Mimbar Nurani

KEBURUKAN TIDAK MENJAGA SOLAT SUBUH

Kata Hamka :

□  Jika Subuhnya senantiasa 

     dipelihara....

     Itu tanda akan Selamat 

     dari neraka.

□  Jika Subuhnya tiada dia 

     tinggal.....

     Allah melindunginya dari 

     segala arah.

□  Jika Subuhnya didahului 

     dengan Sunat....

     Pasti seluruh dunia beserta 

     isinya, dia dapat.

□  Jika Subuhnya bergelap-gelap 

     menuju Musholla.....

     Di kegelapan akhirat ia 

     dapatkan cahaya.

□  Jika Subuh hingga awal Dhuha 

     (Isyroq) berwirid pula......

     Mendapat pahala 

     Umrah dan Haji sempurna.

□  Jika Subuhnya tiada dijaga. 

     Maka pada wajahnya tiada 

     cahaya.

□  Jika Subuhnya sengaja 

     terlupa.....

     Tanda Imannya tiada 

     bernyawa....

□  Jika Subuhnya terasa 

     berat..... 

     Tanda munafiq sudah 

     mendekat....

□  Jika Subuh tiada peduli....

     Tanda Iman menghampiri 

     mati....

□  Jika Subuhnya tiada 

     berjama’ah....

     Tanda hidupnya akan hilang 

     barokah.

□  Jika Subuhnya tiada 

     ke Masjid.....

     Tanda imannya ada penyakit.

□  Jika Subuhnya selalu 

     terlewat.... 

     Tanda imannya semakin 

     cacat....

□  Jika Subuhnya diakhir 

     waktu..... 

     Tanda iman semakin 

     kelabu....

□  Jika Subuhnya hari sudah 

     siang..... 

     Tanda rezekinya sudah hilang...

□  Jika di waktu subuh masih 

     mendengkur.....

     Tanda syaitan memeluknya 

     dalam tidur.


 - والله اعلم -

11 AMALAN MULIA DI PAGI 1 SYAWAL  

  1. Memakai pakaian bersih dan terbaik yang dimiliki.
  2. Lelaki disunatkan memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
  3. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan ibu bapa, suami isteri dan keluarga.
  4. Sunat menjamah sedikit makanan seperti tamar sebelum keluar menuju ke masjid.
  5. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang masjid supaya dapat bertemu ramai orang dan mengucapkan salam serta tahniah.
  6. Bertakbir, tahmid dan tahlil sehingga terbenam matahari raya pertama.
  7. Menziarahi pusara sanak-saudara bagi bersedekah bacaan al-Quran.
  8. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
  9. Bersedekah kepada mereka yang daif dan memerlukan.
  10. Mengelakkkan perkara-perkara yang ditegah syarak.

Image result for ketupat 

 


4 KALIMAH YANG MULIA

Zikir adalah ibadah yang sangat mulia. Di antara fadilahnya adalah lebih menenangkan jiwa.Di antara zikir yang boleh dirutinkan setiap saat, dibaca agar lidah terus basah dengan zikrullah adalah empat kalimah mulia, iaitu
(1) subhanallah
(2) alhamdulillah
(3) laa ilaha illallah
(4) Allahu akbar”.

 Hadis yang membicarakan keutamaan dzikir tersebut:
عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدَبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « أَحَبُّ الْكَلاَمِ إِلَى اللَّهِ أَرْبَعٌ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ. لاَ يَضُرُّكَ بَأَيِّهِنَّ بَدَأْتَ.
Dari Samuroh bin Jundub, berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Ada empat ucapan yang paling disukai oleh Allah: (1) Subhanallah, (2) Alhamdulillah, (3) Laa ilaaha illallah, dan (4) Allahu Akbar. Tidak berdosa bagimu dengan mana saja kamu memulai” (HR. Muslim no. 2137)

Apa itu AURAT ???

Menjaga batasan aurat ini akan menjadi mudah sekiranya mengetahui batasan hukum yang perlu dipatuhi dan mengikut setiap syariat Allah S.W.T . Sekiranya dipatuhi banyak ganjaran dan pahala yang akan diperoleh . Namun jika batasan itu dilanggar , ianya seolah - olah menempah kemurkaan Allah S.W.T . Oleh hal yang demikian , berhati - hatilah Kaum Adam mahupun Kaum Hawa . 


AL - QURAN CAHAYA HIDAYAH



Adam Salleh


"Kalau bukan kerana islam , maka hidupku tidak akan ada maknanya"

Kata - kata seorang wanita Perancis yang mendapat hidayah malalui Al - Quran . Mudah mudahan hidup kita diberkati Allah dan mendapat syafaatNya melalui Al - Quran .

