Thursday 29 March 2018

PROGRAM BIODIVERSITY AND BIOTECHNOLOGY THROUGH YOUR EYES - ASMA

29/3/2018- Pada hari ini,seramai lebih kurang 30 orang pelajar tingkatan 4 SMK Jitra telah diiringi oleh dua orang guru pengiring iaitu Cikgu Zawiyah binti Othman dan Cikgu Chang May Lin telah mengikuti Program Biodiversity and Biotechnology Through Your Eyes yang diadakan di Dewan Mahawangsa Kolej Matrikulasi Kedah.

Program tersebut menumpukan tentang bioteknologi dan biodiversiti. Selain daripada pameran tentang bioteknologi dan biodiversiti,pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan bertuah,crossword dan kuiz biologi juga turut diadakan. Terdapat juga food truck dan tajaan milo percuma daripada nestle.

Diharapkan supaya lebih banyak program sebegini diadakan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan minat pelajar dalam bidang biologi ini.


foto oleh;Imran Asyraf












Wednesday 28 March 2018

PELANCARAN MENTOR-MENTEE PERINGKAT SEKOLAH - AIDIL

26/3/18- Program Mentor-Mentee telah dilancarkan oleh PK HEM, Encik Dali Bin Awang untuk sesi pagi manakala Puan Azizah Binti Othman untuk sesi petang. Tujuan program ini dilakukan untuk  mewujudkan semangat kekeluargaan yamg kukuh dan saling hormat-menghormati antara mentor dan mentee. Melalui program ini, murid diharapkan dapat mengamalkan budaya penyayang dan  saling menghargai antara satu sama lain. Konsep mentor-mentee ini adalah untuk membangunkan sahsiah diri murid melalui budaya amalan penyayang. Program ini dilaksanakan kepada semua murid sekolah menengah dan diadakan pada setiap hari Isnin minggu 3 dan 4.



SESI PAGI

SESI PETANG


Thursday 15 March 2018

KEPUTUSAN SPM SMK JITRA 2018 - ADAM, NISAH, ASMA, AIDIL, NABIL

15/3/2018 - Tepat jam 10 pagi, keputusan SPM 2017 telah diumumkan di Dewan Ibnu Sina. Para pelajar Tingkatan 5 seramai 228 orang calon SPM  2017 hadir untuk mengambil keputusan masing-masing. Mengikut keputusan SPM , SMK Jitra telah diiktiraf antara sekolah terbaik negeri Kedah dan  telah mendapat gred purata 2.90.
Seramai 14 orang pelajar telah berjaya mendapat keputusan semua A. Seorang pelajar SMK JITRA iaitu Ooi Hui En   telah mendapat 11 A+ dalam peperiksaan SPM 2017 dan merupakan antara pelajar terbaik negeri Kedah . Semua pelajar, guru dan ibu bapa berasa bangga dengan kejayaan yang telah diraih oleh semua pelajar.
Kejayaan pada kali ini telah memberikan perangsang kepada semua warga SMK Jitra untuk terus cemerlang dalam semua bidang pada masa-masa akan datang.











Sunday 11 March 2018

KARNIVAL KEPENGGUNAAN PERINGKAT DAERAH - NISAH

10/3/2018 - Karnival Kepenggunaan Peringkat Daerah telah diadakan di SMK Jitra pada 10 Mac 2018 yang bermula pada pukul 8.00 pagi - 2.00 petang . Pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan karnival kepenggunaan ini antaranya explore race , sukaneka , pertandingan melukis poster bertemakan alam sekitar dan sebagainya. Para peserta yang terlibat mendaftar di meja pendaftaran pada pukul 8.00 pagi dan aktiviti dimulakan pada pukul 8.30 pagi. Terdapat juga beberapa gerai jualan yang menjual pelbagai makanan dan minuman. Penglibatan karnival ini melibatkan sekolah-sekolah yang terpilih di daerah Kubang Pasu. Aktiviti yang dianjurkan dalam karnival ini telah memberikan pengalaman kepada para peserta untuk merancang strategi, semangat kerjasama, kesukanan dan lain-lain lagi.

