16 LANGKAH MENJAGA ORGAN-ORGAN PENTING DI DALAM BADAN KITA
5 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN YANG EFEKTIF


Sumber: https://www.slideshare.net/rozek/5-tips-penjagaan-kesihatan
KESIHATAN BADAN

Berikut merupakan 5 asas kesihatan dan kecergasan diri :
- Cukup tidur – Tidur sekurang-kurangnya 6 jam sehari untuk memastikan tubuh berasa segar serta mendapat rehat yang cukup.
- Menggeliat – Dapat mengaktifkan pembuluh-pembuluh limfa termasuk limfa utama yang akan mempercepatkan proses membawa keluar sisa-sisa toksin melalui pembuangan najis dan kencing.
- Piramid makanan- Pengambilan makanan yang sihat dapat membantu mengawal pengambilan kalori yang diperlukan setiap hari. Kurangkan makanan yang manis, masin dan berminyak.
- Air kosong- Minum air kosong selepas bangun dari tidur dapat meningkatkan kadar metabolisma badan kerana ia membantu seseorang menjadi lebih peka dan segar.
- Bersenam dan bersukan- Melalui bersukan, badan akan menghasilkan hormon precursor. Hormon ini membantu membawa ketenangan dalam fikiran dan jiwa seseorang setelah melakukan aktiviti fizikal.
MITOS DAN FAKTA TENTANG PEMAKANAN
Sumber daripada : http://wp.news365.my/?p=1116415
16 LANGKAH MENJAGA ORGAN-ORGAN PENTING DI DALAM BADAN KITA
5 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN YANG EFEKTIF


Sumber: https://www.slideshare.net/rozek/5-tips-penjagaan-kesihatan
KESIHATAN BADAN

