Sunday 12 January 2020

KEJOHANAN MERENTAS ALAM 2020 - IMAN

11 Januari 2020 - Kejohanan Merentas Alam 2020 telah berlangsung pada hari Sabtu dengan jayanya. Kejohanan tersebut telah disertai oleh semua pelajar SMK Jitra yang mewakili setiap rumah sukan iaitu Zamrud, Nilam, Delima dan Mutiara. Sebelum acara bermula, semua pelajar diminta untuk berhimpun di Stadium Mini untuk memanaskan badan. Acara merentas alam ini terbahagi kepada 6 kategori iaitu 15L, 15P, 18L, 18P, T6L dan T6P. Acara merentas alam ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi. Johan keseluruhan merentas alam pada tahun ini disandang oleh rumah Mutiara manakala naib johan disandang oleh rumah Zamrud.

Berikut merupakan nama-nama pemenang bagi setiap kategori :

T6L - Lim Cheng Wei (Zamrud)
T6P - Siti Aisyah binti Zulkifli (Mutiara)
18L - Sreeram Naidu (Delima)
18P - Wan Nur Hakimah binti Megat Mohd Hameyzi (Mutiara)
15L - Megat Ubaidirrah Rahman bin Megat Saiful Atras (Zamrud)
15P - Nur Misyael binti Mohd Shamrizal (Mutiara)

Berikut merupakan kedudukan rumah sukan :

1. Mutiara - 502
2. Zamrud - 416
3. Nilam - 413
4. Delima - 370

Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang telah berjaya memenangi dalam acara Kejohanan Merentas Alam 2020. Pihak kami berharap semoga pada tahun hadapan setiap pelajar akan terus bersemangat dalam menjayakan aktiviti sukan seperti ini.









No comments:

Post a Comment

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SMK JITRA 2024

2 Mei 2024 bersamaan 24 Syawal 1445H, berlangsungnya Sambutan Hari Raya SMK Jitra 2024. Sambutan hari raya pada tahun ini disambut dengan me...