , butir-butir sayang, kerusi muzik dan mutiara cinta . Semua pelajar asrama dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 telah berjaya menjayakan aktiviti tersebut. Pertandingan tersebut berakhir dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan dan individu yang memenangi aktiviti tersebut.

Berharap aktiviti sebegini dapat diadakan lagi untuk melahirkan pelajar asrama yang kekal sihat dan cergas.


MALAYSIA BRAIN BEE CHALLENGE - NISAH

16/1/18 - Baru-baru ini, SMK Jitra telah terpilih untuk menyertai pertandingan Malaysia Brain Bee Challange yang bertempat di Universiti Utara Malaysia , Sintok , Kedah. Pertandingan ini bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Pihak SMK Jitra telah menghantar seramai 43 pelajar dan diiringi 2 orang guru pengiring. Pertandingan tersebut terbahagi kepada dua slot. Setiap slot mempunyai 50 soalan dan setiap soalan perlu dijawab dalam masa 60 saat .Slot pertama bermula pada 9.30 pagi hingga 10.30 pagi. Manakala slot kedua pula bermula pada pukul 11.00pagi hingga 12.30 tengahari . Kemudian , pertandingan MBBC tersebut berakhir dengan penyampaian sijil kepada setiap sekolah yang telah menyertai .

Berharap pertandingan sebegini wajarlah diadakan lagi bagi melahirkan pelajar yang berpengetahuan luas.

Monday 29 January 2018

PERASMIAN BULAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) - ASMA

29/1/2018 -  Isnin,pada hari ini telah berlangsungnya acara perasmian Bulan Pencegahan Dadah (PPDa) yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan telah dirasmikan oleh YM Raja Saripah Raja Ismail, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Jitra.
Tema bulan pencegahan dadah (PPDa) pada tahun ini ialah Sekolah Bebas Dadah. Antara objektif program ini diadakan adalah untuk:

  • Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri yang mantap,cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang.
  • Mencegah dan menangani segala gejala serta masalah salah laku negatif dan penyelewengan sosial termasuklah penggunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah.
  • Mewujudkan sekolah contoh yang boleh dibanggakan hasil daripada permuafakatan dan kerjasama daripada beberapa pihak atau agensi di luar sekolah.
  • Menjadikan sekolah sebagai sebuah institusi yang mempunyai suasana persekitaran yang kondusif untuk proses pengajaran serta perkembangan diri yang seimbang.


Antara aktiviti menarik yang akan diadakan ialah:
  • Pameran Antidadah
  • Melukis Poster
  • Ceramah Antidadah
  • Just 5 Minutes Urine Test
  • Penyebaran Mesej Antidadah melalui Brosur,Banner dan lain-lain



MERENTAS ALAM PERINGKAT DAERAH KUBANG PASU- ASMA

27.1.18 - Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa, SMK Jitra telah menghantar sebanyak 18 orang peserta untuk mewakili sekolah dalam acara merentas alam peringkat daerah yang diadakan di sekolah tersebut. 

Seorang wakil bawah 15L, Akmal Iman daripada kelas 3 Ikram telah berjaya meraih tempat antara 5 teratas dalam kategori yang dipertandingkannya. Pihak buletin Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra mengucapkan tahniah dan syabas kepada para peserta yang telah memberikan komitmen serta semangat untuk mewakili sekolah . Pihak kami juga berharap semoga para pelajar akan terus berjuang dalam aktiviti sukan dan permainan . Sekian terima kasih.
"Majulah sukan untuk negara."



Friday 19 January 2018

KARNIVAL KEWANGAN KEDAH 2018 - NISAH

19 JAN 2018 - Bank Negara Malaysia telah mengajurkan Karnival Kewangan Kedah 2018 yang bertempat di Hotel Tabung Haji , Kedah pagi tadi yang bermula pada pukul 9 pagi dan tamat pada jam kira-kira 12 tengahari.

SMK Jitra telah menghantar 35 pelajar asrama untuk mengunjungi karnival tersebut. Para pelajar terdiri daripada 14 pelajar tingkatan 4 , 11 pelajar tingkatan 5 dan 10 pelajar tingkatan 6 atas. Bersama-sama mereka diiringi guru pengiring iaitu Puan Zawiyah dan Puan Rozita. Karnival sebegini amat bagus bagi para pelajar kerana memberi tips yang berkesan kepada para pelajar untuk menabung dan cara penggunakan duit secara berjimat-cermat. Selain itu,pihak bank menyediakan makanan dan juga saguhati kepada para pelajar serta guru pengiring. Karnival tersebut mendapat sambutan yang sangat meriah.

Berharap karnival sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang supaya dapat melahirkan para pelajar yang bijak menabung.


