23 OGOS 2025
Pada hari Sabtu yang lalu, hari yang indah tersebut telah berlangsungnya Majlis Anugerah Gemilang peringkat SMK Jitra tahun 2025. Seramai 200 orang pelajar yang telah menerima anugerah dalam majlis tersebut. Majlis Anugerah Gemilang diadakan di Dewan Ibnu Sinar, SMK Jitra.Majlis tersebut diadakan untuk menghargai pencapaian para pelajar, guru yang cemerlang serta kepada kakitangan sekolah yang telah banyak memberi jasa kepada sekolah dengan terbilangnya. Anugerah ini disempurnakan lebih lagi dengan kehadiran Yang Berbahagia Datuk Wira M Noor Azman bin Taib iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Semua pihak guru , pelajar dan lain-lain telah memberi komitmen serta menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan penuh berdedikasi. Tahniah diucapkan kepada para penerima hadiah dan juga syabas diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Majlis Anugerah Gemilang yang bersungguh-sungguh bagi menjayakan majlis tersebut semasa hari kejadian.
"SMJ BEAT THE LIMIT"
No comments:
Post a Comment