Justeru , karnival sebegini sewajarnya diadakan lagi bagi melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik malah dari segi kokurikulum.




Thursday 8 March 2018

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSK DAERAH 2018 - ADAM

8/3/18 - Kejohanan Olahraga MSSK Peringkat Daerah telah diadakan di SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman. SMK Jitra telah menghantar lebih dari 20 orang pelajar dalam mewakili daerah Kubang Pasu ke kejohanan tersebut. Seramai 8 orang guru pengiring mengikuti kejohanan ini. Setelah selesai kejohanan ini, acara penyampaian hadiah telah berlangsung. Wakil pelajar dari SMK Jitra telah memungut pingat sebanyak 2 pingat emas, 5 pingat perak dan 2 pingat gangsa. 2 pingat emas itu telah disumbangkan oleh Nur Aqilah Alia Bt Baharudin dari kelas 1 Bijak dalam acara 100 meter lari berpagar dan 200 meter lari berpagar. Hasil kejayaan mereka tersebut telah mengharumkan nama SMK Jitra. 'BEAT THE LIMIT'



Pihak buletin Smk Jitra mengucapkan tahniah kepada pemenang pemenang.







Pengetua SMK Jitra menyampaikan sumbangan kepada atlet - atlet yang berjaya

KEJOHANAN GIMNASTIK MAJLIS SUKAN SEKOLAH KEDAH - ASMA

8/3/18-Kejohanan Gimnastik Majlis Sukan Sekolah Kedah (MSSK) 2018 telah berlangsung pada 1 -3 Mac 2018 di Dewan Gimnastik SK Tunku Ismail Sungai Petani, Kedah. Dua orang pelajar SMK Jitra telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam kejohanan tersebut. Pelajar-pelajar tersebut ialah  Nurul Afiqah bt Amiazrul yang telah berjaya meraih 5 emas dan 1 perak serta Nurul Hana Asyiqin bt Suhaime yang juga berjaya meraih 2 emas dan 3 perak. Kedua-dua pelajar tersebut telah terpilih untuk mewakili negeri Kedah ke Kejohanan Gimnastik Peringkat Kebangsaan. Pihak Buletin SMK Jitra mewakili para pelajar ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kedua-dua kerana telah berjaya meraih 7 pingat emas dan 4 pingat perak secara keseluruhan sekaligus berjaya mengharumkan nama sekolah dalam bidang sukan gimnastik ini. Tahniah, SMJ Beat The Limit.




Tuesday 6 March 2018

KEPUTUSAN STPM SMK JITRA 2018 - NABIL

6.3.2018 - Keputusan STPM 2017 secara rasminya telah diumumkan pada 6 Mac 2018. SMK Jitra telah dipilih untuk menjadi tempat keputusan STPM diumumkan dalam negeri Kedah. Dengan Gred Purata Sekolah 3.23, SMK Jitra menjadi  sekolah terbaik dalam STPM 2017 negeri Kedah. 3 orang pelajar dari SMK Jitra memperoleh CGPA 4.0 iaitu :

  • Chew Ee Ruu
  • Nur Farahani binti Mohd Khairi
  • Nur Imani Rashadah binti Razak
Pihak buletin mewakili pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Jitra ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mengambil keputusan STPM hari ini dan kami berdoa agar pelajar-pelajar tersebut berjaya dalam usaha menimba ilmu di menara gading.

Encik Rushdan bersama guru Tingkatan 6 SMK Jitra.


Monday 5 March 2018

KEJOHANAN GOLF ROYAL KEDAH CLUB ANG PAU SPECIAL 2018 - NABIL

4.3.2018 - Baru-baru ini, satu majlis penyampaian hadiah sempena Kejohanan Golf Royal Kedah Club Ang Pau Special 2018 telah diadakan. Majlis ini bertempat di Dewan Utama Royal Kedah Club. Kejohanan Golf Ang Pau Festival anjuran Royal Kedah Club ini telah berlangsung selama 3 hari iaitu pada 1,2 dan 3 Mac 2018. Seorang guru dari SMK Jitra, Encik Ng Hun Chong terlibat dalam kejohanan ini dan telah berjaya mendapat hadiah dalam 2 kategori:


  • Naib Johan Kategori Nett
  • Anugerah Dragon Of The Year 2018
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Ng Hun Chong.

