Tuesday, 21 October 2025

KARNIVAL KOKURIKULUM SMJ 2025

    Pada 16 Oktober 2025 pada hari Khamis, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu karnival kokurikulum selaras dengan MAKK.Karnival tersebut diadakan pada pukul 7.30 pagi hingga 3.00 petang.Banyak gerai makanan yang disediakan pada hari kejadian.Karnival ini diadakan di dalam kawasan SMK Jitra.

    Pada hari karnival tersebut turut terdapat aktiviti memanah, berkasut roda, skuter elektrik dan lain lain.Ada juga pameran kereta Perodua.

"SMJ BEAT THE LIMIT"



MAJLIS ANUGERAH KLUSTER KETRAMPILAN & KARNIVAL KOKURIKULUM 2025

   Pada 16 Oktober 2025 pada hari Khamis, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu majlis yang berprestij.Majlis tersebut ialah Majlis Kluster Keterampilan dan Karnival Kokurikulum.Majlis diadakan di Dewan Ibnu Sina dan bermula pada pukul 8:00 pagi hingga 3:00 petang.Majlis tersebut dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamad Kamal bin Hashim.Beliau merupakan Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

    Majlis tersebut mempunyai pelbagai persembahan dari kumpulan pelajar SMK Jitra.Contohnya tarian tradisional, tarian bunga silat, taekwondo dan nyanyian.Seterusnya, penyampaian hadiah atau anugerah kepada pelajar yang cemerlang dari segi kokurikulum dan kurikulum.

    Oleh itu, jadikanlah pelajar yang mendapat anugerah sebagai idola atau inspirasi untuk mencapai kejayaan yang lebih bermakna.

"SMJ BEAT THE LIMIT"



Tuesday, 14 October 2025

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH BULAN KEMANUSIAAN DAN BAHASA 2025

     Pada 6.10.2025 pada hari Isnin, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu majlis untuk meraikan kejayaan para pelajar.Majlis tersebut ialah MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH BULAN KEMANUSIAAN DAN BAHASA.Setiap pelajar kelihatan sangat bangga apabila mendapat hadiah dari pengetua SMK Jitra. Majlis ini berlangsung dari pukul 7:30 dan bertempat di Dewan Ibnu Sina.Kami harap pelajar yang mendapat hadiah dijadikan inspirasi bagi pelajar yang lain.

"SMJ BEAT THE LIMIT"



SENAMROBIK SEMPENA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SMKJ

   Pada 12 Oktober 2025 iaitu pada hari Ahad, SMJ telah mengadakan satu aktiviti sukan sempena hari sukan negara.Aktiviti ini turut melibatkan barisan guru dan semua pelajar yang disayangi.Majlis ini berlangsung dari pukul 8:00 sampai 8:45 iaitu selama 45 minit.Dewan Ibnu Sina menjadi tempat pilihan untuk menjalankan aktiviti ini.

     Setiap pelajar kelihatan sangat bergembira dan bersuka-ria semasa majlis berlangsung.Tidak terkecuali juga para guru terutamanya pengetua.Kami berharap SMJ dapat melaksanakan aktiviti ini lagi pada tahun hadapan.

"SMJ BEAT THE LIMIT"



Monday, 6 October 2025

PERTANDINGAN PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS DAERAH

   Pada 30 September 2025 hingga 3 Oktober 2025, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah menghantar beberapa pelajar untuk menyertai Pertandingan Perkhemahan Kor Kadet Polis.Pertandingan ini diadakan di Kem PLKN di Sintok, Universiti Utara Malaysia dan peringkat negeri .

   Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mendapat beberapa pencapaian yang memberangsangkan.Antaranya,Hasif Adli dari 4 peridot,dia mendapat johan menembak m-16.Semangat berjuang perlu diterapkan sehingga dapat mengangkat nama Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra ke peringkat lebih besar.