Thursday 18 January 2018

KEJOHANAN MERENTAS ALAM SMK JITRA 2018 - ADAM

18/1/18 - Sekitar jam 3 petang tadi, Kejohanan Merentas alam telah diadakan di SMK Jitra. Pertandingan tersebut melibatkan seluruh warga Smk Jitra. Pada mulanya, semua pelajar diarahkan untuk berkumpul di Stadium Mini untuk sesi pemanasan badan. Sejurus selesai aktiviti pemanasan badan, pelajar lelaki (18L) telah bergerak keluar dari Stadium Mini dan berkumpul di hadapan surau. Kejohanan bermula ketika pengetua Smk Jitra, iaitu En. Osman bin Noor membunyikan hon. Diikuti dengan pelajar lelaki (15L), pelajar perempuan (18P,15P). Pelajar lelaki 18L perlu berlari sepanjang 8 KM manakala pelajar lelaki dan perempuan (18P, 15L, 15P) perlu berlari sepanjang 6 KM. Mereka perlu sampai ke garisan penamat dalam masa 40 minit. Setelah semua pelajar sampai ke garisan penamat, mereka perlu ke kawasan rumah sukan masing - masing untuk mengambil makanan yang telah disediakan, kemudian terus bergerak ke Dewan Ibnu Sina untuk acara penyampaian hadiah.

BERIKUT MERUPAKAN NAMA PEMENANG
- 18L
1 - SYAFI MOHD SYAUQI  (BAIDURI)
2 - AHMAD AZRAI  (MUTIARA)
3 - KHAIRIL NAIM  (BAIDURI)

- 18P
1 - NUR AYUNI  (NILAM)
2 - LEE JIA QIAN  (MUTIARA)
3 - NURUL SYAHIRAH BT MOHD SYUKRI  (MUTIARA)

- 15L
1 - AKMAL IMAN  (BAIDURI)
2 - MIOR  (NILAM)
3 - HASYIR  (DELIMA)

- 15P
1 - IRDINA  (BAIDURI)
2 - HAKIMAH  (MUTIARA)
3 - SYIFA  (BAIDURI)

Seterusnya, acara penyampaian hadiah bagi kategori kedatangan teramai telah dimenangi oleh rumah sukan Delima. Mereka menerima sumbangan daripada pengetua sejumlah RM 200. Diikuti dengan acara penyampaian hadiah bagi kedudukan mata keseluruhan rumah sukan :

KEDUDUKAN MATA RUMAH SUKAN
1 - MUTIARA
2 - DELIMA
3 - BAIDURI
4 - NILAM
5 - ZAMRUD

Setelah selesai acara penyampaian hadiah, pengetua mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan majlis bersurai pada pukul 6 petang. Pihak Buletin SMK Jitra ingin mengucapakan tahniah kepada para pemenang dan teruskan berjuang dalam aktiviti sukan dan permainan.




Monday 15 January 2018

LATIHAN PERSEDIAAN MERENTAS ALAM 2018 - ASMA

15/1/2018 - Tepat jam 4 petang tadi,telah berlangsungnya latihan persediaan untuk aktiviti merentas alam yang akan diadakan pada hari Khamis ini (18 Januari 2018). Latihan pada petang tadi melibatkan 3 rumah sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra iaitu Rumah Nilam, Rumah Mutiara dan juga Rumah Zamrud. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk meningkatkan stamina para pelajar untuk menyertai aktiviti merentas alam yang akan diadakan pada hari Khamis ini. Kehadiran para pelajar daripada ketiga - tiga rumah sukan tersebut juga amat memuaskan pada hari ini. Aktiviti dimulakan dengan sesi memanaskan badan dan para pelajar dikehendaki untuk berlari mengelilingi padang sekurang- kurangnya 3 pusingan sejurus selepas aktiviti memanaskan badan tamat. Latihan persediaan merentas alam tersebut diakhiri dengan sesi menyejukkan badan (cooling down) dan pelajar dibenarkan pulang sebaik sahaja sesi menyejukkan badan selesai. Secara keseluruhannya diharapkan para pelajar akan melakukan yang terbaik pada hari Khamis ini untuk memberikan sumbangan mata kepada rumah sukan masing-masing. Sekian terima kasih, " Majulah sukan untuk negara"



Saturday 13 January 2018

MESYUARAT AGUNG AKTIVITI KOKURIKULUM 2018 - NABIL

11.1.2018 - Beberapa sesi mesyuarat telah diadakan pada hari Khamis untuk aktiviti kokurikulum di SMK Jitra. Mesyuarat ini merangkumi 4 aktiviti kokurikulum iaitu Pertubuhan Badan Beruniform (PBB), Kelab Persatuan, Sukan dan Permainan serta Rumah Sukan. Mesyuarat ini bertujuan untuk merancang aktiviti sepanjang tahun dan melantik barisan jawatankuasa yang akan melancarkan aktiviti kokurikulum tersebut. Berbagai-bagai jenis kelab, persatuan dan sukan diperkenalkan untuk memudahkan pelajar-pelajar memilih aktiviti kokurikulum yang diminati. Keseluruhannya, sesi-sesi mesyuarat pada hari tersebut berjalan dengan sangat lancar dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para guru dan pelajar yang menjayakan mesyuarat-mesyuarat tersebut.

