26/1/18 - Pada hari Jumaat yang lalu, pelajar asrama telah mengadakan beberapa aktiviti untuk memenuhi masa terluang mereka. Aktiviti tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi. Berbagai-bagai aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan aktiviti tersebut. Aktiviti ini dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh atlet-atlet asrama. Seterusnya, pelbagai aktiviti menarik dijalankan seperti aktiviti semakin jauh semakin sayang , butir-butir sayang, kerusi muzik dan mutiara cinta . Semua pelajar asrama dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 telah berjaya menjayakan aktiviti tersebut. Pertandingan tersebut berakhir dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan dan individu yang memenangi aktiviti tersebut.
Berharap aktiviti sebegini dapat diadakan lagi untuk melahirkan pelajar asrama yang kekal sihat dan cergas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KARNIVAL KOKURIKULUM SMJ 2025
Pada 16 Oktober 2025 pada hari Khamis, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu karnival kokurikulum selaras dengan MAKK....
-
Pada 3 Ogos hingga 5 Ogos 2023 yang lalu telah diadakan Kejohanan Boling Tenpin MSSK. Syabas dan tahniah diucapkan kepada wakil - wakil pela...
-
Nama diberi Suhaimi bin Haris. Dilahirkan pada 30/1/1963. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Kebang...
-
Pada 18 Julai 2024 hingga 20 Julai 2024 yang lalu, telah berlangsungnya Kejohanan Ping Pong peringkat MSSK Negeri Kedah. Pertandingan ini di...



No comments:
Post a Comment