Berikut merupakan 5 asas kesihatan dan kecergasan diri :
- Cukup tidur – Tidur sekurang-kurangnya 6 jam sehari untuk memastikan tubuh berasa segar serta mendapat rehat yang cukup.
- Menggeliat – Dapat mengaktifkan pembuluh-pembuluh limfa termasuk limfa utama yang akan mempercepatkan proses membawa keluar sisa-sisa toksin melalui pembuangan najis dan kencing.
- Piramid makanan- Pengambilan makanan yang sihat dapat membantu mengawal pengambilan kalori yang diperlukan setiap hari. Kurangkan makanan yang manis, masin dan berminyak.
- Air kosong- Minum air kosong selepas bangun dari tidur dapat meningkatkan kadar metabolisma badan kerana ia membantu seseorang menjadi lebih peka dan segar.
- Bersenam dan bersukan- Melalui bersukan, badan akan menghasilkan hormon precursor. Hormon ini membantu membawa ketenangan dalam fikiran dan jiwa seseorang setelah melakukan aktiviti fizikal.
MITOS DAN FAKTA TENTANG PEMAKANAN
Sumber daripada : http://wp.news365.my/?p=1116415
7 KHASIAT KURMA YANG PATUT ANDA TAHU
1) Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
Memandangkan kandungan
gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi
dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap
oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang
mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus
dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide
lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
“Rasulullah SAW
berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang.
Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan
beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum
beberapa teguk air“ Hadis riwayat Ahmad
Makan kurma ketika
berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga
segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang
terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.
2) Kaya dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa
perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma
adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut
mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu
mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma
terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat
sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.
Selain itu kurma kaya
dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah
elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh
badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa.
Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan
elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air
suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung
dan mampu memelihara sistem saraf.
3) Penguat memori
Ramai yang berfikiran
hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya
kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak
yang sedang membesar.
4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam
yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi
malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam
binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas
memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”Surah Maryam, ayat 25
Dan menurut sebuah laman
web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan
wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah
semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai
akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta
cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).
5) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
6) Merawat penyakit
Dalam perubatan
homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam
dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
7) Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.
JUS KETUMBAR UNTUK MENGELUARKAN ASID DALAM BADAN
Ketumbar
adalah tumbuhan yang sangat berkesan untuk mengeluarkan toksik logam dalam
badan termasuk aluminium. Tip ini dapat membantu orang yang kerap mengamalkan
makanan yang tidak sihat seperti mi segera . Cambuk beberapa daun ketumbar di
dalam air dan tambah sedikit gula untuk membuat jus ketumbar. Minum jus
ketumbar sekurang - kurangnya tiga kali seminggu untuk kesan yang lebih
baik.
PENCEGAHAN SEMASA JEREBU
1.
Orang ramai dinasihatkan supaya berada di dalam bangunan.
2.
Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
3.
Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian yang
terdedah kepada jerebu.
4.
Orang ramai dinasihatkan supaya minum air yang banyak.
5.
Hidupkan alat pendingin hawa dan menutup semua tingkap semasa menggunakan
kenderaan.
6.
Pakai topeng untuk melindung hidung dan mulut semasa melakukan aktiviti di
luar.
7.
Orang yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit
mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera.
8.
Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat
yang diberikan daripada pihak berkuasa.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
TEH HIJAU MENGUATKAN INGATAN
Polifenol
dalam teh hijau merupakan antioksidan yang kuat dan dapat mencegah kerosakan
sel-sel otak. Teh hijau dapat meningkatkan kecergasan memori dan fungsi otak
serta memperlambatkan penuaan otak. Pelajar-pelajar digalakkan minum teh hijau
supaya otak sentiasa cerdas dan mudah ingat perkara yang dipelajari.
CAMPURAN MADU DAN LEMON
Pengambilan campuran
madu dan lemon sangat digalakkan pada waktu pagi. Terdapat banyak
kebaikan pengambilan campuran ini terutamanya dari segi kesihatan.
1.
Mengurangkan berat badan yang berlebihan.
2. Memperbaiki sistem pencernaan.
3. Menghilangkan bau mulut.
4. Memberikan kulit sihat.
5. Berfungsi sebagai anti-bakteria yang melindungi diri kita dari penyakit.
6. Melegakan batuk dan ketidakselesaan tekak.
7. Mengelakkan dari penyakit kanser dan jantung.
8. Memberikan lebih tenaga.
9. Mengelakkan dari terjadinya ulser mulut.
10. Membersihkan saluran kencing anda dan bertindak sebagai diuretik.
2. Memperbaiki sistem pencernaan.
3. Menghilangkan bau mulut.
4. Memberikan kulit sihat.
5. Berfungsi sebagai anti-bakteria yang melindungi diri kita dari penyakit.
6. Melegakan batuk dan ketidakselesaan tekak.
7. Mengelakkan dari penyakit kanser dan jantung.
8. Memberikan lebih tenaga.
9. Mengelakkan dari terjadinya ulser mulut.
10. Membersihkan saluran kencing anda dan bertindak sebagai diuretik.
MENGATASI MASALAH JEREBU
Obesiti
di Malaysia telah menjadi suatu isu yang semakin membimbangkan dalam kalangan
rakyat negara ini. Obesiti boleh mengakibatkan sakit jantung, strok ,
tekanan darah tinggi diabetes dan kanser.
Tips
mengatasi masalah obesiti :
1.
Mengamalkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran hijau.
2.Elakkan
daripada mengambil terlalu banyak garam. Hal ini kerana garam yang berlebihan
boleh menyebabkan berat badan meningkat.
3.
Produk tenusu seperti keju, mentega harus dielakkan kerana produk tersebut kaya
dengan lemak. Daging dan makanan bukan vegetarian juga harus
dielakkan.
4.
Gunakan rempah seperti halia kering, kayu manis, lada hitam dan lain-lain dalam
masakan.
5.
Sayur-sayuran seperti peria dan jenis sayuran yang pahit juga dapat membantu
mengurangkan berat badan.
6.
Madu adalah baik untuk diamalkan pada awal pagi. Minum segelas air suam yang
dicampur dengan madu segar dan jus limau beberapa kali dalam satu hari secara
berkala.
7.
Sayur kubis dianggap sebagai ubat yang berkesan untuk mengurangkan berat
badan. Boleh diambil mentah atau dimasak.
8.
Senaman dapat membantu untuk mengurangkan kandungan kalori yang terdapat dalam
badan. Di samping itu, ia juga melegakan ketegangan dan nada sehingga otot-otot
badan.
Sumber : hafizamri.com
PANDUAN KETIKA BANJIR
Tindakan yang perlu dilakukan semasa banjir:
1. Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir.
2. Pindah segera ke pusat pemindahan apabila
diarah oleh pihak berkuasa.
3. Matikan semua punca bekalan elektrik apabila
berpindah.
4. Jangan menyentuh dawai elektrik yang terjatuh
di kawasan banjir.
Penjagaan kesihatan di pusat pemindahan:
1. Sentiasa minum air yang telah dimasak.
2. Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan
memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan
ulam-ulaman.
3. Tutup semua makanan dan jangan makan
makanan yang terdedah.
4. Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling.
5. Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke
tandas.
6. Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat
doktor.
7. Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami
cirit-birit dan muntah-muntah.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
10 MAKANAN SAMA DENGAN ORGAN TUBUH
WAKTU FISIOLOGI BADAN BERFUNGSI
5 - 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk buang air besar dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.
7 - 9 pagi
Wajibkan diri utk bersarapan . Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang2 orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!
9 - 11 pagi
Organ limpa bekerja. Elakkan makan dalam waktu ini.
11 - 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika . Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.
1 - 3 petang
Usus kecil bekerja. Sebaiknya buang air besar kali kedua dalam waktu ini.
3 - 5 petang
Pundi kencing bekerja. Sebaiknya buang air kecil dalam waktu ini.
5 - 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air dalam waktu ini.
7 - 9 malam
Perikardium bekerja. Elakkan makan makanan yang berat pada waktu ini
9-11 malam
Waktu terbaik untuk berehat dan tidur.
1-3 pagi
Hempedu bekerja.Elakkan berjaga.Sering berjaga pada waktu ini berpotensi untuk kanser . Waktu ini tebaik untuk deep sleep.
3-5 pagi
Peparu bekerja. Bagi penyakit asma, elok amalkan bangun pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadaj solat sangat digalakkan waktu ini.
CUBA AMBIL MAKLUM & AMALKAN SEBAIK-BAIK MUNGKIN.
CARA MEMAKAI DAN MELUPUS PELITUP MUKA YANG BETUL
No comments:
Post a Comment