Friday, 9 May 2025

MAJLIS PENGAMBILAN SLIP KEPUTUSAN SPM TAHUN 2024

 [ 24 APRIL 2025 ]

Pada hari Khamis yang lalu, semua pelajar bagi calon yang menduduki SPM bagi tahun 2024 telah datang ke sekolah bagi pengambilan slip keputusan tersebut. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Sri Jitra 2. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. 

"SMJ BEAT THE LIMIT"






Tuesday, 6 May 2025

PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE DAN BUDAYAKAN 5S

 [ 6 MEI 2025 ]

Pada pagi yang indah , SMK Jitra telah mengadakan majlis pelancaran Program Mentor Mentee serta pelaksanaan Budaya 5S iaitu Senyum, Salam, Sapa, Sopan dan Syukur. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Jitra, Puan Hajah Zaiton binti Hashim dan disaksikan oleh para guru serta pelajar. Program ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan yang erat antara guru dan murid melalui sistem mentor yang menyokong perkembangan sahsiah dan akademik pelajar. Budaya 5S pula diperkenalkan sebagai amalan harian warga sekolah bagi membentuk suasana persekitaran yang lebih ceria, beradab dan harmoni.

 "SMJ BEAT THE LIMIT"





MAJLIS PERSARAAN GURU DAN STAF SMK JITRA

 [ 4 MEI 2025 ] 

Pada hari Ahad yang lalu , SMK Jitra telah kehilangan dua orang guru iaitu Cikgu Rohaidah dan Cikgu Nor Aznim serta seorang staf iaitu Puan Maslinda. Majlis Persaraan ini diadakan di Dewan Sri Jitra 1 pada pukul 11:00 pagi. Kepada Cikgu Rohaidah dan Cikgu Nor Aznim, terima kasih atas segala ilmu, bimbingan dan kasih sayang yang telah dicurahkan kepada murid-murid sepanjang tahun perkhidmatan. Segala usaha dan pengorbanan cikgu telah membentuk ramai insan berjaya dan jasa cikgu akan terus dikenang dalam hati kami semua. Kepada Puan Maslinda, staf yang sentiasa komited dan rajin, kehadiran puan di sekolah selama ini amat dihargai. Terima kasih atas segala sumbangan yang memberi kesan besar kepada kelancaran urusan harian SMK Jitra. Semoga persaraan ini menjadi permulaan baharu yang penuh ketenangan, kesihatan yang baik dan kegembiraan bersama keluarga tercinta. 

"SMJ BEAT THE LIMIT"











Thursday, 1 May 2025

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK JITRA TAHUN 2025

 [30 APRIL 2025]

Pada hari Rabu yang lalu, SMK Jitra telah mengadakan Balapan dan Padang kali ke-52. Pelbagai acaran sukan yang dipertandingan semasa hari tersebut. Setiap ahli rumah sukan memainkan peranan penting dan bekerjasama antara satu sama lain dalam memperoleh kemenangan bagi setiap acara sukan yang disertai serta menjadi juara bagi semua acara yang dipertandingkan. Tahniah diucapkan kepada rumah sukan Mutiara kerana menjadi juara Balapan dan Palang SMK Jitra pada tahun ini. 

"SMJ BEAT THE LIMIT"






MAJLIS APRESIASI DUTA GENIUS AKADEMIK TAHUN 2025

[21 APRIL 2025]

SMK Jitra telah mengadakan satu majlis yang menjadi kebiasaanya diadakan pada setiap tahun iaitu Majlis Apresiasi Duta Genius Akademik. Genius Akademik merupakan G-tra yang kedua daripada 10. Majlis tersebut diadakan di Mini Stadium SMK Jitra pada hari Isnin yang lalu bermula dari pukul 7.30 pagi. Seramai 160 orang pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 yang terlibat menjadi Duta Genius Akademik. Tujuannya dapat menonjolkan diri dan menjadi contoh kepada pelajar lain dalam bidang akademik. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat mahupun guru-guru dalam menjayakan majlis tersebut.

"SMJ BEAT THE LIMIT"







Saturday, 19 April 2025

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSDKP 2025

 [ 10 APRIL 2025 ]

Pada hari khamis yang lalu, SMK Jitra telah menghantar seramai 20 orang pelajar ke Kejohanan Merentas Desa peringkat Daerah Kubang Pasu yang bertempat di SK Felda Bukit Tangga. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang

Kedudukan 20 terbaik                                                    L18 - ke9 - Jing Neng                                                     P18 - ke12 - Balqis                                                         P15 - ke11 - Li Qi                                                           P15 - ke20 - Ai Li

KESELURUHAN SEKOLAH MENENGAH                     TEMPAT KE-6


"SMJ BEAT THE LIMIT"






MAJLIS PERSARAAN CIKGU MAZNAH BINTI HASSAN DAN CIKGU SITI HAJAR BINTI DAHAMAN

 [ 9 APRIL 2025 ] 

SMK Jitra telah kehilangan dua orang guru yang banyak berjasa dalam dunia pendidikan. Majlis persaraan bagi dua orang guru iaitu Cikgu Maznah dan Cikgu Siti Hajar diadakan di Dewan Makan SMK Jitra pada jam 1:00 tengah hari. Terima kasih atas segala jasa dan ilmu yang dicurahkan. Semoga Cikgu Maznah dan Cikgu Siti Hajar terus dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan ketenangan dalam menjalani fasa baru kehidupan.

Budi ditanam di dalam hati,                                                 Ilmu dicurah tanpa jemu.                                                     Selamat bersara wahai guru sejati,                                       Jasa cikgu tiada bandingnya di dunia ilmu.


"SMJ BEAT THE LIMIT"










IFTAR PERDANA 2025

 [ 13 MAC 2025 ] 

Pada hari khamis yang lalu , SMK Jitra telah mengadakan iftar perdana yang melibatkan semua pelajar dan guru SMK Jitra. Program ini diadakan di Mini Stadium SMK Jitra. Pelbagai hidangan yang sedap dan menarik disediakan bagi memeriahkan lagi suasana. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Mukhtar bin Mansor , Pegawai Pendidikan Daerah kerana sudi hadir dan menceriakan lagi suasana program ini. 


"SMJ BEAT THE LIMIT"









PROGRAM INFAQ RAMADHAN

 [ 12 MAC 2025 ] 

SMK Jitra telah menganjurkan program infaq ramadhan dalam kalangan semua pelajar dan guru. Program ini dianjurkan untuk memupuk sifat pemurah dan keprihatinan dalam kalangan warga SMK Jitra. Program ini menggalakkan pelajar dan warga sekolah untuk bersedekah dan membantu golongan yang memerlukan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang memberikan sumbangan.


"SMJ BEAT THE LIMIT"










PENDAFTARAN SEMULA TINGKATAN 2-6 SESI 2025

 [ 13 FEBRUARI 2025 ] 

Pada hari khamis yang lalu , pelajar tingkatan 2 hingga tingkatan 6 hadir ke sekolah untuk pendaftaran semula bagi sesi 2025. Terdapat juga aktiviti gotong-royong membersih dan menceriakan bilik darjah oleh para pelajar sebagai persiapan untuk sesi persekolahan tahun 2025. 


"SMJ BEAT THE LIMIT"






MAJLIS PENGAMBILAN SLIP KEPUTUSAN SPM TAHUN 2024

 [ 24 APRIL 2025 ] Pada hari Khamis yang lalu, semua pelajar bagi calon yang menduduki SPM bagi tahun 2024 telah datang ke sekolah bagi peng...