Tuesday 31 December 2019

LATAR BELAKANG PENGETUA SMK JITRA YANG KE-18


Nama diberi Suhaimi bin Haris. Dilahirkan pada 30/1/1963. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi pada tahun 1986. Pada tahun 1987, beliau telah mengambil diploma pendidikan di UKM bagi melayakkan beliau untuk menjadi seorang guru. Beliau telah memulakan perkhidmatan di SMK Convent,Alor Setar. En. Suhaimi amat berminat dalam sukan petanque dan boling. Beliau merupakan pengurus dan pemain pasukan petanque negeri bagi Majlis Pengetua Sekolah Malaysia(MPSM). Beliau pernah mendapat johan kebangsaan dalam sukan petanque pada tahun 2015.
Fokus utama En. Suhaimi dalam meningkatkan kecemerlangan SMK Jitra pada masa akan datang adalah memperoleh tempat pertama SPM dan STPM di daerah Kubang Pasu. Beliau turut fokus bagi meningkatkan personaliti guru dan sahsiah murid-murid SMK Jitra.

"YOU HAVE TO DO AND YOU CAN DO IT"

No comments:

Post a Comment

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BAKERS 2024

[ 21 April 2024 ] Bertempat di Dewan Ibnu Sina, SMK Jitra telah berlangsungnya Majlis Watikah Pelantikan Bakers 2024. Semoga para bakers SMK...