Pada 16 Oktober 2025 pada hari Khamis, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu majlis yang berprestij.Majlis tersebut ialah Majlis Kluster Keterampilan dan Karnival Kokurikulum.Majlis diadakan di Dewan Ibnu Sina dan bermula pada pukul 8:00 pagi hingga 3:00 petang.Majlis tersebut dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamad Kamal bin Hashim.Beliau merupakan Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
Majlis tersebut mempunyai pelbagai persembahan dari kumpulan pelajar SMK Jitra.Contohnya tarian tradisional, tarian bunga silat, taekwondo dan nyanyian.Seterusnya, penyampaian hadiah atau anugerah kepada pelajar yang cemerlang dari segi kokurikulum dan kurikulum.
Oleh itu, jadikanlah pelajar yang mendapat anugerah sebagai idola atau inspirasi untuk mencapai kejayaan yang lebih bermakna.
"SMJ BEAT THE LIMIT"
No comments:
Post a Comment