Majlis Penyampaian Hadiah.


Trofi untuk Naib Johan Kategori Nett 

Trofi untuk Anugerah Dragon Of The Year 2018. 

PERBARISAN KONTINJEN MSSK (D) 2018 - NABIL

5.3.2018 - SMK Jitra telah menghantar seramai 37 orang pelajar untuk menyertai perbarisan kontinjen sukan sempena Kejohanan Balapan dan Padang MSSK (D). Kontinjen perbarisan SMK Jitra telah menjadi johan pertandingan perbarisan tersebut. Kejohanan ini telah diadakan di SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman yang juga merupakan Sekolah Sukan Negeri Kedah. Ketua guru perbarisan kontinjen-kontinjen ialah Encik Hussein bin Lateh. Perasmian pembukaan kejohanan ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Mohd Johari bin Baharum selaku Timbalan Menteri Pertahanan dan ahli Parlimen Daerah Kubang Pasu. Tahniah diucapkan kepada Encik Hussein bin Lateh dan 37 orang pelajar yang terlibat.

Bersama YB Dato' Sri Mohd Johari bin Baharum.



LAPORAN PERLAWANAN PERSAHABATAN PERTAMA (2018) PASUKAN BOLA SEPAK SMK JITRA - AIDIL

28/2/18, 2/3/18 - Baru-baru ini, dua perlawanan persahabatan bola sepak telah diadakan di padang SMK Jitra melibatkan pasukan bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun. kedua-dua pasukan bola sepak sekolah SMK Jitra telah mendapat keputusan yang memberangsangkan.  Berikut merupakan keputusan perlawanan tersebut:

Bawah 15 tahun : SMK Jitra (1) vs SMK Agama Kedah (1)
Bawah 18 tahun : SMK Jitra (6) vs SMK Darulaman Height (1)

Tahniah diucapkan kepada para pemain bola sepak sekolah.



Sunday 4 March 2018

SYARAHAN SEMPENA HARI AIR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2018- NISAH

22/2/18 - Sempena Sambutan Hari Air Sedunia , Syarikat Air Darul Aman (SADA) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan pertandingan syarahan Hari Air Sedunia yang bertemakan Penyelesaian Masalah Air Melalui Alam Sekitar. Seramai 16 orang peserta dari pelbagai daerah telah menyertai pertandingan tersebut. SMK Jitra telah mewakili daerah Kubang Pasu. Pertandingan tersebut telah diadakan di Sekolah Jenis Keat Hwa II. Setelah selesai pertandingan tersebut, hakim telah mengumumkan 5 orang peserta terbaik untuk menghadiri Ekspo Muafakat Kedah 2018 yang bertempat di Stadium Darul Aman pada 27 Februari 2018. Justeru , Amira Safiah wakil daripada SMK Jitra telah terpilih dalam 5 orang perserta terbaik tersebut.

Pada 27 Februari , kelima-lima peserta tersebut bakal mengetahui pemenang tempat pertama hinggalah tempat kelima. Di mana johan keseluruhan bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM500 diikuti dengan naib johan RM300 dan tempat ketiga RM200. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Amira Safiah yang telah menyandang gelaran naib johan keseluruhan dalam pertandingan syarahan sempena Hari Air Sedunia 2018.

Diharap pertandingan sebegini dapat diadakan lagi bagi mengcungkil bakat dan pengetahuan am tentang alam sekitar kepada para pelajar.



MAJLIS BACAAN YASSIN MEGA DAN KHATAM AL-QURAN KALI PERTAMA TAHUN 2024

[ 21 Mac 2024 ] SMK Jitra telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin Mega dan Khatam Al-Quran kali pertama pada tahun 2024. Majlis ini diadakan d...