# Cahaya hidayah



KUASA ALLAH S.W.T TIDAK TERJANGKAU MANUSIA


Subhanallah , kisah benar tentang seorang pemuda Jordan berumur 35 tahun dan menjadi Imam di masjid yang telah menyentuh hati semua pembaca dan mengagumkan semua pihak . Pakar dari Hospital Bashir di Jordan telah menjalankan pembedahan ke atas pemuda ini , selepas pembedahan dan ketika pemuda itu masih dalam koma , pemuda ini secara automatiknya telah mengaji . Walaupun doktor telah mengejutkannya dengan memanggil namanya beberapa kali namun dia masih tidak sedar.


Benarlah kata , apa yang selalu kita lafazkan akan secara automatiknya dikeluarkan oleh lidah dan mulut kita , begitulah waktu perhitungan nanti . Jika kita sering mengingati perkara yang sebaliknya ? Bagaimanakah nasib kita kelak ? Allah lebih mengetahuinya. Semoga info yang ringkas ini dapat kita jadikan peringatan dan muhasabah untuk diri kita.

# Hidayah itu milik الله


Seorang pemuda Jordan membaca ayat suci Al - Quran ketika koma di hospital




BERSYUKURLAH KITA

Hargai dan syukurilah setiap sesuatu yang anda miliki. Ia tidak semestinya harta material, ia boleh jadi kesihatan dan usia anda. Setiap hari masih ada makanan untuk anda makan, masih ada orang yang mahu menegur anda, masih ada orang yang mengucapkan "Selamat pagi", atau "Salam sejahtera", atau "Assalamualaikum."
Syukurilah segala nikmat Allah daripada sekecil-kecil perkara yang selama ini tidak kita hiraukan seperti udara yang percuma, keupayaan membuang air kecil, kesempurnaan deria anggota tubuh badan, dan sebagainya lagi yang tidak mungkin dapat kita sebutkan satu persatu akan nikmat Allah pada makhluk-Nya yang bernama manusia ini. 
Adalah sangat mudah untuk menyebutkan perkara-perkara yang anda tidak miliki, tetapi luangkanlah sedikit masa setiap hari untuk mensyukuri sekurang-kurangnya pada lima perkara yang anda perolehi pada hari tersebut.

a) Bayangkan seorang kanak-kanak kecil yang anda kenali, yang anda berikan hadiah atau makanan, tetapi kanak-kanak itu tidak menghargainya, malah membuangnya atau mengutuk pemberian anda itu. Apakah kebarangkalian untuk anda membelikan lagi hadiah kepada kanak-kanak tersebut?

b) Bagaimana pula jika kanak-kanak itu menunjukkan perasan gembira dan suka pada pemberian anda itu? Mengucapkan terima kasih, menjaga dengan baik hadiah pemberian anda, sering menunjukkan pada anda hadiah itu setiap kali anda berjumpa dengannya. Bagaimanakah pula kebarangkalian untuk anda memberikan lagi hadiah kepada kanak-kanak tersebut?

Cara Bersyukur
HATI - Sentiasa mengingati Allah yang memberi nikmat
LIDAH - Mengucap Alhamdulillah ketika mendapat nikmat
TUBUH BADAN - Menggunakan nikmat untuk kebaikan

Tanda bersyukur kepada Allah
1. Menggunakan nikmat dengan cara yang baik
2. Menggunakan nikmat Allah dgn baik
3. Mematuhi suruhan dan larangannya
4. Mengadakan hubungan baik sesama manusia
5. Memelihara dan memulihara alam dengan baik
6. Menggunakan rezeki pada jalan yg diredai
7. Membelanjakan harta pada jalan Allah swt
8. Tidak merosakkan nikmat Allah swt
9. Menyayangi pemberian Allah
10. Patuh dan taat perintah Allah swt



Firman Allah : Maksudnya: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)





4 GOLONGAN LELAKI AHLI NERAKA !!!


Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..

 Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

 Suaminya
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

 Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/ suami/ abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.
Firman Allah SWT:-

