Sunday, 29 December 2019

PROGRAM BACK TO SCHOOL 2020 - SYAF




 


29 Disember 2019 - Bertempat di Dewan Ibnu Sina SMK Jitra, pendaftaran Tingkatan 1 telah diadakan manakala pendaftaran TIngkatan 4 pula diadakan di Dewan Sri JItra pada ahad lalu. Gambar di atas menunjukkan suasana ketika pendaftaran Tingkatan 1 dan 4  serta sesi orientasi Tingkatan 4.




30 Disember 2019 - Bertempat di mini stadium pula, perhimpunan pagi yang melibatkan para guru dan pelajar Tingkatan 2 , 3 dan 6 telah berlangsung pada isnin yang lalu. Seusai perhimpunan pagi tersebut, semua pelajar bergerak ke kelas masing-masing bagi aktiviti mengemas kelas sebagai persediaan bagi sesi persekolahan yang akan bermula pada 1 Januari 2020.




31 Disember 2019 - Bertempat di Dewan Ibnu Sina, orientasi Tingkatan 1 telah berlangsung dengan jayanya pada hari selasa. Pendaftaran asrama juga telah diadakan pada hari yang sama bagi pelajar SMK JItra yang berkeinginan untuk tinggal di asrama sekolah.





No comments:

Post a Comment

MAJLIS PENGAMBILAN SLIP KEPUTUSAN SPM TAHUN 2024

 [ 24 APRIL 2025 ] Pada hari Khamis yang lalu, semua pelajar bagi calon yang menduduki SPM bagi tahun 2024 telah datang ke sekolah bagi peng...