10 Januari 2012-Suasana kesedihan jelas terbayang pada setiap wajah warga SMK Jitra apabila Pengetua yang disayangi akan bertukar ke sekolah berprestasi tinggi iaitu SMKSAH.Kami merelakan pemergian Tuan Pengetua dan diiringi dengan doa agar kerjaya Tuan Pengetua di sekolah baru lebih berjaya.Kami meraikan Tuan Pengetua dalam satu majlis perpisahan di mana dalam majlis tersebut Tuan Pengetua sudi untuk menyampaikan hadiah kepada para pelajar buat kali terakhir kepada pelajar-pelajar yang berjaya dalam aktiviti kokurikulum. Tuan Hj. Abu Seman juga bersetuju menghadiahkan piala pusingan sempena pertandingan menulis esei ASSMI yang dianjurkan oleh beliau sendiri.Piala ini akan jadi kenangan kepada para pelajar sebagai motivasi untuk berkarya sehingga peringkat kebangsaan.Majlis perpisahan diakhiri dengan persembahan wushu oleh ahli-ahli kelab wushu yang telah memenangi pertandingan wushu peringkat antarabangsa. Seterusnya para guru dan pelajar mengambil kesempatan terakhir untuk bersalam-salaman dengan bekas Tuan Pengetua SMKJ.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KARNIVAL KOKURIKULUM SMJ 2025
Pada 16 Oktober 2025 pada hari Khamis, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu karnival kokurikulum selaras dengan MAKK....
-
Pada 3 Ogos hingga 5 Ogos 2023 yang lalu telah diadakan Kejohanan Boling Tenpin MSSK. Syabas dan tahniah diucapkan kepada wakil - wakil pela...
-
Nama diberi Suhaimi bin Haris. Dilahirkan pada 30/1/1963. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Kebang...
-
Pada 18 Julai 2024 hingga 20 Julai 2024 yang lalu, telah berlangsungnya Kejohanan Ping Pong peringkat MSSK Negeri Kedah. Pertandingan ini di...

No comments:
Post a Comment