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita...wallahua'lam



MANFAAT TIDUR BERWUDHU



1. Bebas dari kuman jahat
Kuman jahat mampu tumbuh dan berkembang dimana sahaja. Bahkan, di setiap gagang pintu anda, maupun di tempat menonton televisyen anda merupakan tempat perkembangan kuman yang baik. Oleh sebab itu, anda di haruskan supaya sentiasaberada dalam keadaan bersih. Terutamanya ketika hendak tidur. Salah satu penyelesaiannya adalah dengan mengambil wudhu sebelum tidur dan penilitian terakhir menyebut bahawa wudhu mampu mengurangi kuman yang hidup dalam tubuh anda.
2. Struktur wudhu memang menyihatkan
Wudhu bermakna membersihkan diri anda. Baik dari kotoran, kuman, dan bakteri yang terdapat pada tubuh anda. Mengambil wudlu yang di mulai dari niat, lalu membasuh kedua tangan, berkumur, memasukkan air ke dalam hidung serta membasuh kepala sangat jelas berarti membersihkan anggota badan bahagian atas.
Lalu dilanjutkan untuk membersihkan tangan sampai siku, lalu ke dua daun telinga, serta membersihkan kaki. Tata cara yang disebutkan sangat baik untuk membantu anda menjaga dan merawat kesihatan tubuh.
3. Membantu menjaga kesihatan wajah
Jika pakar kecantikan menghimbau para wanita untuk mencuci muka sebelum tidur, maka Rasulullah menganjurkan untuk berwudhu sebelum tidur. Kedua - dua pendapat ini mempunyai pandangan yang sama, yakni membersihkan anggota badan bahagian atas.
4. Semakin mendekatkan diri kepada Ilahi
Berwudhu merupakan salah satu bentuk ibadah yang tinggi kerana dengan wudhu kita sentiasa menjaga kebersihan diri. Sedangkan Allah menyayangi dan menyukai kebersihan. Anda pasti sudah tidak asing dengan hadis yang berbunyi Kebersihan adalah sebahagian dari imanan bukan? 
5. Sentiasa di doakan oleh malaikat
Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Ibnu Hibban menyebutkan bahawa seseorang yang berwudhu, ketika bangun ia akan di doakan malaikat.
Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu’) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap ‘Ya Allah ampunilah hambamu ini , kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci’”.(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar r.a.)
6. Ketika mati, maka akan dianggap mati syahid
Dalam suatu kitab yang di tulis oleh Syekh Muhammad bin Umar An Nawawi Al Mantany dalam bukunya Tanqih al Qand al Hatsis menyebutkan bahawa seseorang yang berwudhu sebelum tidur mendapat manfaat. Yakni ketika ia meninggal dunia maka dianggap mati syahid.
Dari Umar bin Harits bahwa Nabi bersabda : ”barangsiapa tidur dalam keadaan berwudhu ,maka apabila mati disaat tidur maka matinya dalam keadaan syahid disisi Allah”
Oleh itu , seseorang yang tidur dalam keadaan suci, berwudhu, maka ia akan memperoleh posisi tinggi di sisi Allah S.W.T. Subhanallah.
7. Merehatkan otot sebelum tidur
Pada waktu siang ,sudah pasti aktiviti yang anda lakukan sangat banyak. Disebabkan itu , kita perlu merehatkan otot sebelum tidur. Manfaat wudhu sebelum tidur adalah salah satu cara untuk merehatkan otot yang kaku setelah seharian bekerja keras. Bahkan secara psikologi, seseorang yang telah mengambil wudhu akan menjadi lebih tenang. Serta, badan anda akan terasa segar kembali.
8. Mampu mencerahkan kulit
Anda tidak perlu membeli peralatan make up yang mahal untuk mendapatkan wajah yang cerah. Sebenarnya dengan berwudhu sebelum tidur juga mampu mencerahkan kulit wajah anda. Menurut pakar kecantikan berwudhu di percaya mampu menghilangkan noda degil. Oleh itu , wajah anda  akan kelihatan lebih segar dan bersih.
9. Di sunnahkan oleh Rasulullah S.A.W
Sahabat Nabi, yakni al Bara’ bin Azib RA pernah menyampaikan bahawa Rosulullah S.A.W pernah bersabda kepada dirinya.
“Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwudhu terlebih dahulu sebagaimana wudhumu untuk melakukan solat.” (HR. Bukahri dan Muslim).
10. Bentuk dan upaya merangsangkan saraf pusat
Menurut penelitian yang di lakukan oleh Prof. Leopold Warner Von Ehrenfels, beliau adalah psikiater sekaligus ahli di bidan neurology dari Austria mengakui sesuatu yang istimewa ketika seseorang berwudhu. Pusat saraf manusia yang paling peka adalah pada bahagian tangan, kaki serta sebelah di dahi. Ketiga - tiga bahagian ini boleh dikatakan sangat sensitif dengan keberadaan air segar. Sehingga ketika anda membasuh ketiga - tiga bahagian tersebut, secara tidak langsung anda membangunkan dan meragsangkan saraf pusat.
11. Menghindari penyakit kulit
Bahagian tangan, muka, serta kaki adalah bahagian yang paling berkesan untuk menyalurkan kuman serta kotoran kerana ketiga - tiga bahagian tersebut merupakan bahagian yang paling banyak bersentuhan secara langsung dengan benda asing atau patogen. Oleh sebab itu, kita perli membersihkan bahagian tersebut berulang kali. Manfaatnya adalah untuk mengurangkan kemungkinan terkena penyakit kulit.
12. Detakan jantung menjadi normal
Salah satu kegiatan wudhu yang sangat memiliki khasiat adalah ketika anda membasahi anggota tubuh ke air. Hal ini mampu membuat jantung normal untuk berdetak lebih stabil. Kesan ini sudah diteliti oleh Doktor Ahmad Syauqy yang mahir di bidang penyakit dalam dan penyakit jantung di London.



No comments:

Post a Comment

MAJLIS BACAAN YASSIN MEGA DAN KHATAM AL-QURAN KALI PERTAMA TAHUN 2024

[ 21 Mac 2024 ] SMK Jitra telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin Mega dan Khatam Al-Quran kali pertama pada tahun 2024. Majlis ini diadakan d...