Friday 5 January 2018

SELAMAT DATANG PENGHUNI ASRAMA -ZALIKHA

2/1/2018- Tepat jam 9.00 malam, setiap penghuni asrama dari tingkatan 2 hingga 6 dan juga warden-warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah terlibat dengan malam orientasi asrama yang telah diadakan di Dewan Sri Jitra 1. Orientasi pada malam tersebut turut dihadiri oleh 176 orang penghuni asrama iaitu 26 orang penghuni asrama lelaki dan 150 orang asrama perempuan. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra, Encik Osman Bin Noor serta ketua warden asrama, Puan Zawiyah Binti Othman telah memberi ucapan ringkas 'selamat datang' kepada seluruh penghuni asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra tahun 2018. Malam itu juga merupakan malam sesi 'ice breaking' iaitu sesi perkenalan dalam kalangan penghuni asrama yang baharu. Harapan kepada penghuni-penghuni asrama tahun 2018 ialah agar dapat menjadi contoh yang terunggul minda kelas pertama di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra.

TAKLIMAT DAN PENDAFTARAN ASRAMA -ZALIKHA

31/12/2017- Kira-kira seminggu yang lalu, tepat pukul 8.30 pagi, taklimat dan pendaftaran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Ibnu Sina. Taklimat dan pendaftaran asrama ini melibatkan penghuni-penghuni asrama tahun 2018 dari tingkatan 2 hingga 6 yang berjumlah 176 orang keseluruhannya. Waris-waris penghuni asrama turut menghadirkan diri bagi melengkapkan majlis tersebut.Pada pagi itu, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra, Encik Osman Bin Noor telah memberi sedikit taklimat penerangan berkaitan syarat-syarat serta peraturan baharu yang telah ditetapkan kepada pelajar-pelajar untuk kelayakan diri memasuki asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra.Setiap peraturan yang telah ditetapkan haruslah dipatuhi oleh setiap individu penghuni asrama.

Tuesday 2 January 2018

SELAMAT TINGGAL SMK JITRA




1/1/2018- Menjadi hari terakhir bagi 3 orang guru SMK Jitra yang bersara. Puan Hajah Sawiyah, Puan Hajah Saodah dan Puan Rohana kelihatan ceria ketika merakamkan waktu keluar terakhir di pejabat sekolah. Tuan Pengetua bagi pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru tersebut di samping ucapan salam persaraan.
Jadilah apa pun akhir hidup mu, guru ku
budi yang diapungkan di dulang ilmu
panggilan keramat CIKGU tetap terpahat
menjadi kenangan sepanjang hayat.

PERTAMA DAN TERAKHIR -Hjh. Sawiyah

Teman,
Izin aku mencoret rasa ...
buat pertama dan terakhir kali
31 tahun berada di daerah ini.. lebih separuh dari usia...
Daerah yang 31 tahun menjadi 'tujuanku' setiap pagi..(semoga aku tidak menjadi seorang yang tidak bertujuan selepas persaraan ini☺️)..
Terasa sebak yang tak dapat digambarkan...
Teman,
Di hari terakhir ini, ku mohon kemaafan atas segala kesilapan dan keterlanjuran
Sepanjang kita bersama..
Jika suatu hari terlihat kelibatku di daerah ini, boleh saja menyapa... atau biarkan saja aku...bersendiri... melayan rinduku yang tak terbendung lagiπŸ˜…πŸ˜πŸ˜’
Nukilan salam persaraan daripada Pn. Hajah Sawiyah

Monday 1 January 2018

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4 - NABIL

28.12.2017 - Pada tarikh tersebut satu program orientasi untuk pelajar Tingkatan 4 SMK Jitra telah diadakan. Program ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan yang lebih mendalam kepada pelajar Tingkatan 4 yang akan memilih pakej-pakej aliran yang sesuai dengan mereka. Sebanyak 5 subjek iaitu Geografi, Prinsip Perakaunan, Seni, Sains Komputer dan Perniagaan telah diterangkan oleh guru matapelajaran tersebut. Selepas rehat, sedikit penerangan tentang hasil ujian psikometrik dan pemilihan pakej dilaksanakan.

Data akhir pemilihan pakej adalah seperti berikut:
1. Pakej 1 - 45 orang (Emerald dan Peridot)
2. Pakej 2 - 27 orang (Opal)
3. Pakej 3 - 28 orang (Pearl)
4. Pakej 4 - 48 orang (Amethyst dan Diamond)
5. Pakej 5 - 18 orang (Jade dan Sapphire)
6. Pakej 6 - 37 orang (Topaz)

Akhir sekali, majlis ditamatkan dengan ucapan Pengetua SMK Jitra, Encik Osman bin Noor. Beliau meyakinkan murid untuk berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai matlamat 'Insan Minda Kelas Pertama' dan menutup program orientasi Tingkatan 4.

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....