"SMJ BEAT THE LIMIT"




KARNIVAL BAHASA CINA

  Pada 27.9.2025 hari Sabtu, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah menghantar beberapa pelajar untuk menyertai Karnival Bahasa Cina.Karnival ini peringkat daerah Kubang Pasu dan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior.



"SMJ BEAT THE LIMIT"

  Pertandingan Mereka Cipta Tanglung dimenangi oleh pelajar dari SMK Jitra dan mendapat johan.Pertandingan Kaligrafi peringkat menengah atas turut dimenangi oleh pelajar SMK Jitra dan mendapat johan.Pelajar SMK Jitra turut mendapat johan,naib johan dan tempat kelima dalam peringkat menengah rendah dalam pertandingan kaligrafi.

Wednesday, 1 October 2025

MAJLIS LAMBAIAN KASIH

   Pada 30 September 2025 hari Selasa,pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu majlis persaraan bagi Cikgu Jasmi bin Lebai Ahmad.Majlis ini diberi nama Majlis Lambaian Kasih.Majlis ini dimulakan pada pukul 10 pagi.Majlis ini turut dihadiri oleh para guru dan murid yang dikasihi sekalian dan diadakan di DEWAN IBNU SINA,SMK JITRA.

   Majlis dimulakan dengan perarakan masuk guru kita iaitu Cikgu Jasmi dan para guru yang lain dan tarian bunga silat dari  pelajar.Untuk mengambil keberkatan, majlis diawali dengan bacaan doa dan diteruskan dengan ucapan dari pengetua dan Cikgu Jasmi.Seterusnya, penyampaian hadiah dari pelajar dan guru-guru.Cikgu Jasmi menyanyikan beberapa lagu pilihan hatinya bersama murid-murid.

  Akhir sekali,lagu yang sesuai dimainkan oleh pelajar yang bertugas untuk menutup majlis.

"SMJ BEAT THE LIMIT"





KEJOHANAN RUGBY TOUCH

 Pada 27 September 2025 hari Sabtu, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah menghantar seramai 8 pemain untuk menyertai pertandingan rugby touch.Kejohanan ini telah diadakan di MRSM PDRM. Mereka semua bermain di bawah kategori U-18. Ucapan tahniah tahniah dan alhamdulillah kerana mereka berjaya meraih tempat pertama iaitu johan.Teruskan berjuang demi nama SMJ.

"SMJ BEAT THE LIMIT"




Thursday, 28 August 2025

PROGRAM BICARA KEMERDEKAAN

 27 Ogos 2025

Pada hari Rabu yang lalu,Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan Program Bicara Kenegaraan yang bertempat di Dewan Ibnu Sinar.Para guru dan murid masuk ke dewan pada pukul 7.00 pagi dan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku,lagu Negeri Kedah, seterusnya lagu Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra.Selepas itu, Pengetua telah memberi ucapan tentang pentingnya semangat patriotik terhadap seseorang individu.Program ini berakhir dengan kibaran Bendera Malaysia sambil diiringi ucapan 'AKU KASIH MALAYSIA'. Semua pelajar dan guru-guru menynyikan lagu dengan penuh semua semasa hari tersebut.

"SMJ BEAT THE LIMIT"







Tuesday, 26 August 2025

PERTANDINGAN GENTA SUARA BINTANG POPULAR 2025

 18 OGOS 2025

Hari Isnin yang lalu, SMK Jitra telah menyertai Pertandingan Genta Suara Bintang Popular bagi peringkat Daerah Kubang Pasu tahun 2025. Pertandingan tersebut telah berlangsung di Aula Perdana Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Dalam pertandingan tersebut, Nur Allisya binti Mohamad Firdaus dari Tingkatan 3 telah meraih tempat ke-4 secara keseluruhan bagi kategori solo sekolah menengah. Tahniah dan syabas diucapkan.

"SMJ BEAT THE LIMIT"



KARNIVAL KOKURIKULUM SMJ 2025

    Pada 16 Oktober 2025 pada hari Khamis, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu karnival kokurikulum selaras dengan MAKK....