Monday 11 March 2024

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra. Majlis ini diuruskan oleh Panitia Pendidikan Islam SMK Jitra. Sambutan Majlis Ihya' Ramadhan SMK Jitra pada tahun ini sangat meriah dengan kehadiran penceramah jemputan , selawat beramai-ramai dan lain-lain lagi . 
          Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat guru- guru , petugas dan para pelajar SMK Jitra. 

"SMJ BEAT THE LIMIT"

SENAMROBIK DAN GOTONG - ROYONG MADANI 2024

Pada 11 Mac 2024 telah berlangsungnya Program Senamrobik dan Gotong - royong Madani di SMK Jitra. Program ini telah bermula pada jam 8:00 pagi sehingga 10:00 pagi dan melibatkan semua para guru dan pelajar. Tahniah dan Syabas diucapkan atas semangat setiap pihak SMK Jitra yang komited menjayakan program Senamrobik dan Gotong - royong Madani para tahun ini. 

"SMJ BEAT THE LIMIT"

Saturday 27 January 2024

MAJLIS KUNJUNGAN ASPIRASI BARISAN TERTINGGI JPN & PPD

Pada 24 Januari 2024 yang lalu , Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan Majlis Kunjungan Aspirasi Barisan Tertinggi JPN dan PPD. Masjlis ini telah berjaya diadakan selama satu jam dari 7:30 pagi hingga 8:30 yang bertempatkan di Dewan Ibnu Sina , SMK Jitra. 
           Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak barisan tertinggi Jpn dan Ppd yang sudi untuk mengunjungi SMK Jitra. 

"SMJ BEAT THE LIMIT"  

Sunday 7 January 2024

KEJOHANAN RAGBI RMR SAKA 10's U14

[ 29 / 12 / 2023 ] Pada Jumaat yang lalu telah adanya Kejohanan Ragbi RMR Saka 10's U14 yang bertempat di Padang Ragbi 6 RAMD. SMK Jitra telah menghantar beberapa wakil pelajar untuk bertanding dan telah berjaya memperolehi tempat ketiga dalam kejohanan tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan. 

"SMK BEAT THE LIMIT" 

Sunday 10 December 2023

NATIONAL YOUTH U21 VOLLEYBALL CHAMPIONSHIP

Pada 9 hingga 13 December 2023 , seorang pelajar SMK Jitra iaitu Najmie Zuhairy Bin Razali (7A1) telah berjaya terpilih menyertai National Youth U21 Volleyball Championship di Desaru , Johor. Tahniah diucapkan kepada Najmie Zuhairy  dan semoga berjaya ke peringkat seterusnya. 


" SMJ BEAT THE LIMIT "

Monday 27 November 2023

MAJLIS ANUGERAH KLUSTER KETERAMPILAN & KARNIVAL KOKURIKULUM 2023

[ 26 November 2023 ] Pada Ahad yang lalu , SMK Jitra telah mengadakan Majlis Anugerah Kluster Keterampilan dan Karnival Kokurikulum. Tahniah diucapkan kepada penerima - penerima Anugerah Kluster Kecemerlangan dan jutaan ucapan terima kasih diucapkan kepada para pelajar , guru dan waris yang bekerjasama bagi memeriahkan Karnival kokurikulum pada tahun ini. 

" SMJ BEAT THE LIMIT "

Sunday 26 November 2023

PERTANDINGAN BOLING TINGKATAN 6 2023

[ 21 November 2023 ] Pada hari Selasa yang lalu , beberapa wakil pelajar tingkatan 6 SMK Jitra telah menyertai Pertandingan Boling Tingkatan 6 peringkat negeri Kedah di Aman Bowl , Aman Central , Alor Setar. Pihak SMK Jitra telah menghantar 8 orang pelajar yang diiringi guru pengiring iaitu En. Mustaza Bin Lamli.                  
Tahniah diucapkan kepada NurBatrisha Afina pelajar SMK Jitra yang berjaya meraut tempat pertama dalam acara Jatuhan Pin Paling Banyak Kategori Perempuan. Tidak lupa diucapkan ucapan syabas kepada wakil pelajar yang lain atas komitmen yang diberi sewaktu menyertai pertandingan ini. 

Tuesday 31 October 2023

MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KAREKTOR KARAMAH INSANIAH 2023

[ 31/10/2023 ] Pada hari selasa , SMK Jitra telah mengadakan Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karektor Karamah Insaniah. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran VIP Pengawai Polis Perhubungan Sekolah dan Yang Berbahagia Tuan PIBG SMK Jitra. Pihak SMK Jitra berasa bangga dan mengucapkan ucapan syabas kepada para pelajar yang berjaya mendapat anugerah sahsiah terbaik. 

Sungguh segak muda belia,
Hendak ke mana saya bertanya,
Orang beradab berakhlak mulia,
Manis sekali sahsiah budinya. 

" SMJ BEAT THE LIMIT "





Monday 30 October 2023

PERKHEMAHAN BSMM SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT NEGERI KEDAH 2023

Pada 19 Oktober hingga 21 Oktober yang lalu telah berlangsungnya program Perkhemahan BSMM Sekolah Rendah dan Menengah bagi peringkat Negeri Kedah Darul Aman. Program perkhemahan ini telah diadakan di Kem Amandara Mandi , Yan Kedah.
               Pihak SMK Jitra telah menghantar beberapa para wakil pelajar dan guru pembimbing yang terdiri oleh Ustaz  Ahmad Jalaluddin Binn Omar , Ustazah Balqis Bt Hashim dan Cikgu Norhasliza Bt Hashim. Jutaan ucapan tahniah diucapkan kepada para pelajar yang berjaya memperoleh kemenangan dalam setiap pertandingan dan sacara tidak langsung telah membanggakan nama SMK Jitra. 
 
 Pelajar- pelajar yang berjaya memperoleh tempat dalam pertandingan berikut : 

1. NUR MAISARAH BINTI MOHD FIKRI- Johan persembahan terbaik
2. SOFEA BATRISYIA BINTI SHAHRUL AIZAM- Johan pertandingan pertolongan cemas (usungan)
3. SITI ZULAIKHA BINTI ZAMRI- Johan pertandingan pertolongan cemas balutan anduh
4. ARISYA SOFEA BINTI MOHD FADZIL-Johan pertandingan pertolongan cemas (usungan)
5. MUHAMMAD ‘AMMAR FARIS BIN MOHAMMAD FITRI- Johan kumpulan terbaik
6. MUHAMMAD AMMAR HAKEEMI BIN MOHAMMAD NAIMI- Johan pasukan disiplin terbaik
7. MOHAMMAD IKHWAN BIN SHAHRULNIZAM- Johan pertandingan pertolongan cemas
 


Sunday 15 October 2023

ACCA MMU INTER-SCHOOL ACCOUNTING QUIZ PERINGKAT KEBANGSAAN

[ 14 Oktober 2023 ] Pada Ahad yang lalu telah berlangsungnya ACCA MMU INTER-SCHOOL ACCOUNTING QUIZ peringkat kebangsaan. Jutaan syabas diucapkan kepada para pasukan pelajar SMK Jitra dan guru pengiring Puan Yusni Binti Hassan yang telah berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dan berjaya mengharumkan nama sekolah. 

Nama Ahli-ahli Pasukan
-> Evelyn Chen Fan Xuan
-> Lim Shi Tian
-> Tee Kexin

" SMJ BEAT THE LIMIT "

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....